Thursday, September 4, 2008

Bidas Ke dalam

Tak Salah Nizar Bagi Tanah Pada Sekolah Cina

SEKALI tenguk kemurahan hari Menteri Besar Perak, Muhammad Nizar Jamaluddin (foto) menganugerahkan beratus ekar tanah untuk sekolah persendirian Cina dilihat sebagai perbuatan tertekan. Ia seolah-olah bukan kerana kerelaan diri MB itu sebenarnya. Dalam hal ini seperti ada pihak yang menekan Nizar berbuat demikian dan beliau terpaksa melakukannya.

Kerana itu para penganliasa politik (berat sebelah) dan ahli akademik dengan mudah menuduh tindakan Nizar itu ialah kerana mengikut telunjuk DAP. Menurut mereka pemberian tanah itu (memajukan sekolah Cina) adalah agenda DAP untuk menjaga sekolah Cina.

Kita memang tidak setuju kalau Nizar hanya menjadi puppet atau boneka kepada mana-mana pihak dalam kerajaan Pakatan Rakyat di Perak. Beliau seharusnya mempunyai ketegasan dan prinsip sendiri. Dalam hal ini sudah tentulah beliau kena melaksanakan apa yang partinya (Pas) ingin perjuangkan.

Nizar sepatutnya berani membuat keputusan mengenai kepentingan-kepentingan yang diperjuangkan oleh partinya. Tidak ada guna kalau Nizar jadi MB jika hanya mengikut telunjuk orang atau kuasa politik tertentu. Tindakan popular tidak berguna sikit pun kalau matlamat perjuangan tidak dapat dilaksanakan.

Harapnya keputusan Nizar menganugerahkan tanah itu hendaklah tidak sampai ke peringat itu, yakni beliau mengumumkan apa yang sudah diputuskan ataupun dipaksa berbuat demikian. Nizar jangan mudah merasa inferioryty kompkeks dalam hal ini tetapi perlu tegas, telus, yakin dan berani.

Tidak semuanya apa yang dikemukakan oleh Exconya patut diluluskan. Begitu juga tidak semua cadangan dikemukakan PKR atau DAP diluluskan. Ia boleh dan perlu ditolak kalau bertentangan dengan prinsip dan nilai-nilai perjuangan partinya. Kedudukan parti Nizar yang tidak menguasai majoriti dalam kerajaan Pakatan itu tidak harus dijadikan sebab untuk Nizar akur kepada semua desakan dan cadangan-cadangan itu. Ia bukan alasan untuk Nizar merasa cemas dan bimbang dengan kedudukannya.

Dalam hal ini beliau kena faham dan senantiasa ingat bila beliau menjadi MB beliau harus berpandukan kepada Perlembagaan. Tanggungjawabnya sebagai Menteri Besar untuk semua dan bukan perlu merasa takut kepada mana-mana entiti. Beliau juga tidak harus peduli melayani isyarat-isyarat secara senyap yang dibisikkan kepadanya di dalam gelap.

Mengenai pemberian tanah untuk kegunaan sekolah Cina itu, pada saya ia bukan satu dosa. Untuk memberi pendidikan kepada anak bangsa tidak menjadi masalah. Pelaburan dalam dunia pendidikan seharusnya tidak terhad dan terbatas. Apakah kerana sekolah itu melibatkan Cina maka kita merasa tidak betul?

Tindakan Nizar itu seribu kali lebih baik daripada tindakan meluluskan tanah, balak, ataupun projek untuk kepentingan individu yang menjadi kroni. Apa yang Nizar buat adalah untuk masa depan generasi akan datang warga negera ini juga dan bukan kepentingan segelintir individu.

Kalau orang Umno atau penganalisa senget sebelah itu kurang setuju, nah mereka harus menyalahkan kerajaan sebelum ini yang menggubalkan Akta Pendidikan yang memberi peluang kepada mereka (kaum Cina dan Tmil) membuka sekolah persendirian dan membenarkan pula bantuan disalurkan kepadanya. Apa yang Nizar lakukan itu adalah mengikut perecedent yang berlaku sebelum ini.

Bagaimana pun seperti dikatakan tadi yang penting bagi Nizar ialah jangan sesekali beliau membuat keputusan dalam keadaan terpaksa. Apa lagi kalau ia berbuat sesuatu itu kerana ingin menyelamatkan kerusinya tetapi bukan menjaga dan mengawal kepentingan-kepentingan perjuangan partinya pastilah tindakan itu akan dimarahi dan meletakkan dirinya sebagai seorang pemimpin yang tidak boleh diharap. Dan natijah daripada itu Nizar akan berhadapan dengan masalah satu hari kelak. [wm.kl 3:20 pm 04/09/08]

7 comments:

  1. saya bersetuju dengan sebahagian artikel dari saudara.

    Nizar seharusnya bijak untuk tidak mudah hanyut dalam tekanan.tidak mengapa jika diluluskan pemberian tanah itu jika Nizar merasakan ia perlu dan keputusan dibuat dengan ikhlas.tapi yang menjadi persoalan jika tindakan Nizar adalah diatas desakan DAP dan PKR.

    tak salah juga untuk sesetengah pihak UMNO untuk "menyerang" Nizar kerana ada ahli PAS yang juga "menyerang" UMNO.ini perkara biasa dalam politik.kekurangan atau kesalahan pihak musuh digunakan untuk menyerang musuh.cuma bezanya setakat mana serangan itu diadakan.

    berbalik kepada pemberian tanah kepada sekolah Cina,terfikir juga apakah pendapat dari kalangan pemimpin PAS yang lain.

    bagi saya,tiada apa yang salah dengan pemberian tanah itu jika ia bertujuan murni bagi meningkatkan taraf pendidikan.pendidikan tidak mengenal kaum,gender,warna kulit dan agama.

