YANG pastinya kalau benar Ezam Mohd Noor akan menyertai Umno dalam tempoh sehari dua ini ia bukan barter trade dalam politik ekoran keluarnya Mahathir Mohamad dari Umno. Kalau Ezam hendak menyertai Umno tidak perlu beliau menunggu Mahathir keluar kerana bunga-bunga itu sudah lama wujud dan berputik.
Manakala bagi Mahatir pula beliau keluar Umno tidak ada kena mengena dengan cerita Ezam hendak masuk ke dalam partinya itu. Bukan kerana Mahathir tidak boleh melihat muka Ezam, meyebabkan beliau mencari alasan tidak suka kepada Abdullah lantas meninggalkan parti yang dihuninya lebih 60 tahun itu, tetapi kerana beliau tidak tahan dengan wajah selamba (lembu kenyang) Abdullah.
Kita percaya kalau Ezam menyertai Umno, bukan Umno Baru ciptaan Mahathir tetapi Umno yang mula-mula dulu yang ditubuh pada 13 Mei 1946.
Kerana desas desus mengenai Ezam ini berlaku setelah 72 jam Mahathir meninggalkan Umno maka orang mengira reaksi Ezam itu ada berhubung kait.
Boleh jadi reaksi itu timbul kerana berlaku kekosongan di dalam Umno maka Ezam perlu mengisinya! Atau pun Ezam mengira dengan kemasukan beliau dalam Umno boleh menguatkan kedudukan Abdullah. Maknanya penghirjarah Ezam itu bagi memperkuatkan sesuatu yang lembik!
Kalau bekas Ketua Angakatan Muda PKR itu menyertai Umno sehari dua ini, apakah yang beliau cari sebenarnya? Apakah kerana beliau sudah merasakan Melayu benar-benar terancam disebabkan bekas bosnya tidak pedulikan Melayu lagi atau kerana apa?
Apa pun sebab itu tidak relevan (kemas) bagi Ezam. Alasan itu sengaja diada-adakan kerana beliau sendiri lebih mengenali Anwar berbanding dengan orang lain.
Ingin diingatkan kalau Ezam masuk hanya seperti rakan-rakaanya 10 budak hitam dulu ia tidak memberi makna. Ianya buat menyemak Umno sahaja. Apa jadi dengan rakan-rakan Ezam 10 budak hitam yang menyertai Umno dulu. Mereka hanya mendapat seringgit dua, kemudian selepas itu merepak balik. Jadi macam sampah hanyut ke hilir tidak sampai ke hulu tak jejak. Itik tidak sudu ayam tidak patut.
Begitukah Ezam?
Dan kalau Ezam terpaksa menyerti Umno kenapa mengambil masa terlalu lama? Setelah beliau membiarkan rakan-rakannya merana. Semasa berlaku penyembahan 10 budak hitam kepada Mohd Najib Razak semasa hendak menyertai Umno dulu, khabarnya Ezam sudah mahu ikut sama. Tetapi entah kenapa sampai di pertengahan jalan beliau conner balik dan membatalkan hajatnya?
Apakah yang Ezam tertinggal sesuatu di rumah menyebabkan beliau tidak jadi ke pejabat Najib untuk sama-sama membuat kenyataah akhbar dan keluar muka dalam tv. Saya percaya kalau Ezam menyertai Umno ketika itu, dalam pilihan raya yang lalu beliau sudah bertanding. Pun begitu belum tentu beliau dapat jadi Yang Berhormat atau tidak memandangkan banyak kerusi Umno melayang kepada Pakatan Rakayat.
Jadi apabila ada orang mengatakan Ezam akan masuk Umno saya tidak terkejut sangat. Begitu juga apabila Ezam mengatakan beliau akan membuat pengumuman sekembalinya dari Jakarta ia tidak merujakan jiwa. Tetapi bagi saya keputusan Ezam masih belum muktamad.
Cuma kalau esok atau lusa beliau membuat pengumuman di dampingi Mohd Najib Razak atau Muhammad Muhd Taib beliau harus berfikir panjang... panjang... dan... panjang. Hendaknya penyertaan beliau nanti bukan kerana hendak memperkukuhkan Abdullah atau kerana ingin memenuhi tempat Mahathir.
Untuk memperkukuhkan Abdullah Ezam kena memiliki super tonik kekuatan, manakala kalau hendak memenuhi tempat Mahathir beliau juga perlu memiliki super belit hipokrasi seperti Mahathir.
Bagi Ezam tidak ada gunanya kalau menyertai Umno setakat hendak jadi tongkat kepada Abdullah. Biarlah Ezam masuk dengan langkah seorang wira dan beliau akan menjadi matador yang akan menanduk dan menyingung sesiapa juga di mana akhirnya beliau akan menjadi seorang pemenang.
