Friday, August 15, 2008

Muktamar 2

Muktamar Pas ke-54 Selamat Dirasmikan

MUKTAMAR Agung Pas ke -54 bertempat di stadium tertutup Indra Mulia Ipoh selamat dirasmikan pagi tadi oleh Presiden Pas Abdul Hadi Awang. Lebih 3,000 para perwakilan dan pemerhatian membanjiri staidum berkenaan.

Tema Mukatamr kali ini ialah "Pas Untuk Semua".

Ucapan perasmian Presiden juga disiarkan secara langsung menerusi beberapa laman web/internet.

Selain para jemputan dari dalam negeri muktamar kali ini juga dihadiri 15 orang jemputan luar negara yang mewakili parti politik dan gerakan Islam.

Antara mereka ialah dari Turki, Pakistan, Myanmar dan Indonesia. Turut sama hadir ialah Penasihat Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Abdul Hadi dalam ucapan peramsinnya selama 1 jam 15 minit yang dianggap penuh diplomasi banyak memberi saranan dan nasihat supaya ahli Pas memperkasakan jemaah.



Menghuraikan mengenai tema muktamar kali ini, katanya, "Pas Untuk Semua" berteraskan kepada keyakinan yang tinggi bahawa perjuangan Pas adalah merupakan amanah untuk memakmurkan alam ini.

Menurutnya perjuangan Pas tetap akan utuh dan bertahan hingga kini kerana ia bertunjangkan kepada akidah perjuangan yang jelas.

Dalam hubungan untuk memperkasakan jemaah dalam menghadapi pelbagai cabaran Presiden Pas itu mengingatkan para perwakilan supaya mengikhlaskan niat dan amalan perbuatan semata-mata kerana Allah."Sama-sama mengikhlaskan niat dan amal perbuatan kita semata-mata kerana Allah untuk melaksanakan tugas dan amanah yang amat berat di muka bumi ini," ujarnya.

Mengenai hubungan Pas dengan pihak-pihak lain di mana ia menjadi perkara yang ditunggu-tunggu oleh para muktamar Abdul Hadi menjelaskan Pas akan terus melaksanakan Thaluf Siyasi dengan parti-parti dan semua pihak bersahabat dengannya.

Jelasnya keputusan untuk mengadakan hubungan ini tidak dibuat oleh mana-mana individu secara perseorangan sebaliknya ia dibincang secara bersama.

Katanya hubungan yang hendak dilakukan nanti itu dibuat secara berhati-hati dan bijak dan bukan bertujuan untuk menyelamatkan kepada mana-mana pihak yang sedang terkapai-kapai kelemasan.

"Kepimpinan parti pula akan mendengar dahulu apa yang hedak dinyatakan dalam semua bentuk pertemuan sebelum membuat apa-apa pertimbangan'" ujarnya.

Dalam pada itu Abdul Hadi mengingatkan menegakkan Islam adalah lebih penting dari segala-hgalanya.

"Ingatlah bahawa menegakkan Islam yang tercinta adalah lebih penting daripada segala-galanya," tegasnya. [penang 5:00 pm 15/08/08]

No comments:

Post a Comment