Ambil Iktibar Atas Panahan Dua Exco
MB Perak, Mohamad Nizar Jamaluddin dalam memberi reaksi awal terhadap penahanan dua orang Exco Kerajaan Negeri Perak oleh BPR berkata ia merupakan konspirasi Umno dan BN serta menyifatkan penahanan kedua mereka itu sebagai satu penganiayaan. Menurutnya beliau tidak yakin kedua Exco itu melakukan rasuah atas alasan projek yang disebutkan itu tidak wujud.
Dua Exco Perak ditahan oleh BPR semalam kerana dikatakan terlibat dengan sogokan wang sebanyak RM100,000 berhubung dengan kelulusan projek perumahan bernilai RM180,000 juta di Seri Iskandar. Mereka juga didakwa terlibat dalam rasuah seks.
BPR boleh menangkap dan menyiasat sesiapa sahaja yan disyaki melakukan rasuah setelah mendapat maklumat dari mana-mana pihak. Dengan kuasa yang ada kepadanya BPR boleh berbuat begitu dan tidak ada sesiapa boleh mempertikaikannya.
BPR boleh tahan dan menghebohkan kepada orang ramai mengenai kejayaaanya memberkas suspek. Tetapi BPR tidak boleh memberi tahu umum identiti orang yang ditangkapnya. Hanya mahkamah saja boleh mengistyharkan orang yang dituduh itu.
Dalam kes penahanan dua Exco dari PKR ini dilihat sebagai ada motif politik. Ia perlu disegerakan dengan tujuan tertentu. Mungkin ia ada kaitan dengan pilihan raya kecil Permatang Pauh yang akan mengumpul undi pada 26 Ogos depan. Pilihan raya berkenaan disertai Penasihat Umum PKR, Anwar Ibrahim.
Ada unsur-unsur penahanan itu dibuat bagi memberi impak kepada kempen Anwar. Kenapa dikatakan begitu kerana jarang pihak ibu pejabat BPR membuat pendedahan dalam kes-kes yang terlibat di luar Kuala Lumpur. Tetapi dalam kes dua Exco ini turut dihebahkan oleh ibu pejabat BPR dan ia mendapat perhatian istimewa!
Seperkara yang kena faham di sini, penahanan bukan bererti mereka yang disyaki sudah bersalah. Ia hanya untuk siasatan. Sekiranya terdapat prima facie baru orang yang ditahan itu akan dituduh setelah ianya ditentukan oleh pihak Pendakwa Raya.
Sekiranya ada kes melampau barulah mereka akan didakwa. Apa yang berlaku sekarang ini peringkat proses penyiasatan. Hal yang dialami dua Exco berkenaan pernah dilalui oleh banyak pemimpin politik termasuk bekas menteri.
Pun begitu penahanan dua Exco ini tidak boleh dianggap sebagai satu penganiayaan semata-mata oleh pihak kerajaan Perak. Penahahan itu perlu diambil perhatian berat oleh kerajaan Perak khasnya MB. Walaupun mereka tidak bersalah, namun dengan tindakan itu menyebabkan orang ramai mula membuat berbagai tanggapan negatif kepada kerajaan Perak.
Adalah elok kalau MB, Mohamad Nizar mula memberi penekanan dan peringatan ke atas anggota Exconya, ahli-ahli Dewan Rakyat dan juga penjawat-penjawat awam atas lantikan politik supaya menjaga diri dan menjauhkan diri dari bayangan rasuah demi menjaga integriti kerajaan Pakatan Rakyat.
Apa kena diingati antara sebab rakyat memilih Pakatan Rakyat dalam pilihan raya lalu ialah kerana mereka sudah benci dengan kes-kes rasuah dan penyelewengan dilakukan oleh pemimpin kerajaan terdahulu. Balada Exco Perak penah dihadap ke mahkamh atas rasuah mungkin menjadi pobia kepada rakyat negeri berkenaan. Dan sekiranya dua Exco yang ditahan itu dihadapkan ke mahkamah sedikit sebanyak ia akan mengecewakan rakyat Perak. [wm.kl 8:30 am 21/08/08]
Salam mso,
ReplyDeleteSaya bersetuju dengan pandangan tuan,bahawa MB, Exco,Adun dan ahli MD serta Pimpinan parti PR mesti dipertingkatkan intergriti mereka dan sentiasa berwaspada dalam setiap gerak kerja dan tingkah laku mereka. Musuh sentiasa mencuri ruang dan peluang sekiranya PR tidak berwaspada.
Seluruh rakyat malaysia memberi kepercayaan kepada PR dalam PRU 12 kerana mereka benci kepada korupsi yang sangat berleluasa,jika penyakit ini juga berjangkit dan ada pada PR pastinya kehampaan masyarakat dan hilang keyakinan terhadap PR.
Sebagai rakyat Malaysia saya sangat berharap rasuah dan salah guna kuasa dapat dibenteras seadanya.Saya menyokong pandangan Presiden PAS agar BPR bertindak profesional dan adil dalam langkah membenteras rasuah samada di negeri yang dikuasai PR ,BN dan juga kerajaan pusat.Rakyat Malaysia sentiasa menilai pretasi dan ketelusan BPR dalam menjalankan tugas.
afja.