Pengumuman Kemasukan Ezam Dalam Umno Jam 3:00 petang
PRESIDEN Umno Abdullah Ahmad Badawi akan mengumumkan kemasukan rasmi bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan Mohd Ezam Muhammad Nor ke dalam Umno kira-kira jam 3:00 petang ini di Parlimen.
Cakap-cakap mengenai kemasukan Ezam bermula sejak beberapa hari lalu. Ezam yang sebelum ini tidak menafi dan mengiyakan cakap-cakaop berkenaan hanya mengulas ringkas akan membuat pengumuman apabila beliau kembali ke tanah air.
Ezam yang sudah kembali dari Jakarta hari minggu lalu akan hadir ke Parlimen.
Berita mengenai pengumuman itu menjadi tumpuan ramai. Pemerhati politik yang bertandang ke Parlimen dan para wartawan sudah mula membicarakan mengenai kemasukan Ezam.
Berbagai spekulasi mengenai kemsukan Ezam dan juga peranan yang bakal dimainkan Ezam dalam Umno nanti.
Ada mengatakan Ezam akan dilantik menjadi Senator dan diberikan jawatan sebagai menteri muda.
Tidak kurang juga menyebut Ezam akan diberi peranan untuk memulihkan dan memberi semangat baru kepada Pergerakan Pemuda Umno yang hari ini dalam keadaan hilang arah selepas tidak berjaya memberi sumbangan besar kepada Umno dalam pilihan raya lalu.
Pengumman Ezam kelak mengsahkan maklumat awal yang dipostkan dalam blog ini berberapa hari lalu. Disebutkan Ezam akan didamping samada oleh Mohd Najid Razak atau Abdullah Badawi ketika beliau mengumumkan kemasukn dalam Umno. [parlimen 1:20 pm 28/05/08].
Benar Saudara Sayuti. Rakan-rakan media di Parlimen mengesahkan kemasukan Ezam semula ke dalam UMNO sebentar tadi. Tapi, apakah ertinya menjilat semula kahak yang dihambur? Ezam, anda seorang yang opportunist! Buktikan UMNO yang kamu sertai itu benar-benar bebas rasuah dan mengamalkan demokrasi seperti yang diperjuangkan kamu dalam Gerak selepas dinyahkan (menyahkan diri, kamu uar-uarkan) daripada PKR!
ReplyDelete