Thursday, April 17, 2008

Spekulasi

Apa yang akan berlaku dalam tempoh dua tahun?

MSO

DUA tahun lagi itulah tempoh yang diberikan (atau dinyatakan) Abdullah Ahmad Badawi untuk berundur? Sekiranya benar pernyataan itu apakah Mohd Najib Razak sanggup untuk menunggu tempoh itu? Benar tidak akan lari gunung dikejar, hilang kabus nampaklah ia. Namun dalam politik gunung lari, gunung runtuh, gunung retak dan terbelah sesutau yang tidak mustahil berlaku.

Dua tahun terlalu lama bagi orang yang sedang mengidam seperti Najib. Apa lagi dalam ruang terbuka itu Najib perlu berhadapan dan kena bersaing dengan beberapa orang lagi yang ingin merebut tempat yang sama.

Anwar Ibrahim dan Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) juga sedang mengingati kerusi itu, kerusi PM. Ia tidak boleh disekat dan ditahan. Memanjang tempoh peralihan kuasa itu menjadikan Najib terus dilambung resah dan cemas.

Satu teori

Apa lagi Anwar membayangkan akan menduduki kerusi berkenaan dalam tempoh beberapa bulan ini. Manakala Ku Li pula bakal mendudukinya bila-bila masa sekitarnya satu lagi teori untuk meletakkan ahli Parlimen Gua Musang menjadi.

Dalam tempoh dua tahun apa-apa boleh berlaku. Tempoh itu sangat beruntung kepada Ku Li dan juga Anwar. Mereka ada ruang dan masa untuk mengatur strategi bagi merampas kerusi berkenaan. Mereka merasa bertuah kerana laluan mereka tidak seterang (oficial) Najib yang kini menduduki jawatan kedua itu di mana mengikut tradisinya beliau akan mudah ke tempat itu.

Kalau benar Abdullah akan berhenti pada 2010 seperti mana yang dikatakan di Johor, ini bermakna Abdullah akan melalui pertandingan pada Disember hadapan. Beliau sendiri pun pernah menegaskan akan mempertahankan jawatan berkenaan. Pernyataan itu seolah nalurinya merasakan beliau akan ditentang.

Perlawanan itu menarik dan implikasinya juga menarik. Bagaimana kalau Abdullah kalah dalam perlawanan itu dan takdirnya Ku Li yang menang? Bukankah ini menyebabkan Najib terlepas peluang? Ataupun kalau Abdullah menang, apakah beliau bersedia untuk melepaskan kerusi itu kepada Najib sedangkan kemenangannya kelak memberi bukti beliau masih kuat?

Dalam pemikiran Najib pula ada firasatnya tersendiri sekiranya Abdullah terus memegang jawatan itu selepas Disember kelak menyebabkan jalannya ke Putrajaya menjadi runcing dan sempit. Kemenangan Abdullah itu akan membukaluaskan jalan kepada seorang lagi calon Muhyuddin Mohd Yassin. Sekaligus juga memberi peluang kepada Anwar?

Inilah persoalan dan percaturan yang perlu Najib lakukan. Beliau kena pandai membaca peta politik dalam tempoh itu. Bermula dari hari ini hingga Disember hadapan merupakan musim-musim yang amat meresah dan mengusarkan minda Najib.

Berbuat sesuatu

Kalau Najib merasakan kedua kemungkinan itu akan berlaku; (1) Abdullah tidak akan melepaskan jawatan kalau beliau menang dan (2) kalau Ku Li menang, maka beliau perlu berbuat sesuatu.

Sesuatu inilah yang sedang dilihat dan ditafsirkan daripada pergerakan Najib. Ada tanda-tanda menunjukkan Najib sedang menyusun sesuatu pelan secara senyap. Peluangnya turun untuk menemui pemimpin Umno di negeri-negeri yang Umno kehilangan daulat nampanya diambil pelung untuk membina grand design tertentu.

Kenayataan atau resolusi yang dibuat selepas perjumpaan-perjumpaan itu menunjukkan keputusan tidak berpihak dan bersimpati kepada Abdullah. Semuanya bersetuju dan sependapat Abdullah perlu berundur. Semengat resolusi termasuk pelan peralihan, dan sebagainya secara diplomasi merupakan penolakan terhadap Abdullah.

Dari beberapa buah negeri persis pakatan itu semakin kukuh dan melebar. Dan kalau pakatan ini sudah kuat apakah Disember hadapan Najib akan berhadapan dengan Abdullah merebut kerusi Presiden? Setakat ini hanya negeri-negeri di pantai timur yang belum menunjukkan sikap mereka.

Kalau ini berlaku maka pertandingan tiga penjuru tidak mungkin dapat dielak. Ku Li yang sudah bersiap awal-awal lagi dan sedang bekerja keras untuk mencukupkan kouta sangat suka kalau keadaan itu berlaku.

Dan jika Najib mencuba dan membung stail politik play savenya mungkin menyebabkan sesuatu yang buruk akan berlaku kepada Abdullah. Kalau Najib masuk pasti Abdullah akan berundur. Nasib yang diterima Ghafar Baba ekoran ‘serangan senyap’ Anwar tahun 1993 dulu akan berulang menimpa Abdullah.

Melihat percaturan itu perlawan untuk jawatan presiden kelak tampaknya akan berlaku antara Najib dengan Ku Li. Kalau ini berlaku Umno bakal berpecah sekali lagi dan membentuk dua kumpulan. Abdullah akan menyokong Ku Li kerana Najib sudah pun mendapt sokongan Mahathir.

Perlanwan Ku Li – Najib akan mengulangi suasana seperti peralwnan Ku Li – Mahathir 1987 dulu. Kita tunggu! [wm.kl 9:00 pm 17/04/08]

No comments:

Post a Comment