Tuesday, March 11, 2008

Terkini

Kata Putus Dicapai, Khalid MB Selangor

KATA putus antara tiga parti pembangkang yang menguasai Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, PKR, Pas dan DAP berhubung perlantikan Menteri Besar sudah hampir tercapai. Setiausaha Agung PKR, Khalid Ibrahim yang disebut-sebut akan dilantik menjadi MB semasa ceramah sudah pasti akan menjawat jawatan berkenaan.

Khalid telah pun menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam. Hari ini wakil Pas pula menghadap Sultan Selangor. Menurut satu sumber wakil Pas berada di Istana Selangor di Shah Alam petang ini.

Barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Selangor (Exco) juga telah pun dibentuk, di mana ketiga-tiga parti memperolehi kerusi Exco mengikut keperluan dan kapastiti masing-masing.

Sekiranya tidak ada masalah teknikal, majlis angkat sumpah MB akan dilakukan paling lewat Jumaat ini.

Berita kononnya BN akan bergabung dengan Pas untuk membentuk Kerajan Selangor secara automatik mati apabila Khalid mengangkat sumpah sebagai MB. Sebelum ini ada berita senyep bertiup Umno dikatakan menginding untuk bergabung dengan Pas bagi memerintah Selangor.

Gabung itu disebut sebagai penting untuk menjamin masa depan orang Melayu dan juga Islam di negeri berkenaan. Umno pula dikatakan beriya agar gabungan itu menjadi kenyataan. Dalam gabungan itu bekas MB Mohamad Khir Toyo Tempe diura-urakan akan dilantik menjadi Timbalan Menteri Besar.

Dalam pilihan raya lalu PKR mendapat 15 DUN 9 parlimen, Pas DUN 8 Parlimen 4, DAP Parlimen 4 DUN 13. Manakala BN Parlimen 5 DUN 20. [wm.kl 7: 05 pm 11/03/08]

No comments:

Post a Comment