Kisah Pembacuh Kopi Anwar
SEMAKIN lama orang dapat memahami apakah tujuan pembacuh kopi Anwar Ibrahim, Saiful Bukhari (saya tidak mahu menggunakan nama penuhnya Mohd mulai catatan ini) membuat laporan polis yang beliau diliwat pada 26 Julai lalu. Kononnya beliau mahu pembelaan dan keadilan dengan laporan berkenaan.
Abdullah Ahmad Badawi pun nampaknya terpengaruh dengan kata-kata pembacuh kopi ini. Semalam Abdullah berkata Saiful mahukan keadilan. Saya ingin tanya Abdullah bagaimana dengan tuntutan keadilan oleh pihak lain. Apakah Abdullah bersedia untuk memenuhinya, jangan pula bersikap double standard dalam hal ini.
Mudah, bagaimana dengan tuntutan isteri da anak-anak yang suami atau bapa mereka ditahan bertahun-tahun di Kemunting di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri? Apakah mereka ini tidak mahukan keadilan dan apakah tuntutan keadilan mereka itu dimasukkan ke dalam tandas saja.
Abdullah tidak pernah bercakap pun soal keadilan pihak ini. Walhal mereka sudah bertahun merayu, merintis dan sudah kering air mata berdoa mengharapkan suami atau bapa mereka dibebaskan. Atau mereka mahu suami atau bapa mereka diadlii dimahkamah menentukan apakah kesalahan mereka menyebabkan ditahan bertahun-tahun.
Anih bila soal si pembacuh kopi, Abdullah jadi bingkas dan beriya bercakap soal keadilan. Apakah kerana kisah si pembacuh kopi ini sedikit sebanyak memberi keuntungan politik kepadanya maka Abdullah cepat memberi reaksi. Begitukah?
Berbalik kepada kes pembacuh kopi bernama Saiful Bukhari ini jelas beliau seorang pengkhianat, tidak amanat, tidak jujur dan sanggup melakukan apa saja terhadap bosnya sendiri. Pendedahan terbaru beliau menerusi blognya yang dipetik oleh media eletronik dan cetak hari ini yang mahu bersumpah dan menjelaskan yang dia ada mengikut Anwar, ke Hong Kong, Bangkok dan Singapura jelas mendedahkan niat jahatnya.
Beliau bukan lagi minta keadilan tetapi mahu memusnahkan kerjaya politik bekas TPM itu.
Berdasarkan apa yang didedahkan itu tidak hairanlah kalau ada dakwaan mengatakan ada konspirasi untuk memburuk Anwar dengan isu liwat itu. Si pembacuh kopi ini sudah terang dan bersuluh bersubahat dengan para konspirator berkenaan untuk memburukkan maruah dan imej Anwar.
Sepatutnya si pembacuh kopi ini tidak mendedahkan apa yang berlaku itu kerana ia tidak perlu buat masa ini. Dia boleh dedahkan dalam mahkamah. Apabila beliau mendedahkan disaat-saat Anwar ingin bertanding dan mahkamah masih pun belum mendengar dakwaannya ia jelas berniat jahat.
Di sini saya ingin lontarkan satu soalan ringkas sahaja kepada si pembacuh kopi inikalau beliau benar-benar tidak sengaja mahu memburukkan Anwar dengan isu liwat itu. Dalam laporannya beliau ada menyebut beliau diliwat berkali-kali. Maknanya lebih sekali liwat terhadapnya berlaku.
Menurut orang baju petak-petak merah semasa berceramah dengan Anwar di Putik, Pengkalan Chepa, liwat itu dikatakan berlaku sebanyak lapan kali. Mungkin orang baju petak merah mendapat maklumat terperinchi mengenai kejadian ini, maklumlah beliau terkenal sebagai seorang yang bercakap dengan fakta dan figure.
Seorang yang jujur, baik, berwibawa, dan bakal memimpin parti Islam tidak mungkin sengaja melontarkan ucapan begitu kalau maklumatnya samar. Si baju petak-petak merah tidak akan merendahkan mutu dn wibawa kepimpinannya.
Kalaulah dakwaan orang baju petak-petak merah itu betul, kenapakah si pembacuh kopi ini terus membiarkan ia berlaku. Ini bermakna kalau benar berlaku demikian perbuatan terkutuk itu berlaku secara sukarela antara beliau dengan peminum kopi yang dibacuhnya itu?
Seorang yang kena liwat atau dirogol ia tidak akan membiarkan dirinya untuk menghampiri pemangsa untuk kali kedua dan ketiga. Dia akan berusaha hindarkan diri. Juga, kenapa takkala berlaku kejadian yang pertama beliau tidak terus laporkan kepada polis. Ataupun beliau menunggu sampai duburnya koyak dan rabak baru beliau lapor. Begitukah?
