Terima Kasih Majlis Peguam Batal Forum
SELURUH umat Islam perlu menyatakan kesyukuran kerana Majlis Peguam akhirnya menghentikan majlis forum bertajuk Memeluk Islam, yang menimbulkan kontroversi dan bantahan dari berbagai pihak pagi ini.
Walaupun Majlis Peguam mulanya berkeras untuk meneruskan forum berkenaan dengan memberi pElbagai alasan dan tidak sedia akur dengan bantahan, tetapi mujurlah mereka bersedia membubarkannya.
Mungkin kalau tidak berlaku bantahan secara fizikal - berhimpun di hadapan pejabat Majlis Peguam pagi ini mungkin forum berkenaan diteruskan dan ia boleh memberi kesan buruk kepada Islam dan perlembagaan sendiri.
Justeru, umat Islam perlu berterima kasih kepada semua pihak yang hadir mengemukakan bantah terutamanya kepada ahli politik Salahudin Ayub, (Ketua Pemuda Pas), Zulkifli Nordin (ahli Parlimen Kulim - Bandar Baru, PKR), Badrul Amin dan Lathafa Koya, PKR.
Dalam isu-isu sebgini ternyata Umno dan DAP tidak menghantarkan wakil. Begitu juga dengan tokoh-tokoh hebat dari parti politik juga tidak tampil. Mereka ini lebih kedepan dalam menyuarakan isu kepentingan bersama seperti masalah ekonomi dan mengkritik kepincangan kerajaan. [kl. 1:15 pm 09/08/08]
Sdra msomelayu, Umum mengetahui bahawa tentangan hebat terhadap forum anjuran Majlis Peguam telah dipelopori oleh badan-badan NGO Islam termasuk GPMS yang merupakan anak angkat UMNO dan PEKIDA yang mana penasihatnya ialah Pak Lah.
ReplyDeleteTimbul tanda-tanya dibenak saya kenapa sdra mso sengaja meng'highlight'kan kehadiran beberapa orang pemimpin menengah PKR seperti Zulkifli Nordin dan Badrul Amin. Sedangkan kehadiran mereka tidak lebih dari cuba mengaburkan mata rakyat yang mula 'rimas' dengan Anwar yang sering dikelilingi peguam-peguam bangsa India yang diketahui umum banyak menguasai tindak-tanduk Majlis Peguam.
Kenapa perlu kita sembunyikan kenyataan bahawa peguam-peguam India yang aktive dlm Majlis Peguam merupakan penyokong kuat PKR dan HINDRAF? Kehadiran Zulkifli Nordin dan Badrul Amin tidak dapat menutup kenyataan ini.
Biasalah utk politik.
ReplyDeleteJangan lupa saudar MSO ada alumni UMNO luar negara hadir sama.
Tolong adil utk semua.
Kita tidak mahu ada yg akan mengkritik MSO kerana tdk adil dalam soal ini...
Tq