Monday, April 7, 2008

Di Bawah Bayu 3

1,500 Sambut Abdullah di Lapangan Terbang KK

(kemaskini) SEKARANG ini sedang berlangsung taklimat atau mesyuarat tertutup antara Presiden Umno Abdullah Ahmad Badawi dengan Ketua-ketua Umno Bahagian di Sabah dan juga wakil rakyat serta ahli Palimen daripada Umno di sebuah hotel terkemuka di bandar ini.

Abdullah tiba dengan pesawat khas (jet ekskutif) di lapangan terbangan Kota Kinabalu jam 10: 32 minit pagi tadi. Ikut sama kelihatan turun dari jet eksekutif berkenaan ialah tiga orang bekas Menteri Besar, Mohamad Khir Toyo (Selangor), Mahadzir Khalid (Kedah) dan Idris Jusoh (Terengganu).

Kira-kira 1,500 kebanyakannya pemimpin Umno dan BN Sabah dan Semanjung menanti ketibaan Abdullah.

Kelihatan berada dibirai karpet merah menyambut Abdullah turun dari pesawat ialah, Ketua Menteri Sabah, Musa Aman, Setiausaha Umno Sabah, Yahaya Hussein, Ketua Penerangan Umno Malaysia, Muhammad Muhd Taib.

Beberapa orang ketua-ketua bahagian juga turut sama kelihatan.

Bagaimana pun tiga tokoh yang tidak kelihatan di mana ketiadaan mereka menjadi tanda tanya. Shafei Afdal, Mohd Salleh Said Keruak, Abdul Ghafur Sallah dan Pandikar Amin Mulia.

Menurut salah seorang bekas ahli Parlimen, Abdul Ghafur tidak ada dalam negeri kerana berada di Sabah sementara Shafei Afdal berada di Paris.

Dari lapangan terbang Abdullah terus di bawa ke hotel dimana berlangsungnya taklimat dan mesyuarat tertutup.

Majlis berkenaan hanya terhad kepada Ketua-Ketua Bahagian Umno di Sabah, ahli Parlimen dan Adun. Mereka yang tidak berjawatan tidak dibenarkan masuk.

Sementara itu antara tokoh Umno Semenanjung yang kelihatan di Sabah sejak semalam ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz, Adun Kok Lanas, Md Alwi Che Amat, Adun Semenyih Rahman Palil.

Bekas Menteri Besar Perlis, Sahidan Kassim juga turut sama kelihatan, ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman, bekas Adun Galas, Saufi Deraman, Ketua Umno Bahagian Cheras, Syed Ali Alhabsee, Ketua Umno Bukit Martajam Musa Aziz.

Bekas agli Parlimen Jerai, Badaruddin Amiruddin dan bekas ahli Parlimen Dungun, Rosli Mat Hassan juga turut sama kelihatan menanti ketibaan Abdullah.

Pada malamnya Abdulah dijangka akan mengadakan perjumpaan tertutup dengan ketua-ketua parti komponen BN Sabah dan makan malam bersama sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumour jam 10:30 malam.

Sementara itu difahamkan kehadiran Abdullah ke Sabah bertujuan untuk menyelesaikan masalah yang dikatakan sedang melanda Umno Sabah ketika ini ekoran rasa tidak puas hati berhubung pembentukan Kabinet baru-baru ini yang dikatakan tidak menagmbil berat sumbangan Umno terhadap BN dalam pilihan raya lalu. [kk sbh 1:50 pm 07/04/08]

No comments:

Post a Comment