Cadangan Mufti Perlis Baik, Tapi Tak Mungkin Dilaksanakan
MUNGKIN Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin juga seperti serabut perut dan pening kepala memikirkan perkembangan politik negara ke belakangan ini. Tentunya pendedahan demi pendedahan bersifat peribadi dibuat silih berganti oleh tokoh-tokoh politik yang memburuk-burukkan antara satu sama lain merungsingkan beliau.
Kalau tidak masakan beliau bersedia memberi formula bagi menyelesaikan permasalahan yang timbul. Mengenai dakwaan liwat Anwar Ibrahim ke atas Mohd Saiful Bukhari Azlan yang tidak berkesudahan dan amat sukar untuk dibuktikan menerusi mahkamah, Asri mengsyorkan agar keduanya bermubahalah, iani bersumpah dengan menyebut Wallahi, Wabilahi, Wathalahi dengan menyebut siapa yang bersalah akan dilaknati Tuhan.
Mungkin itulah jalan terbaik bagi menjawab persoalan yang timbul.
Tetapi masalahnya apakah kedua mereka Anwar dan Saiful bersedia bebuat demikian? Apakah mereka sanggup untuk dilaknati kalau mereka bersalah melakukannya? Kalau salah seorang yang menjadi punca saya rasa ada yang ingin berbuat begitu.
Bagaimana kalau kedua-duanya melakukan itu atas kerelaan masing-masing?
Seperkara lagi bermubahalah seperti itu hanya berlaku oleh mereka yang beriman sahaja. Mereka yang percaya kepada sumpah. Mereka yang tidak beriman tidak akan percaya kepada sumpah. Jadi suruhlah bersumpah walaupun seribu kali pun mereka akan lafazkan.
Kerana bagi mereka sumpah seperti itu tidak memberi apa-apa kesan.
Dan sekiranya mereka yang bersedia atau mempercayai kepada mubahalah itu adalah mereka yang beriman. Pula... kalau mereka beriman tidak mungkin mereka tergamak untuk melakukan perbuatan jijit dan tidak bermoral itu.
Pada saya cadangan Asri itu satu yang baik tetapi tidak mungkin dilakukan baik oleh Anwar maupun Saiful. Rasanya mereka lebih suka kalau kes tuduhan dan dakwaan itu diselesaikan mnerusi mahkamah kerana menerusi mahkamah keadilan manusia masih ada ruang untuk mereka yang silap atau salah melepaskan diri.
Jangan lupa kalau boleh Najib Razak, Rosmah, Musa Hassan dan Ghani Petail juga perlu ikut sama bersumpah (mubahalah) sama sebab mereka juga turut sama terjeart dalam masalah yang hampir sama. Eloklah juga kalau diadakan satu majlis muhabalah mega dan diadakan di mana-mana stadium di negara ini. [wm.kl. 11:15 am 04/07/08]
posting anda bagus tapi untuk posting kali ini anda sememangnya dungu dan bodoh.
ReplyDelete