Persoalan dan tanda tanya inilah menyebabkan orang keliru mengenai apa yang dibuat oleh pembacu kopi itu. Kerana itu juga dakwaan Anwar bahawa si pembacuh kopinya itu berniat jahat dan sekongkol dengan konspirator lain adalah benar dan benar! [dk.kl 00:5 t/malam 03/08/08]
Salam Ukhwah uncle MSO,
ReplyDeletePertama, agak seronok menerobos blog uncle, berwarna-warni, dan kadang-kadang dapat memperjelas sesuatu ketakpastian.
Saya adalah salah seorang yang agak kritikal terhadap pandangan uncle. Namun saya sedar, blog adalah hak individu, ibarat ladangnya ... betul tak? Dan saya hormati itu.
Kadang-kadang kita mudah tersesat apabila kita mengambil jalan sehala. Pendapat dan pertimbangan orang lebih berpengalaman tidak boleh kita ketepikan begitu sahaja.
Dalam kes Saiful ini, saya baru baca satu ulasan dalam Tranungkite, yang dipetik dari blog RPK yang mendedahkan siapa si bapa Saiful ini. Jika ini benar, nampak ada kewajaran bahawa kes liwat ini lebih kepada pemadaman kerjaya DSAI.
Banyak misteri dalam kes ini, siasatan memakan masa yang agak lama untuk polis menyiapkan kertas siasatan. Mengapa diperlukan lagi sampel darah sedangkan profail DNA DSAI telah pun ada pada pihak polis. Apabila DSAI mengumumkan akan bertanding di Permatang Pauh, tiba-tiba Syed Hamid mengatakan siasatan dah lengkap dan telah dihantar ke Peguam Negara untuk tindakan lanjut.
Apabila saya meneliti hujah uncle ini, nampaknya para konspirator telah benar-benar terdesak. Mereka telah pun terkedu dengan tersebarnya laporan pemeriksaan doktor terhadap Saiful oleh Hospital Pusrawi. Walaupun laporan ini bukan pendapat pakar hospital kerajaan tetapi keprofesionalan seorang doktor tetap berkredibiliti.
Jika benar bahawa kes ini untuk memusnahkan reputasi DSAI, dan seterusnya menggugat kesepaduan Pakatan Rakyat kerana runtuhnya DSAI, pada saya hilanglah faktor pemersatu dalam Pakatan Rakyat dan memusnahkan sokongan bukan Melayu.
Jika benar ini hanya konspirasi maka SUNGGUH BESAR PENGKHIANATAN orang-orang ini terhadap bangsa Melayu sebagai teras dan bangsa Malaysia amnya, MALAH PENGKHIANAT KEPADA KELANGSUNGAN MISI ISLAM DI MALAYSIA.
Saya nak tutup komen ini dengan pendapat Prof Dr Dato' Harun Din, yang pernah tersiar dalam malajah Tamadun, pada ketika berlangsungnya perbicaraan mega DSAI 1998, dengan sedikit pindaan kerana dah lama:
"APA HAK DR MAHATHIR UNTUK MENAFIKAN HAK ANWAR SEBAGAI BAKAL PERDANA MENTERI KERANA ANWAR SEBENARNYA HAK UMMAH"
Sekian, wassalam
kalau pun saiful berniat jahat, tetapi sekiranya tuduhan yang dibuat benar-benar berlaku, maka Anwar perlu menerima hukuman atas perbuatannya, tidak kisah lah sama ada saiful berniat jahat atau tidak
ReplyDeleteA'kum
ReplyDeleteSaya salah seorang peminat ruangan saudara.
Bab liwat ini dah benar2 menjahanamkan maruah bangsa dan umat Islam di negara ini.Pelik cara kita jahanamkan sesaorang dengan cara membuka aib depan belakang tak sudah2..
Apakah DSAI tu hanya ada kesalahan LIWAT jea??? Kan dia nie pernah jadi TPM dan Menteri Kewangan. Tak ada kesilapan atau kecurangan dia semasa menjadi Menteri dulu???
Pada pandangan saya yang kurang cerdik ini..jika ada dah pasti dia dah lama di heret ke mahkamah. Lihat jea SAPP yang nak bawa usul tidak percaya di parlimen. Bila BPR hendak semak semula kes 5 juta. Terbantut usul jadi bisul sampai hari ini.
