ARWAH ayah saya Omar bin Othman apabila mengenangkan nasibnya dan dalam memberi ingatan kepada anak-anak sering kali bermadah; hina besi kerana karat, hina manusia kerana miskin! Setiap kali mengingati madah itu saya akan terkenang kepada sahsyiah ayah yang cukup sedrhana dan juga diri saya sendiri.
Benar, manusia akan dipandang hina apabila dia miskin. Sebaliknya manusia akan dipandang mulia kalau dia kaya walaupun kekayaan itu diperolehi dengan merompak dan menyamun harta rakyat. Walhal ukuran demikian tidak berlaku di sisi Allah. Allah mengukur kemuliaan seseorang itu kepada iman dan takwal seseorang.
Dalam politik pula kuasa dan kedudukan dipandang tinggi dan mulia. Orang akan hormat kepada kuasa kerana dengan kuasa mereka boleh melakukan apa saja. Kalau sudah tidak ada kuasa, kedudukan sudah hilang, maka ia tidak lagi dipandang mulia malahan akan dipersendakan.
Nasib orang politik yang sudah tidak ada jawatan samalah seperti pohon yang rebah di mana ianya akan dijadikan tempat kera dan beruk meniti (baca juga kura-kura).
Apa yang dialami Mahathir Mohamad kini nampaknya sama dengan besi yang disaluti karat ataupun pohon yang jatuh dan rebah menjadi tempat kera meniti itu. Kini semua orang menyalah dan berani untuk mengutuk dan mengatakanya bekas Perdana Menteri itu.
Satu pesanan ringkas (SMS) yang masuk ke dalam telefon saya pagi tadi 11:28
yang dihantar oleh Annuar Musa membuktikan apa yang dimadah dan disenandungkan
oleh arwah ayah saya itu. Untuk berlaku jujur saya siar sepenuhnya SMS berkenaan
tanpa sebarang editing kecuali penggunan huruf besar dan huruf kecil
dan titik saja.
"Statement Datuk Seri Annuar Musa Musa; Sesiapa
berjuang dalam Umno kerana
Mahathir, Mahathir dah tinggalkan Umno. Dan
mereka boleh ikut. Sesiapa yang
berjuang dalam Umno kerana agama bangsa
negara sesungguhnya perjuangan belum
selesai dan kita tetap bersama Umno....
it is not that we love him less but we
must love Umno more... lebih 20 tahun
kita pertahan Mahathir dalam semua keadaan
kerana Umno... kiranya kini
beliau memilih meninggalkan Umno maka kita ucapkan
selamat jalan padanya.
"Jasanya tetap dikenang Umno tetap Umno. Umno bukan Mahathir.... Mahathir
sebenarnya sedang melalui perasaan sense of insecurity.... satu sindrom
kecewa
teruk akibat tindakan PM mengubah dasar-dasar dan legasi zamannya.
Beliau rasa
tak dilindungi dan kepentingannya terjejas setelah dulu semua
kuasa ditangannya.
"Dia mahu PM jadi puppetnya. Mana mungkin begitu. Allah
telah mentakdirkan
begini pada Mahathir, mungkin qada atas perbuatannya
selama ini pada orang yang
dizaliminya.... Musa, Ku Li, Ghafar, Hussein,
Tunku, Harun, Anwar, Raja-Raja.
Itulah janji Allah. Ada bayaran tunai di
dunia, ada bayaran tertangguh di
akhiray. Walahualam... thank
you.. " [wm.kl 8:00 pm 20/05/08].
Kiriman Anuar Musa padat dan direct to the point. Anuar Musa juga berkompromi dengan Mahathir kerana pangkat dan jawatan untuk menjatuhkan Tengku Razaleigh.
ReplyDeleteMari kita lihat apa akan jadi dalam episod dari Tokyo pulak. pastikan wartawan Utusan memetik ucapan Mahathir dari Tokyo.
Saya boleh menerima pandangan Annuar kerana menyedari bahawa Annuar adalah orang politik yang tegar. Tentang Annuar, tidak perlu dipersoal lanjut, kerana dia sangat faham erti gula dan semut. Itulah permainannya.
ReplyDeleteNamun rakyat biasa yang hidup dalam ruang lingkup demokrasi, tidak pandai berkata manis-manis. Berjuta rakyat biasa, masih cenderung dengan pemikiran Mahathir dalam perspektif negara dan sovereignty.
Tidak dapat disangkal, bahawa ramai menerima walau dalam kemelut apa sekalipun, Malaysia adalah selamat di tangan Mahathir. Sedangkan Malaysia sudah malu terlondeh hanya dengan isu tok ketampi di lokup di bawah Abdullah.
Malangnya rakyat biasa tidak terpukau dengan kuasa, pengaruh dan wang sebagaimana orang politik tegar. Rakyat biasa hanya tahu memangkah parti mana yang mereka suka. Tentang ini Annuar tidak akan faham sampai bila-bila, kerana suara annuar berbau wang dan pengaruh.
Jangan salah rakyat jika Annuar kekal kalah. Jangan salahkan sesiapa jika BN kecundang dan terlingkup. Salahkan orang politik tegar yang suara mereka berbau kuasa, pengaruh dan wang. Mereka berjalan dengan mata terbuka tapi buta.