Thursday, August 14, 2008

Muktamar 1

Ulasan Ucapan Dasar
Sallehudin Bercakap Mengenai Realiti Politik



ADA beberapa subjek dikira menarik dalam ucapan dasar bertajuk “Memperteguhkan Kemenangan” yang dibentang oleh Ketua Dewan Pemuda Pas, Salahudin Ayub pada muktamar dewan itu di Ipoh semalam. Subjek-subjek berkenaan sekaligus menunjukkan dinamika Pemuda Pas yang sudah berusia lebih setengah abad itu.

Sikap terbuka Dewan Pemuda Pas dalam memahami maqasaid al-syariah adalah satu perkara yang tepat dengan realis politik negara ini. Kata Sallehuddin; kita harus terbuka dalam memahami maqasaid al-syariah supaya objektif Islam itu dapat diterjemahkan dengan lebih berkesan dan membentuk kefahaman yang lebuh luas di kalangan rakyat.”

Anjuran Sallehudin itu memang tepat. Tidak ada gunanaya kita bersiasah, menang tetapi tidak dapat melaksanakan objektif Islam seperti mana yang didokong parti. Kemenangan tanpa mampu melaksanakan cita-cita perjuangan adalah kemenangan palsu!

“Pendekatan siyasah syariyyah yang diambil juga mestilah memperlihatkan keupayaan Islam merahmti alam,” begitu tegas Sallhudin. Bahawa Islam itu adalah rahmatan li alamin – agama yang menyelamatkan semua umat dan makluk Allah.

Hakiki inilah yang hendak diterjemahkah oleh kepimpinan ulama dalam Pas. Bagaimana pun ada kalanya faham atau harapan demikian tidak terlaksana kerana ada ahli yang terikut dengan runtunan nafsu dan terpesona dengan geme politik kekuasaan yang melulu.

Sehubungan itu Ketua Dewan Pemuda Pas menganjurkan suapaya ulama yang menjadi tunggak kepimpinan Pas atau rol model pentabdiran harki Islam itu agar berifkiran terbuka memberi tafsiran hukum berasaskan manhaj Malizi (pendekatan Malaysia). Nampaknya Dewan Pemuda Pas menyedari hakikat politik Malaysia di mana tanpa gabungan kaum lain ia tidak akan memberi kemenangan politik kepada Pas, Islam.

“Para ulamak kita perlu berfikiran terbuka untuk memberikan tafsiran-tafsiran hukum berasaskan manhaj Malizi (pendekatan Malaysia) yang kontemporari, tetapi tidak lari daripada orbit al-Quran dan al-Sunnah sebagai piawaiannya.,” kata Salehuddin.

Sikap tegas dan tanggungjawab Dewan Pemuda berhubung dengan Islam juga jelas dan nyata apabila Sallehudin menyeru pemimpin negeri-negeri Pakatan Rakyat memperjuangkan hak, nilai dan prinsip Islam yang termaktub dalam undang-undang tubuh negeri berkenaan. Tentu pengsyoran dan harapan Sallehudin ini bukan saja kepada negeri seperti Kelantan, Kedah yang kedudukan Islamnya agak terbela tetapi termasuk juga Perak, Pulau Pinang dan Selangor yang dominasi Islamnya tenggelam.

Walaupun Salehuddin cermat dalam melahirkan kebimbangannya, permintaan itu menjelaskan Dewan Pemdua komited dan kental dengan perjuangan Islam dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana anasir mahu mengkhianti Islam.

Sikap dan jaminan Dewan Pemuda tersebut untuk bersikap tegas dan sekaranya mana-mana kerajaan PR memandang enteng kepada agama dialu-alukan dan tentunya membanggakan ahli Dewan itu seluruhnya kerana memiliki seorang ketua yang penuh pengertian seperti Salehudin. Sikap begitulah yang harus ada kepada setiap ahli Dewan Pemuda Pas yang menjadi benteng dan diharapkan ummah menjadi pembela Islam selamanya di tanah air ini.

Bagaimana pun hasrat Dewan Pemuda untuk menilai semula kepimpinan ulamak setelah ia memasuki era dua dekad hendaklah dibuat dengan penuh waspada dan dalam keadaan cukup dan siap dengan ilmu. Jangan pula program menilai semula itu menjurus kepada penghakisan nilai-nilai ulama dalam Pas yang kini sudah ternyata membawa bukti dan kejayaan apa lagi akan diambil kesempatan oleh musuh untuk memburuk dan merendahkan ulamak. Sikap tikus membaiki labu tidak diperlukan dalam hal ini!

Tujuan Salehudin untuk menjadikan pembangkang dihormati kerajaan dilihat sebagai cetusan menarik ke arah pembangkang akan menjadi tampuk kerajaan di masa akan datang. Syabas dan tahniah kepada Salehudin yang membentangkan sebuah ucapan dasar yang konprehensif, menepati kehendak semasa dan ada mutu. [wm.kl 10:45 am 14/08/08]

No comments:

Post a Comment