Wakil Rakyat Kelantan Perlu Tubuh PENSYAHWAT
MEMANDANG ramai wakil rakyat dan bekas-bekas wakil Rakyat di Kelantan yang mengamalkan sunah Rasulullah s.a.w. berpoligami atau berbini lebih daripada satu, maka eloklah kalau wakil-wakil rakyat berkenaan berfikir menubuhkan sebuah persatuan.
Keperluan ini kerana sesetengah wakil rakyat yang berbini lebih itu menghadapi masalah untuk menguruskan rumah tangga mereka terutamanya untuk mewujudkan persefahaman antara isteri pertama dengan isteri kedua atau isteri kedua dengan isteri ketiga.
Ada juga ekoran langkah wakil-wakil rakyat itu menyebabkan keadaan rumah tangga mereka yang tenang sebelum ini tiba-tiba jadi haru biru. Bersepah... macam tong sampah diselongkari anjing liar sampai anak-anak tidak dapat diuruskan dengan baik. Kerana masalah itu menyebabkan setengah ada terbiar dan sampai ada yang terlibat dengan masalah sosial seperti terlibat dengan penagihan dadah, mencuri motisikal dan sebagainya.
Disebabkan tidak wujud persefahaman itu juga, sesetengah wakil rakyat yang berkedudukan dalam parti tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada aktiviti dan kerja-kerja parti kerana "jam" dikunci oleh isteri-isteri. Ada yang terganggu dengan kehadiran orang kedua itu yang tidak genap masa dan merasakan ranjang sentiasa kosong apabila suami berdakwah atau keluar berceramah.
Wakil-wakil rakyat berkenaan sering kali terpaksa meringkaskan perbincangan ataupun ada kalanya terpaksa dibatalkan dengan memberi berbagai sebab semata-mata kerana ingin memberi masa lebih kepada isteri baru.
Paling dirasakan tidak adil kerana tidak ada persefahaman atau perkahwinan kedua atau ketiga tidak mendapat izin isteri pertama menyebabkan ada wakil rakyat yang mendatangi isteri kedua atau ketiganya pada siang hari sahaja secara curi-curi.
Sementara itu dalam satu risikan rambang, sekurang-kurang 13 orang wakil rakyat Kelantan yang terlibat mengamalkan berbini lebih dari satu dan ada yang terlajak kepada tiga orang. Setakat ini belum ada laporan menunjukkan ada wakil rakyat atau bekas wakil rakyat berkahwin sampai empat.
Dari jumlah tadi wakil rakyat Pas ternyata mengatasi wakil rakyat Umno dengan angka sebanyak sembilan orang. Pecahannya, lima berkahwin dua, selebihnya berkahwin tiga. Yang bercerai pula setakat ini empat orang namun masih kekal dengan status berpoligami.
Manakala pasangan atau isteri muda itu datangnya dari berbagai bangsa dan negara. Ada yang mengambil perempuan Siam. Wanita Siam ternyata menjadi pilihan utama dengan jumlahnya tiga orang, kesemuanya wakil rakyat BN. Selain itu ada yang mengambil wanita Pakistan, India, Indonesia, Kemboja dan Cina.
Setakat ini dua orang wanita Kemboja dan dua Cina masing-masing menjadi pilihan wakil rakyat Kelantan. Dua wanita Cina itu masing-masing satu dari Tanah Besar Cina dan seorang Cina lokal.
Dari segi persefahaman pula boleh dikatakan 100 peratus perkahwinan kedua atau ketiga wakil-wakil rakyat atau bekas wakil rakyat berkenaan tidak aman maksudnya tidak ada persefahaman antara isteri tua dengan isteri kedua atau ketiga. Setengah daripada isteri pertama masih tidak mengetahui suami mereka tambah cawangan (bukan cawangan parti).
Bertolak daripada masalah yang timbul itulah maka perlu rasanya mereka menubuhkan sebuah persatuan yang boleh menjadi badan mengawal dan menangani perkara berbangkit dari masalah itu. Persatuan itu boleh dinamakan sebagai Persatuan Wakil Rakyat Kahwin Lebih atau ringkasnya PENSYAHWAT.
Adapun objektif atau peranan Penshawat ini ialah antara lain boleh digariskan seperti berikut:
(i) Bertindak menjadi consultan untuk mengaturkan perkahwinan seterusnya ataupun mengatur perkahwinan mana-mana wakil rakyat yang berhajat untuk menambah bini.
(ii) Bertindak menjadi pengawal dan penjaga kepada isteri-isteri kedua atau ketiga yang bermasalah dalam mendapat perlindungan kediaman, status kahwin sah atau sebagainya.