    ReplyDelete
  2. tanah kerajaan negeri perak adalah tanah melayu... mengapakah begitu sengang ianya telah diberikan kps pihak lain dengan begitu besar beratus hektar ada kata sampai seribu hektar.. begitu mudahnya hak melayu dipindah milik... itu baru 6 bulan memerintah... kalau 6 tahun apa akan jadi... ingatlah DAP itu parti serpihan kerajaan S'pore yg memperjuangkan Malaysian Malaysia suatu ketika dahulu... S'pore adalah negara serpihan yahudi... selamatkah melayu di malaysia ditangan PR..

    ReplyDelete
  3. Harus diingat pemberian tanah itu bukannya kekal tapi pajakan 30 tahun. Advantage dipergunakan sepenuhnya oleh DAP menerusi kuota mereka. Inilah akibatnya kalau menyalah guna kuasa semasa UMNO memerintah. Setengah orang melayu yang meluat beralih pihak satu lagi yang menjadikan kuasa pemerintahan mereka terhakis.

    ReplyDelete
  4. malaysia bukan milik orang melayu sahaja. Ini asas pertama yang kita kena sedar.

    orang cina atau india, bukan baru datang, tetapi mereka telah ada di sini sejak dari dahulu lagi. Jika orang berketurunan dan dari jawa /bugis boleh dianggap berketurunan melayu, apa lagi orang-orang cina dan india.

    lagipun apa pentingnya bangsa ini sebenarnya? bukankah manusia ini dari satu keturunan yang satu yakni Adam alayhi salam.

    kedua, kita junjung perlembagaan dan kita juga junjung hak mendapat pendidikan setiap individu. tanpa dikira apa latarbelakang sekalipun mereka tidak boleh dinafikan hak tersebut.

    Beranikah kita menafikan hak mendapat pendidikan anak-anak orang cina dan India dalam negara kita dengan sebab prejudis terhadap bangsa atau dalam erti kata yang lebih negetif kerana sifat perkauman. Apakah dengan kita ini melayu, maka kita tidak ingin orang lain memperolehi kebaikan yang ternyata, mereka ini juga akan memberikan sumbangan yang lebih besar kepada kemajuan dan ketamadunan negara kita juga satu hari kelak. Perlaburan yang dibuat ini amat kecil berbanding dengan kontribusi yang bakal mereka sumbangkan suatu hari nanti.

    saya kira apa yang kerajaan perak lakukan ini hanyalah perkara yang kecil sahaja, jika nak dibanding-bandingkan di Kelantan, saya sebagai rakyat kelantan begitu berbangga apabila kerajaan negeri sanggup membenarkan wat-wat baru dibina di negeri kelantan. Apa yang dicerminkan di Kelantan ini adalah mengenai hak beragama bangsa lain walaupun populasi mereka terlalu kecil. Saya makin bangga apabila dalam satu berita dalam buddist News international, antaranya mengatakan apabila muslim memerintah lengkap 3 wat buddha yang menjadi idaman mereka, reclining buddha, sitting buddha yang yang terkini standing buddha. Satu sindiran yang amat tajam kepada golongan sekularis yang menafikan hak beragama mereka yang beragama apabila tidak membenarkan wat atau gereja di bina. Kerana asas yang kita pegang, semakin beragama seseorang, maka semakin baik hasilnya kepada keluarga, masyarakat dan negara.

    maka begitulah juga kepada memberikan hak pendidikan kepada bangsa lain. Saya kira MB perak juga sudah umumkan awal-awal lagi keinginan beliau untuk menghidupkan semula SAR di Perak, maka jika kepada SAR beliau sudah memberikan greenlight, apakah halangan untuk beliau menolak pemberian tanah kps sekolah persendirian cina.

    Saya kira sudah tiba masanya kita tidak hanya mengata ini boleh dan tidak boleh. Sewajarnya kita katakan apa yang boleh diteruskan. panjang lagi ingin ditulis kerana tulisan ayahanda mso ini mmg membuka minda. tapi cukuplah dahulu.

    Selamat menyambut ramadan al-Mubarak.

    ReplyDelete
  5. Kadang-kadang tindakan memberi tanah kepada bangsa lain sebenarnya hanya menguji orang Melayu sama ada mudah melatah atau tidak. Jika mudah melatah, maka Melayu akan dianggap 'racist'. Jika tidak mudah melatah maka ia adalah sebaliknya.

    Mungkin tindakan sebegini dah jadi separuh daripada taktik pembangkang untuk membuat Melayu marah. Bila Melayu marah maka secara tak langsung, Melayu akan dilabel anti bangsa lain. Bila bangsa lain lihat reaksi ini, maka mereka akan beranggapan Melayu anti bangsa lian...

    Yang pastinya, ini hanyalah permainan politik pembangkang...

    ReplyDelete
  6. saya setuju dengan sitinur, ia memang permainan politik pembangkang. Iaitu pembangkang dalam kerajaan negeri perak.

    ReplyDelete
  7. saya setuju dgn sitinur ..saya rasa biarkan orang melayu marah supaya mereka sedar sikit ini lah akibatnya tanah melayu sudah tergadai . 30 tahun satu tempoh lama walaupun ia pajakan tetapi harus diingat tanah ini untuk sek swasta ,sedangkan kerajaan sudah bina sek jenis keb cina lengkap dengan kemudahan ,pengajar. sek swasta ini hanya untuk anak orang kaya ,dan orang pendapatan rendah tentu tidak akan hantar anak ke sana kerana sudah tahu yuran mahal dan kos2 lain lagi . tindakan nizar anugerah tanah kepada sek cina adalah tidak dapat diterima oleh bangsa melayu .

    ReplyDelete