Thursday, July 10, 2008

Susupan Pagi

Kenapa pertikai hak Anwar

TINDAKAN Anwar Ibrahim menuntut tindakan undang-undang syariah diambil di bawa qazaf terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwatnya adalah haknya sebagai seorang muslim dan tidak perlu dipertikai.

Samada tindakan itu tergesa-gesa untuk melindunginya daripada dakwaan liwat dibuat Saiful atau sebaliknya itu, orang lain tidak boleh mempertikaikannya. Tidak ada lokus standi untuk berbuat demikian dan apa yang dirasai Anwar kini tidak sama apa yang dipandang orang terhadapnya.

Sudah pasti sebagai orang yang kena tuduh dan diaibkan begitu rupa Anwar perlu membela diirinya dengan apa saja. Kalau perlu menggunakan pedang, keris dan lembing sekali pun Anwar perlu melakukannya.

Kenyataan Peguam Muslim Malaysia, Zaitoon Othman mempertikaikan tindakan Anwar dan menuduh Anwar cuba berselindung daripada tuduhan itu tidak adil dan nampak sangat kebencian peguam perempuan berkepala dogol itu kepada Anwar.

Kenyataan peguam perempuan tidak bertudung itu juga tidak menggambarkan sebagai peribadi muslim di mana bertentangan dengan nama persatuan yang diterajuinya itu.

Sebagai peguam muslim beliau sepatutnya mengalu-alu langkah Anwar kerana tindakan itu secara tidak langsung mendaulatkan Islam. Apa guna nama peguam muslim kalau tidak menghormati dan cuba berusaha agar undang-undang Islam diutamakan dan diamalkan di negara ini.

Apakah persatuan penguam muslim hanya pada nama saja dan tidak pada pratiknya? Kalau begitulah Zaitoon kena tukar nama persatuan itu kepada Persatuan Anti Islam!

Tidak berbangkit apakah kes tuduhan liwat itu masih dalam siasatan polis atau tidak. Siasatan polis tidak bercanggah dan terganggu dengan tindakan Anwar itu. Adalah lebih baik kalau kes itu diadili oleh dua bentuk undang-undang, jenayah dan agama.

Apa guna peruntukan undang-undang di bawah qazaf itu digubal kalau ianya hanya untuk dijadikan lambang saja bagi mempamerkan negara ini mengamalkan syariat dan undang-undang Islam.

Sebelum menuduh Anwar tergesa-gesa melindungi diri daripada tuduhan liwat itu, Zaitoon dan seluruh peguam-peguam muslim negara ini mengkaji dahulu apakah Sesyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 perlu dimansuh ataupun tidak. Apakah ianya relevan dengan suasana dan budaya negara ini.

Jangan pula Zaitoon cuba mencari populariti dengan isu berkenaan apa lagi secara bodoh tolol menjadi pengampu kepada mana-mana pihak.

Sebagai peguam dan pengamal undang-undang sepatutnya beliau lebih terbuka, telus dan tidak bersikap berat sebelah dan lebih dungu daripada rakyat biasa. [wm.kl. 7:30 pm 10/07/08]

3 comments:

  1. salam..
    saya pun terbaca kenyataan dari persatuan munafik malaysia ni... Zaiton apa ke jadah nama dia...
    sambil2 tunggu roti canai siap... tak sangka orang macam ni boleh jadi penasihat persatuan peguam muslim malaysia... hehehhe...

    mungkin dia guna konsep ... mengapa nak tergesa2 pakai tudung... kan mati lambat lagi....

    ReplyDelete
  2. Bab ni saya tak berani komen sebab melibatkan agama. Saya mengaku ilmu agama saya tak dalam.. Jadi, apa yang harapkan ialah Majlis Ulama Malaysia dan badan2 Islam membuat satu perbincangan khusus bagi membuat keputusan berkaitan bersumpah atau bermubahalah...Bila dah ada satu keputusan rasmi dah dibuat oelh Majlis Ulama, maka selepas itu tiada siapa boleh pertikai...

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum saudara MSO...

    kalu saudara nk tau,si zaitoon tu adalah salah satu drpd lambang wanita islam hadhari ciptaan Imam besar REJIM PAKDOLAH BODOHwey..
    tgok sajalah isteri PM kita tu + isteri TPM.inikah lambang negara islam yg dicanang2kan seluruh warga umno??islam yg ada Had dan ada Hari.yg mana ad hari PM boleh meraba perempuan bukan muhrimnya sesuka hati.

    saya setuju benar dgn ayat sahabat ZURAIMI diatas...
    "mungkin dia guna konsep ... mengapa nak tergesa2 pakai tudung... kan mati lambat lagi...."
    so sbgai kuda betina tunggangan REJIM PAKDOLAH yakni Imam Besar Mazhab Islam HadHari semestinya dia juga ingin dilihat sbgai hero (walaupun dia tak layak waima sbgai heroin) oleh Ketua Turus Rejim HadHari ini.
    mgkin slepas ni dia akan dilantik sbgai Peguam Negara setelah kantoinya si Ghani Patail tu..
    sama2 ler kita tengok nnt...

    ReplyDelete