Saturday, April 5, 2008

Sementara Mendarat

Muhyuddin bukan petugas yang baik!

KALAU Muhyuddin Mohd Yassin adalah ketua pengawal untuk mengawal dan menjaga Abdullah Ahmad Badawi daripada menghadapi serangan maka beliau adalah seorang ketua yang tidak berapa cekap dan tidak mempunyai deria bau yang tinggi.

Kata Muhyuddin hanya Umno Bahagian Gua Musang saja merasakan Umno pada masa ini dalam keadaan krisis. Maknanya Menteri Perindustrian dan Perdagangan Antarabangsa itu cuba mengecilkan masalah yang berlaku dalam Umno kini kalaupun tidak cuba menafikannya terus.

Apa yang boleh dimaksudkan dengan kata-kata itu Muhyuddin hanya mahu menimbul hanya Tengku Razaleigh (Ku Li) sahaja yang tidak senang dengan Abdullah dan melihat Umno kini dalam keadaan lemah, manakala Umno bahagian lain dan ketuanya tidak merasa begitu.

Ulasan Muhyuddin melihat apa yang berlaku di Gua Musang kelmarin (4 Mac) seolah mahu menutup masalah yang berlaku dalam Umno dan cara itu mahu menyembunyikan masalah Umno. Cara itu sama sekali tidak menguntungkan Abdullah.

Kalau banyak orang atau pengawal menjaga Umno dan Abdullah berpandangan seperti Muhyuddin, Umno dalam keadaan bahaya. Umno akan hancur dan lebur bagaiaman timbunan sekam yang dimakan api dari dalam. Umno tidak melihat dengan jelas dan jujur masalah yang berlaku dalam parti itu sekarang ini.

Bagi Ku Li beliau tidak snegaja berbuat demikian, mengatakan Umno dalam keadaan darurat dan tertekan ekoran kekalahan dalam pilihan raya lalu. Beliau bersuara dan mengambil tindakan kerana untuk menyalamatkan Umno. Ku Li tidak pandai menyembunyikan fakta kerana semata-mata ingin menyedapkan hati Abdullah sahaja.

Sebagai orang yang berada di luar Umno jauh sekali menjadi pengampu atau pun gundik kepada Abdullah. Ku Li tidak akan cuba menyembunyikan sesuatu yang diharapkan tidak wajar untuk ditusukselindungkan lagi. Apa guna kalau menipu diri sendiri.

Bergantung nyawa

Sebagai ahli yang berada di luar dan tidak bergantung nyawa dengan Abdullah beliau juga pasti mendapat input dan maklumat mengenai kelemahan Umno dan kepimpinan Abdullah.

Kekalahan BN yang ditulangi Umno dalam pilihan raya lalu adalah tidak dapat menolak ianya kerana kelemahan Umno dan Abdullah kena bertanggungjawab. Kalau Umno bukan berada dalam keadaan sakit atau dalam konotasi diguna Ku Li itu pasti Umno tidak akan kehilangan banyak darah dalam pilihan raya lalu.

Apakah Muhyuddin cuba menegak benang basah dan bagi Muhyuddin kehilangan empat buah kerajan negeri; Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor dan kegagalan meletakkan Awang Adek Hussin sebagai MB di Kelantan bahawa BN dan Umno masih kuat?

Diharap tanggapan Muhyuddin itu silap dan beliau tidak serius beranggapan demikian. Kalau beliau serius maka jelas Muhyuddin bukan seorang pengawal yang baik kerana tidak dapat membaca hakikat semasa yang sedang dihadapi Umno. [ MH 2616 3:00 pm 05/03/08]

No comments:

Post a Comment