Thursday, June 12, 2008

Marah Pagi

Apabila Jaminan Kerajaan Sudah Tidak Dipercayai Lagi

KABINET Abdullah Ahmad Badawi semalam mememutuskan harga pasaran petrol dan diesel tidak akan dinaikan lagi sepanjang tahun ini walaupun harga minyak pasaran dunia dijangka terus naik.

Bolehkah dipercaya kenyataan itu? Jawabnya (segera) tidak boleh.

Banyak jaminan yang diberikan oleh kerajaan Abdullah tetapi tidak terjamin. Terbaru salah seorang menteri Kabinet Abdullah, Shahrir Abdul Samad (seorang menteri yang dianggap tegas dan tidak bertolak ansur dengan kejahatan) mengatakan harga petrol akan mula dinaikan pada Ogos, tup.. tup tidak sampai seminggu petrol dan diesel naik sampai 50%.

Bukan itu saja, sebelum ini Mohd Najib Razak kata minyak tidak akan dinaikan selepas pilihan raya, tup... tup naik. Jadi jaminan menteri tidak boleh dipegang dan dipercayai lagbi. Mulut menteri Malaysia tidak masin dan berbiasa lagi. Kata-kata menteri tidak lebih daripada untuk membuang air liur saja yang berpusa dalam mulut.

Itu contoh klasik, banyak lagi contoh menunjukkan kerajaan Abdullah bercakap tidak betul alis berbohong. Abdullah sendiri juga begitu. Banyak cakap tetapi kerja tidak buat. Dulu Abdullah kata dia tidak mahu cakap tetapi tidak bikin, apa yang berlaku sekarang ini, beliau bikin apa yang tidak cakap. Inilah menyebabkan rakyat pening kepala dan sengkak perut.

Berdasarkan kepada rekod itu siapa boleh percaya jaminan Kabinet itu. Tahun ini masih ada kira-kira enam bulan lagi. Dalam tempoh enam bulan itu macam-macam boleh berlaku, termasuklah kemungkinan Kerajaan Abdullah akan gugur. Betullah apabila orang sudah menuakr maksud pantun yang berbunyi, daripada bercakap bohong menjadi pencuri kepada banyak cakap lama-lama jadi menteri!
Jadi sesiapa nak jadi menteri mesti banyak cakap!

Apa jaminan dan sandaran kerajaan untuk tidak menaikan harga minyak sekiranya harga minyak di pasaran dunia hari ini mencecah hingga US300 setong? Apa? Apa?

Apakah kaedah atau teori ekonomi yang kerajaan Malaysia hendak lakukan bagi mengatasi masalah itu? Jawabnya tidak ada siapa boleh bagi jaminan dan jaminan Kabinet semalam itu hanya bobong semata-mata. Saja cakap kerana mulut gatal.

Akhir-akhir ini Abdullah dan kerajaanya tidak usah cakap apa-apa lagi. Orang sudah tidak percaya. Keyakinan rakyat lebih kepada Pakatan Rakyat. Orang semua mahu tenguk Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri. Kalau Anwar jadi PM harga minyak akan turun mendadak! Orang percaya kepada Anwar daripada Abdullah walaupun Anwar kadang-kadang ada juga autanya.

Sebab itulah walaupun ada usaha Pakatan Rakyat yang tidak munasabah dan setengah boleh merugikan diri sendiri, termasuk hak-hak Melayu dan Islam namun rakyat mempercayai dan menyakininya. Rakyat terpesona kepada janji Pakatan Rakyat yang dianggap masih suci tidak seperti janji BN. Rakyat mahu mencuba bagaimana rasa dan kelazatan Pakatan Rakyat pula setelah mereka muak dengan rasa dan kelazatan BN.

Kesimpulannya hari ini, rakyat begitu benci kepada kerajaan BN. Kebencian itu sudah melampau-lampau. Apa yang rakyat inginkan kini ialah agar Kerajaan BN tidak ada lagi. Kerana kebencian itulah, buatlah apa pun untuk memulihkan Umno ia tidak akan menjadi.

Justeru, Abdullah dan Mohd Najib atau Mahathir lakulah apa saja untuk menguatkan Umno dan BN ia tidak membawa apa-apa erti. Kebencian rakyat tidak dapat diubati lagi. Sebab apa, (segera) sebab rakyat sudah kerap dan sepanjang masa kena main dan kena tipu.

Menyedari hakikat ini baru kita faham kenapa Dr Mahathir Mohamad bersama isteri serta anak-anaknya dan juga Sanusi Junid (yang tumpang semangkuk) meninggalkan Umno kerana mereka tidak mahu menjadi orang yang kecewa atau menjadi mangsa kutukkan rakyat. Mereka tidak mahu diri mereka menjadi busuk dan berulat bersama Umno yang akan hancur dan binasa bila-bila masa!

Jadi sebelum rumah bernama Umno runtuh dan hancur, mereka awal-awal lagi melarikan diri. Inilah lagak dan dasar politik oportunis Melayu modern dan berkelas cendekiawan! [wm.kl 7:30 am 12/06/08]

1 comment:

  1. Memang pemimpin sekarang tak boleh pakai cakap bohong dan merperbodohkan rakyat.Kata orang tua-tua cakap bohong lama-lama jadi pencuri.Memang dah sah sekarang jadi penyamun negara.

    ReplyDelete