Mukhriz Jangan Panjangkan Lidah Bapa ke Parlimen!
MSO
AHLI Parlimen baru - yang baru pertama kali melangkah masuk ke Parlimen setelah menang dalam pilihan raya lalu masih kemabukan Parlimen. Setengahnya nak cari kantin atau surau masih belum terjumpa. Begitu juga untuk menggunakan beberapa kemudahan prasarana di sediakan Parlimen seperti wifi perpusatakaan dan sebagainya masih kebingungan.
Masa mana dan macam mana mereka nak menggunakan orderly Parlimen yang berpakaian baju kelabu juga masih tidak tahu. Pasti kalau tandas Parlimen menggunakan pancutan air automatik seperti di PWTC, tentu sewaktu nak membasuh kencing dan najis, mesti ada yang basah seluar atau skirt.
Sementara di dalam Dewan pula terpamir karektor ahli Parlimen dengan berbagai lagak dan aksi. Ada macam kera baru mendapat bunga dan ada yang macam kera mendapat bunga yang sudah lama layu dan busuk. Tersengen-sengen.
Aksi ini boleh dilihat apabila sesekali kamera (CCTV) menghala kepada wajah mereka ada yang mengorek hidung, garut janggut dan juga cungkil gigi kemudian menciumnya! Yang lebih teruk korek lubang hidung atau lubang telinga sampai ternyenyak.
Di dalam dewan pula semuanya cuba menarik perhatian dan nak menunjukkan belang bagi mengsahihkan kehadiran masing-masing.
Paling nyata ialah semasa perbahasan. Masing-masing cuba membangkitkan isu kononnya untuk kepentingan rakyat. Tidak kurang juga cuba mengenengahkan isu yang menjadi perhatian media agar muka mereka keluar surat khabar dan disuluh oleh kamera tv. Sayangnya isu yang dibangkitkan sudah basi dan tidak menggambarkan ketinggian akal budi dan mental politik.
Macam mana mereka nak mendapat man of the year.
Ada yang diberi peluang berucap pula terloncat-loncat macam beruk kena belacan. Dengan tangan dimasukkan ke dalam seluar lagak macam anaku Sazali bercakap dengan kawan-kawannya yang merancang nak pergi menyamun kedai emas. Langsung tidak menunjukkan kesopanan dan adat susila sebagai orang Melayu. Kalau mereka Cina dan India tidak mengapa sebab mereka kurang arif dengan tatabudaya Melayu, tetapi mereka ini orang Melayu!
Bagaimana pun yang menarik dalam ramai-ramai MP baru itu ialah wakil dari Jerlun Kedah, Mukhriz Mahathir. Wakil ini memang nampak berhemah dan bersopan santun. Cakap pun teratur baris dengan baik. Tetapi sayangnya isu yang dibangkitkan isu yang sudah basi dan berbau peribadi dan dendam.
Mukhriz semasa berucap semalam menimbulkan lagi soal hubungan bekas Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dengan bekas Timbalan Setiausaha Pertahahan Amerika Syarikat, Wolfoweitz. Mukhriz mempersoalkan itu kerana Wolforweitz terlibat dalam mengarahkan tentera Amerika menceroboh Iraq.
Apakah apabila Anwar berkawan dengan seseorang maka beliau harus menjadi seperti itu? Anwar rasanya tidak semudah yang disangka akan terpengaruh dengan perangai dan juga pegangan politik orang dikawaninya itu apa lagi kalau ianya Yahudi atau Isreil.
Isu hubungan Anwar dengan Wolfowitz itu sudah lama berlalu. Anwar sendiri sudah menjelaskan bahawa perhubungan mereka tidak sampai mempengaruhi pemikiran politik masing-masing.
Seperti mana kata Azmin Ali, walaupun Anwar baik dengan Wolfowitz namun tidak bermakna Anwa mengikut telunjuk Yahudi itu? Bahkan kata Azmin, Anwarlah satu-satu pemimpin Malaysia yang berani untuk memberi kata dua kepada Wolfowitz agar sesekali tidak mempertikaikan prinsipnya.
Misalnya Anwar secara berhadapan menyatakan kekesalannya berhubung tindakan AS yang menceroboh Iraq dan satu masa mendesak Wolforwitz agar membantu rakyat Aceh yang dilanda Tsunami dan membantu sekolah agama di Aceh.
Bagi Mukhriz apakah kepentingan dan keperluan beliau mempersoalkan perkara yang sudah diketahui umum itu dengan senario politik hari ini? Hari ini bukankah Umno membicara soal parti itu sudah dibuang rakyat? Soal Melayu sudah menolak Umno? Kenapa tidak membicangkan perkara itu?