Ataupun apakah kemasukan itu sebagai merintis dan membuat persiapan, mengatur kerusi dan kedudukan menyambut kemasukan Anwar Ibrahim ke dalam Umno? Apakah ada kemungkinan-kemungkinan begini? (Jangan emosi... marahkan saya!).
Kepada Ezam selamat berjuang tetapi saya sehingga kini tidak fikir secepat dan senakal itu Ezam membuat keutusan walaupun saya sudah menghidu bahawa akhir-akhir ini perfume yang dipakainya berjenama UMNO. [wm. kl 3:03 am 23/05/08].
Walau berita mengejutkan ini tidak membuat aku terkejut tetapi secara sepintas lalu aku memikirkan siapakh Ezam ini sebenarnya.
ReplyDeleteKali pertama aku bertemu (melihat, mendengar dan memerhati) sdr Ezam ini ketika majlis penubuhan Parti KeADILan Nasional di sebuah hotel di Ampang. Ketika itu, aku tidak datang sendirian kerana aku membawa bersama sekali video kamera keramat aku (skrng dah arwah. Sambil berdiri diatas satu platform sambil dikelilingi beberapa org reporter media utama dan wartawan org kg macam aku ni …….. ada semacam ikatan (kemesraan) walau baru kali pertama bertemu (bertugas). Dengan ruang yg amat terhad (platform ini agak tinggi sedikit dr lantai) kami saling bantu membantu dan bergiliran dalam merakam peristiwa bersejarah itu. Oleh kerana akau berada didepan sekali, kerap kali aku terpaksa membongkokkan diri apabila kawan2 yg ada dibelakang cuba merakamkan sesuatu. Sehinggakan aku mengalami sakit pinggang selama hampir seminggu.
Buat kali pertama itulah aku mendengar suara Ezam yg bergitu bersemangat menyampaikan amanat DSAI. Lontaran suaranya yg mirip suara mentornya ada waktunya membuatkan suasana didalam dewan itu jadi sunyi.
Bermodalkan video kamera itulah aku menjalankan kempen penerangan kepada seluruh ahli keluarga aku di kg. Kebetulan ketika sambutan hari raya puasa semua adik beradik aku pulang ke kg. Aku tidak melepaskan peluang menayangkan kepada mereka detik bersejarah itu dan beberapa majlis ‘road tour’ yg sempat aku rakamkan. Mereka semua amat mengagumi sdr. Ezam. Setiap soalan mereka aku jawap dengan penuh keyakinan dan tepat. Bagi aku untuk menerangkan kepada mereka tidak menjadi masalah kerana aku amat terdedah dengan berita2 reformasi.
Ok. Aku tinggalkan nostalgia itu.
Sekiranya benarlah bagai berita yg telah sememangnya tersebar beberapa tahun ini mengenai perihal sdr. Ezam masuk umno ini tentunya amat mengecewakan.
Tidakkah sdr. Ezam terfikir akan peganganya dulu sehingga membawa beliau ke ISA? Tidakkah dia lupa kerana sokonganya kepada DSAI dan PKN telah membawa dirinya kedalam situasi yg amat sukar. Adakah begitu mudah untuk melupakan segala caci nista juga tohmahan oleh orang2 umno waktu itu? Tidakkah beliau ingat bagaimana susahnya isteri beliau terpaksa menghadapi tekanan semasa beliau berada dipenjara.
Sanggupkah beliau kembali mencium tangan Najib dan Pak Lah sedangkan tangan2 itulah yg mempunyai saham mengISAkan dia dulu??
Sememangnya aku sedih dengan kisah Ezam ini.
Masuknya Ezam ke dalam Umno semula bukanlah utk menguatkan Umno tetapi lebih kepada utk melemahkan kemaraan anwar. Ezam dijangka akan mengeluarkan beberapa kenyataan yang akan menjatuhkan kredibiliti anwar. Masa akan menentukannya. Najib pula akan menggerakkan langkahnya semasa ezam mangganggugugat kedudukan anwar
ReplyDeleteSaya tak nak sangka buruk apa-apa kat Ezam.Mungkin dia ada alasan tersendiri atau mungkin dia ada strategik sendiri mana kita tau kan? Tapi Ezam kena ingat, Anuar sendiri pernah buat perkara yang sama dulu.Anuar nak islamkan UMNO dari dalam dengar ceritanya. Perjuangan ini kita tak boleh ambil jalan mudah.kalau begitu bolehke kita masuk kristian dulu untuk mengislamkan kristian dari dalam? Takut nanti kita pulak yang terkristian islam, parah nanti.
ReplyDeletetdak ada ape2 yg dpt ezam membntu umno jika beliau menyertai semula umno malah ezam sendiri akan mjadi lemah spt yg lain2...wallahualam.
ReplyDelete