Wednesday, April 9, 2008

Susupan Senja

Apa boleh buat sang babi sudah nasibmu

MULANYA saya tidak mahu peduli cerita mengenai Kerajaan Selangor menyediakan peruntukan RM100 juta untuk menguruskan ladang babi secara bersepadu dan bersistemetik. Apalah sangat istimewanya si babi itu? Haiwan berkaki empat dan berbadan pendek itu tidak peru dipolimekkan.

Pun begitu yang jelasnya menternak babi lebih menguntung dan mempunyai pasaran dan permintan meluas berbanding dengan menternak kambing Jamnapari. Kerajaan Kelantan sudah ada pengalaman dalam hal ini 'kambing mengambing' ini.

Adapun kenapa ia menjadi bising ialah kerana babi dianggap najis dalam Islam. Sebenarnya najis babi atau pengharaman babi berbanding dengan anjing, anjing lebih tinggi nilai haramnya.

Menurut Ustaz Ibrahim Azmi, bekas ahli Parlimen Hulu Nerus Terengganu dan bekas ahli pemikiran Jabatan Penerangan Khas Umno (Jack) (sudah dimansuhkan), kedudukan najis babi tidak sampai perlu disamak dan disucikan seperti najis anjing.
Menurutnya najis babi, sekadar dibersih dan disabunkan sudah kira selesai.

Pendapat ini tentu menimbulkan kontroversi. Kerana dalam pemikiran orang Islam Malaysia standard najis babi sama dengan anjing. Apa lagi jika diukur kepada bentuk dan rupa paras binatang berkenaan, babi lebih huduh berbanding dengan anjing.

Untuk mengsahkan ini adalah elok kalau Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi pandanganya dari sudut Fikh dan Tasauf. Saya percaya kalau Nik Aziz membuat penjelasan mengenai standard najis anjing dan babi ini ia boleh menyelesaikan sedikit masalah. Lagipun Nik Aziz sendiri turut prihatin kepada nasib penternak babi di Bukit Pelanduk Melaka tidak lama dulu.

Menyatakan simpati

Apakah kesudian Nik Aziz (untuk menyatakan simpati kepada penternak babi di Bukit Pelanduk, Negeri Sembilan tidak lama dulu) melawat penternak itu kerana standard najisnya lebih rendah berbanding anjing seperti mana kata Ustaz Ibrahim Azmi yang berkelulusan Umu Qura, Arab Saudi itu.

Berhubung dengan peruntukan sebanyak RM100 juta untuk membina ladang ternakan babi moden di Selangor itu, MB Selangor, Khalid Ibrahim sudah menjelaskannya.

Katanya tujuan pembukaan ladang itu ialah untuk menyelesaikan masalah yang timbul di sebalik pemeliharaan ternakan berkenaan. Ladang moden itu yang lengkap dengan segala peralatan untuk kumbahan najis babi.

Menerusi sistem yang akan digunapakai di ladang berkenaan najis dan air kencing babi akan diproses semula dan dimanfaatkan. Bau busuk yang menjadi ancaman kepada alam sekitar tidak akan berbangkit lagi. Dalam erti kata lain ladang itu bersifat mesra alam.

Seharusnya cadangan Khalid itu perlu dipuji. Bukan saja hanya kerajaan Pakatan yang meluluskan maka ia perlu dipuji, tetapi kalau Kerajaan BN atau Umno buat juga dengan matlamat dan tujuan sama ia juga perlu disokong.

Khalid nampaknya kurang berani ketika mengulas mengenai langkah yang diambil kerajaan yang dipimpinnya itu. Beliau bersandarkan kepada bekas MB Mohamad Khir Toyo, katanya projek itu diluluskan semasa Khir Toyo menjadi MB 30 Januari tahun lalu.

Sebenarnya Khalid tidak perlu takut dengan projek itu. Beliau harus bertanggungjawab dan perlu merasakan suatu kejayaan kerana dapat menyelesaikan masalah penternakan babi yang bertele-tele sejak berpuluh tahun lalu. Soal kenapa ia diutamakan berbanding isu lain, mungkin kerana isu babi ini sangat mendesak!

Apa hendak takut dan bimbang babi ia juga makhluk Allah s.w.t. Terserah kepada kebijaksanaan akal dan ketinggian ilmu manusia untuk menguruskannya. Sekiranya tahi dan air kencing babi bahaya, tetapi mengapa masih ada benda lain yang lebih bahaya tetapi boleh ditangani dengan baik.

Nyawa manusia

Misalnya bahan nuklear, radio aktif dan bahan kimia lain merupakan ancaman kepada nyawa manusia. Namun kerana bijaksana dan kreativiti manusia ia dapat diatur dan disusun dengan baik boleh digunakan untuk manfaat kehidupan manusia dan tidak merbahaya.

Cuba masalah babi tadi diatur dengan bijaksana dan berhikmah dan menerima ianya suatu ‘anugerah’ Allah yang ada hikmat dan rahmatnya. Misalnya kadang babi itu dilengkap dengan aircon dan alat memproseskan semula bahan kumbuhnya disuling kemudian menjadi air biasa. Kalau ini boleh dilakukan boleh pula air itu di eksport ke Singapura.

Bukankah Lee Kuen Yu pernah minum air kencing yang disuling!

Itu semua memerlukan kecanggihan dan kebijaksanaan akal yang melampau, kita tidak boleh menafikan kewujudan babi dan manfaatnya oleh mereka tertentu. Bagi penternak kerja itu adalah mata pencarian mereka yang sukar untuk ditukar ganti.

Sikap penternak babi dalam hal ini sama dengan sikap penamam tembakau di Bachok, Kelantan. Mereka sama sekali tidak akan menukaran penamaan tembakau dengan jenis tanaman lain. Berilah pohon debu, karas, ubi kayu dan sebagainya mereka tetap mahukan tembakau.

Kenapa dan apa sebanaya, kerana tembakau itu sudah sebati dengan mereka dan menguntungkan. Soal ianya makruh atau bahaya kepada kesihatan perlu dipedulikan. Yang penting dapat membuat wang daripadanya. Maka demikian juga dengan penternak babi itu mereka sudah turun temurun terlibat dalam industri berkenaan. Di situlah periok nasi mereka.

Jadi isu babi adalah isu hak asasi manusia yang tidak boleh dinafikan. Cuma apa yang menjadi masalah cara menguruskannya, perlu ada disiplin dan mengikuti piawai dunia. Kalau semua itu boleh diatur babi tidak ada menjadi masalah sebaliknya menjadi bahan komoditi baru kepada negara. Kehadirannya akan menjadi lebih kurang sama dengan wujudnya najis di dalam perut kita!

Hentikan berpolemik soal babi dan langkah Kerajaan Selangor itu patut dilihat positif untuk kesejahteraan umum. Lebih baik semuanya pandang ke depan melihat masa depan bangsa dan negara yang lebih penting dari isu-isu menggeliakan seperti babi itu. Jangan bazirkan masa anda! [jln pahang 4:30 pm 09/04/08]

No comments:

Post a Comment