(iii) Menjadi penyelesai kepada apa-apa juga perbalahan dan pertelingkahan antara wakil rakyat dengan isteri kedua atau ketiga atau antara isteri kedua, ketiga dengan isteri pertama.
(iii) Memberi nasihat kepada mana-mana isteri yang ingin mengambil tindakan undang-undang mahkamah kepada wakil-wakil rakyat berkenaan.
Persatuan seumpama ini perlu memandangkan pernah berlaku sebelum ini bagaimana seorang wakil rakyat berumur di bawah 40-an diserang isterinya petamanya ketika bersiap sedia untuk melapazkan ijab kabul. Gara-gara serangan itu menyebabkan wakil rakyat berkenaan terjun ikut jendela melarikan diri.
Selain itu dilaporkan pernah berlaku bagaimana isteri seorang wakil wakil rakyat bergaduh di dalam market sampai baling membaling 'teruk' (bekas) budu hingga ditenteramkan oleh para peraih.
Dengan adanya persatuan ini masalah poligami di kalangan wakil rakyat yang ketika ini seolah-olah perbuatan haram dan terlarang tidak akan timbul lagi.
Jadi sebagai mengelakkan kejadian dan kelakuan yang boleh merosakan imej dan mencemarkan nama wakil rakyat yang berbini dua dan berhajat tambah bini eloklah kalau persatuan ini diwujudkan dalam kadar segera. Dicadangkan untuk melancarkan penubuhan persatuan ini bolehlah panggil bekas Shaikul Al-Arqam Imam Abuya Al Tamimi Ashaari Muhammad. [wm. kl 10:30 am 30/05/08].
Saya rasa saya faham apa yg dimaksudkan oleh MSO.
ReplyDeleteMemanglah boleh poligami. Cerai pun boleh. Tapi bila kes cerai masuk court apa cite?
Wakil rakyat pas bercerai(padahal umno pun ada cerai) dihighlight. Dah tentu beri kesan pada parti. Masalah bini pun x selesai inikan pula masalah rakyat.
Saya mencadangkan wkil rakyat tu pas ni jgn dipilih lagi menjadi calon utk pilihanraya akan datang
ha ha ha. Seronok baca cerita hari ni. Bukan apa ketawa cuma rasa teruja juga pasal isu ini. Ia tak patut jadi macam ini. Orang undi YB-YB ni untuk khidmat pada masyarakat. Tapi lepas seorang-seorang buka cawangan. Langkah ni sebenarnya proaktif sbb YB parti lawan banyak yang buat kerja simpan perempuan (bukan Semua).
ReplyDeleteTapi kalau benda macam inilah yang dihidangkan pada masyarakat oleh mereka maka lambat laun hayat politik mereka ni tak panjang. Lambat bangat rakyat pakat minta cerai dengan mereka.
Syor saya pada YB-YB kita. Jangan hilang tumpuan. Kalau player bolasepak profesional eropah boleh jadi profesional yang betul punyer dgn karier diorang, inikan pulak pemimpin parti Islam.Malu leeer.
Asalamualaikum, Tuan MSO.
ReplyDeleteSaya setiap hari membaca blog tuan, kiranya saya ini peminat tegar blog tuan jugalah. Cuma saya tidak mencatatkan sebarang komen.
Hmmm...
Pada masa akan datang, jodoh tuan belum pasti hanya seorang, sebab jodoh kita semua di tangan Tuhan, dan tidak ada sesiapa yang tahu masa depan masing-masing.
Selamat berbahagia!
PUAN AINON MOHD.
Penerbit buku "Di Bawah Payung Aisyah: Tip-Tip Poligami" dan akan diterbitkan pula "Hidup Bahagia Berpoligami")
ASKUM ABG T
ReplyDeletesatu cadangan yang bernas dan logik diterima. Poligami ni benda molek hak tak moleknya pelaksana dan cara pelaksanaan.
Bagi merealisasikan cadangan penubuhan Pensyahwat itu ambo nak cadang AJK Penajanya ialah:
YDP - YB CIKGU RAHIM
SU YB WAN SEMAIL
BENDAHARI YB MAT DAHAN
AJK:
bubuh sendiri lah......
(penaung- exco baju petak)
MUDAH-MUDAHAN IA MENJADI REALITI
DAN BOLE MENJADI NGO YANG
BERMANAFAAT KEPADA SEMUA
KHASNYA LELAKI YANG MAMPU,
ANAK DARA TAKADA SUAMI DANJANDA
ANAK RAMAI.
TAK ACILAH KALU ASYIK DOK NAK
CARI ANAK DARA KEMBOJA, CINA, HAK LAWALAWA SAHAJA.
STK.
WAKHAMAD.
Salam, kelakar juga. Jika diteliti, bukan sahaja mengikut sunnah, komposisi juga integrasi internasional!
ReplyDelete