Apabila Mukhriz masih mengheret lagi soal itu maka jelas beliau tidak mempunyai modal secukupnya untuk berucap di dalam Parlimen. Jelas sangat beliau bercakap bagi pihak bapanya yang membenci dan dendam dengan Anwar. Adalah tidak adil Mukhriz membangkitkan isu itu sedangkan Anwar berada di luar atau tidak memberi ruang untuk rakan-rakan Anwar menjelaskannya.
Sebagai wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat Jelrun, Mukhriz sepatutnya bercakap soal-soal isu local yang ada kena menenga dengan rakyat Jerlun umpama beras dan padi. Beliau tidak perlu menjadi jurucakap bapanya di Parlimen, untuk menghentam Anwar. Bukankah Mukhriz nak bertanding ketua Pemuda sewajarnya beliau menunjuk kehebatan dan idealisme sendiri atau bakatnya sebagai pemimpin pelapis. Melihat gelagat Mukhriz itu maka tidak menyesalkah orang-orang Pas di Kedah yang memberi laluan secara senyap kepada Mukhriz di Jerlun?
Dalam hal ini setidak-tidak walaupun Khairy Jamaluddin dianggap buruk, tetapi Mukhriz boleh meniru perangai Naib Ketua Pemuda Umno itu. Khairy tidak bercakap untuk kepentingan mana-mana individu bila menyebut soal Anwar. Tidak nampak sangat beliau menjadi "jubir" (juru bicara) kepada mana-mana orang. Berlainan dengan Mukhriz yang bersikap memanjangkan lidah bapanya.
Kita bimbang kalau setiap kalau Mukhriz masuk ke Parlimen beliau membawa mulut dan kepala bapanya, apabila bapanya tidak berfungsi lagi suatu hari menyebabkan beliau juga tidak akan berfungsi. Kalau bermain politik jangan berlindung di balik bayang bapak atau emak, tetapi keluarlah ke gelanggang dengan kejantaan sendiri![wm.kl. 4:10 pm 14/05/08].
saya turut terpanggil utk memberi komentar disini...spt mana diperkatakann oleh sdr sayuti...mukhriz harus mengambil pendiriannya sendiri...persoalan anwar sekutu wokfowitz tidak timbul krn anwar telah menyatakan pendiriannya , berbeza dgn mahathir yg langsung tidak membuat kenyataan ttg adanya usaha melobi sokongan amerika melalui abrahamov.
ReplyDeletemahathir...hari hitungan utk kamu telah hampir tiba, apb kuasa rakyat telah bangkit..takkan terdaya kamu melawannya.
Ada ketikanya Mukhriz cenderung begitu. Sangat senada dengan ayahnya. Baik begitu, daripada bercanggah atau durhaka.
ReplyDeletePun begitu ada yang menganga mulut luas-luas, tetapi yang keluar adalah suara orang lain. Yang terbaik sekali ialah ketika Rahim Thamby diusik, disiku, malah dilondeh. Zahid Hamidi menganga mulut tapi yang keluar ialah suara Anwar.
Suara Anwar keluar dari mulut Zahid secara berterusan hinggalah resepi Indon dihidang disini. "Kronisma, Nepotisma, Projek Mega!"
Namun selepas itu Suara Anwar tidak lagi keluar dari mulut Zahid. Sembang2 di kopitiam meneka ada orang kena jentik teloq, ada yang tambah konon bukan jentik saja tapi ikat teloq simpul mati.
Begitulah lidah, tekak dan mulut. Doktor melihatnya dalam kerangka ENT, manusia ngeri dengan bisa dan tajamnya. Manusia juga takut dengan lidah yang bercabang.
salam mso.sebagai orang muda yang masih mentah dalam pemerhatian politk,saya berpendapat mukhriz tidak sesuai menjadi PM malaysia yang akan datang.ini kerana sejak awal lagi beliau sudah menunjukkan idealisme yang secara jelasnya mengikut acuan mahathir.
ReplyDeletejika in berlaku,tidak mustahil negara kita akan 'mundur' ke belakang dan peristiwa-peristiwa hitam sebelum ini pasti akan berulang.
apa yang perlu kita lakukan sekarang sebagai rakyat malaysia adalah memilih pemimpin yang benar-benar pro rakyat bukannya berjuang untuk kepentingan dir.salam perjuangan.
http:egimbb.blogspot.com
Memanglah begitu, tidak boleh dinafikan Mukhriz memang secetak mempunyai pemikiran bapanya. Bahkan surat menggesa Pak Lah letak jawatan sangat iras dengan cara Mahathir menuli surat kepada TAR satu masa dulu. Strategi sama, cara pun yang sama.
ReplyDeleteSatu lagi pakatan anak beranak?