DSAI bukan maksum..tapi lebih cerdik jika dia di jatuhkan dengan kes penyelewengan dan rasuah. Rakyat lebih percaya dari cerita liwat yang tak sudah2..dan tiada bukti yang nyata. Saperti kata saudara..jika berlaku pun mungkin atas rasa SUKARELA.
Nampaknya rakyat juga telah DI LIWAT minda bertahun2 sejak tahun 1998 oleh kerajaan. Patut pun golongan gay ini semakin bertambah dari sehari ke sehari.Cerita liwat menghiasi di dada akhbar. Dari mereka yang tak tahu...menjadi tahu dan akhirnya ingin merasa apakah nikmatnya LIWAT itu...
Proses menjahanamkan bangsa dan umat Melayu Islam kini telah di ambil aleh dari tangan2 laknat Yahudi kepada tangan pemimpin Melayu yang rakus dan tidak bermaruah.
Setengah dari kita sangat selesa memberi komen tentang kes liwat atau rogol. Seolah kita faham trauma liwat dan rogol. Seolah kita juga mengerti betapa setengah perogol jadikan insiden itu bersiri.
ReplyDeleteBila Anwar rasa perlu menjaja kes liwat setiap kali mencapai microfon, saya sekadar menjangka bahawa Anwar amat selesa sekali menyebut "liwat", berhujah tentang "liwat". Lantas beliau menjadikan "liwat" isu politik agong.
Ada orang mengkaji kebenaran kata-kata Anwar dengan menyemak daftar orang mati di Baling sebab kebuluran, dan ada juga nanti orang menguji kebenaran helah Anwar dengan meneliti kes Liwat.
Yang bersungguh-sungguh berkata dan berhujah adalah mulut. Yang meliwat bukan mulut tetapi peliwat. Sama ada benarkah orang Melayu Baling mati kebuluran dan samada bangsat meliwat, Anwar tidak ada kredibiliti untuk berhujah malah berdalih.
Kita hanya ada mahkamah untuk menentu apa benar atau tidaknya. Mahkamah Anwar dengan pentas, hailer dan microfon adalah mainan politik sahaja, yang rakyat sedia maklum sejak pertama kali "orang Melayu mati kebuluran di Baling" Kedah berpuluh-puluh tahun dulu.
Pembancuh kopi, peniaga, pelajar, ibu, bapa, datuk, nenek, apek, dan orang gila juga, mahu tahu yang sebenar, tapi bukan dalam Mahkamah Pentas dan Hailer. Kita masih ada Mahkamah.
Bila penumbuk (bekas IGP) dijatuh hukum, ramai orang suka, bila peliwat mahu didakwa, ada orang tidak suka.
Orang Melayu, Siam, China dan India Baling pun mahu tahu apa sebenarnya yang berlaku. Mari kita berhimpun di Mahkamah ibukota bukan Mahkamah Ceruk Tok Kun.
sdr/i berita dari gunung,
ReplyDeletedimanakah anda ketika kes 1998 berlaku?
Setiap manusia pasti akan berada dalam keadaan berjaga-jaga setiap kali mengingati peristiwa hitam dlm hidup mereka, dan peristiwa hitam 1998 itu kiranya berlaku kpd saudara/i, adakah ianya akan dilupakan bergitu saja?
Sekali lagi saya bertanya ... dimanakah saudara/i ketika kes 1998 berlaku?
Pak sayuti,
ReplyDeleteJika dulu pak sayuti selalu memuji Husam tetapi kini nadanya berlainan. Kenapa?
Dalam PAS, saya paling bimbang jika puak PAS klon mengambil alih kuasa. wa'la mrk boleh diragui.
untuk MB Kelantan pasca TG Nik Aziz, sy pilih Amar atau Ahmad Yaakob. Husam bawalah ke Pusat di bawah kerajaan baru, jikalau berjaya mara ke Putrajaya
mamat.com
Kes ni banayk sangat spekulasi tak tau mana satu yang betul.
ReplyDeleteKejap kata yang ni lah, kejap kata yang tu..
Ada baiknya daripada kita duduk memikirkan benda ni, kita pergi sembahyang mohon agar Tuhan tunjukkan jalan bagi orang yang tak bersalah dalam kes ni.
Tak lah penuh fikiran dengan spekulasi tak sihat ni.
saya harap saudara jgn membuat andaian bahawa anwar benar dan saiful salah ..itu adalah fitnah .ini boleh membuatkan ramai keliru dan terus membuat spekulasi sendiri . kita tunggu siasatan polis kerana kita tidak tahu ...hanya anwar dan saiful tahu . ini adalah masalah anwar dan saiful .. biar tuhan yang menentukan kebenarannya...
ReplyDelete