Alasan Kerajaan Bolehkah Diterima?
KERAJAAN nampaknya tidak ada pilihan lain sekali lagi terpaksa menggunakan akta hantu, akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menahan beberapa individu semalam yang dianggap boleh mencetuskan suasana tidak selesa dalam negara. Walaupun tindakan itu tidak populis (dan tindakan dikira paling keras dalam menenangkan sesuatu keadaan) namun ia terpaksa dilakukan.
Semalam raja bloger, Raja Petra Kamaruddin,54 (foto) yang juga pengendali laman Malaysia-today, wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng, 33 dan ahli politik DAP, Teresa Kok, 44 ditahan di bawah ISA. Penahanan mereka adalah tindakan paling keras kedua diambil sejak Abdullah Ahmad Badawi menjadi PM.
Sebelum ini beberapa pemimpin Hindraf telah dikenakan tindakan sama apabila mereka cuba menimbulkan kekeruhan terhadap negara pada akhir tahun lepas.
Penahanan Raja Petra seperti mana menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Ismail Omar tindakan Raja Petra boleh menimbulkan kegelisahan di kalangan rakyat negara ini. Raja Petra dituduh menghina Islam dan Nabi Muhammad s.a.w. menerusi tulisan-tulisannya atau pun mendedahkan blognya untuk menjadi medan menghentam Islam atas nama kebebasan bersuara.
Tindakan Raja Petra itu dianggap bahaya kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam sendiri. Walaupun Islam boleh dibahas dan dikritik namun apabila ia dibuatkan secara terbuka dan tidak ada orang menyemaknya sebelum disiarkan menyebabkan ia boleh menimbulkan kekeliruan.
Penahahan pemberita Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng pula ialah kerana pemberita berkenaan menimbulkan isu perkauman dengan melaporan ucapan Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Pulau Pinang, Ahmad Ismail yang menimbulkan kontroversi baru-baru ini.
Penahanan pemberita ini bagaimana pun menimbulkan sedikit kemusykilan. Apakah beliau yang hanya sekadar membuat laporan yang mana menyebabkan pihak kerajaan (Umno) terjempit maka beliau perlu dihukum sedemikian rupa, dijadikan punching beg untuk melepaskan kemarahan dan kekesalan?
Manakala Teresa Kok pula ditahan kerana menimbulkan isu perkauman dengan beberapa tindakannya politiknya yang berbau perkauman dan menyentuh sensitiviti perasaan umat Islam.
Teresa seorang ahli politik wanita yang aktif dan vokal dengan isu-isu sosial dilaporkan sebagai mencadangkan untuk menukarkan penggunaan tulisan Jawi di papan tanda dengan tulisan Cina. Cadangan itu menunjukkan ahli politik DAP ini cuba mencari political mileage menerusi perkara yang tidak sewajarnya dilakukan.
Selain itu ahli Exco Kerajaan Selangor berkenaan juga didakwa cuba menuntut azan di masjid atau surau supaya diperlahankan. Ternyata tindakan Teresa itu secara langsung menyentuh dan mencabar kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negara.
Setiap kali apabila kerajaan terpaksa mengambil tindakan tidak popular menerusi akta berkenaan, maka akan timbulllah kemarahan orang ramai kepada tindakan demikian. Tentu parti pembangkang dan NGO akan mengkritik habis-habisan tindakan ini dan akan menyifatkan kerajaan sebagai kejam dan zalim.
Bagaimana pun kita yakin kerajaan ada hujah dan alasannya tersendiri untuk bertindak demikian. Sudah pasti tindak tanduk mereka boleh memecah belahkan perpaduan dan menimbulkan masalah. Tindakan itu juga pasti bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih parah lagi.
Seperti mana menurut Menteri Dalam Negeri, Syed Hamid Albar, kerajaan mengambil masa untuk bertindak menahan mereka. Masa secukupnya diberi bagi mereka memperbetulkan kesalahan dan menyamak aktiviti mereka dianggap boleh menganggu ketenteraman awaam.
Misalnya kata Syed Hamid, Raja Petra sudah diberi peringat berkali-kali mengenai provokasi dan agar mengelakkan daripada menulis isu-isu bersifat menghina Islam namun tidak dihiraukan oleh pengendali protal berita berkenaan.
Bagaimana pun di sini penahan pemberita Sin Chew Daily itu menimbul sedikit kemusykilkan. Apakah wajar beliau terus dikenakan tindakan itu kerana jika dilihat kepada bidang tugasnya sebagai wartawan belliau hanya melaporkan sesuatu perisitwa sementara yang mengadunkan menjadi berita atau rencana ialah pihak pengarang.
Pengaranglah lebih bertanggungjawab membawa hala tujuan atau prinsip sesebuah akhbar. Di sini sepatutnya yang perlu dikenakan tindakan ialah pengarang. Apakah wartawan itu tidak oleh dikenakan tindakan awal misalnya di bawah akta hasutan?
Bagaimana pun seperti dikatakan tadi pihak kerajaan (Polis) tentu ada bukt-bukti yang nyata dan munasabah untuk menahan mereka itu semua. Sesungguhnya penahanan itu untuk menenangkan keadaan serta memberi pengajaran kepada semua agar lebih bertanggungjawab demi orang ramai dan bukan untuk pihak-pihak lain.
Hendaknya pihak kerajaan tidak sesekali bermain politik disebalik tindakan itu dengan menjadikan mangsa ISA itu sebagai kambing hitam untuk mengendurkan masalah dan kekeruhan yang berlaku dan mengawat dalam parti memerintah sejak kebalakangan ini. [d'kota kl 3:00 am 13/09/08]

Penahanan Teresa Kok wajar.Ini sekadar memberikan peringatan supaya tidak menimbulkan isu yang sentitif.Soalan agama dan bangsa cukup serious untuk dijadikan 'political mileage'Kalau sudah ditegur,diberi peringatan maka jawapannya ISA!
ReplyDeletetindakan kerajaan wajar tetapi tidak adil kerana berat sebelah.. sepatutnya datuk ahmad ismail pun dikenakan sama.
ReplyDeleteWartawan itu khabarnya akan dibebaskan hari ini..
setuju Teressa wajar ditangkap..!!
ReplyDeleteSaya ingin bertanya, dizaman Rasulullah dan para sahabah, apakah bentuk hukuman terhadap golongan penyesat Islam yang memutar belit maksud hadis dan Al Quran; mempelekehkan amalan dan cara hidup umat Islam serta; serta menyokong kebebasan golongan murtad menghina Islam????
ReplyDeleteAdakah tuan rasa bahwa undang civil dan syariah Malaysia waktu kini setanding dengan apa yang patut dikenakan terhadap RPK mengikut hukuman hudud?
Cukuplah tuan bersubahat dengan RPK selama ini sebagai penulis tetap Malaysia Today
tak ada istilah adil atau tak adil..sepanjang pemerhatian saya untuk mencari kesalahan kerajaan, tak pernah saya nampak pihak kerajaan cuba memainkan isu perkauman dan agama..
ReplyDeletepenahanan teresa kok dan RPK memang wajar kerana mereka inilah penyebab keadaan yang tak stabil antara kaum..
tindakkan ahmad ismail umpama pepatah jika "tiada angin bertiup takkan pohon bergoyang"..ucapan beliau lebih menjurus ingatan kepada bangsa melayu..dan ada sebab kenapa ahmad memberi ucapan sedemikian.
bercambahnya PKR melambangkan bercambah juga sentimen dan prejudis bangsa lain terhadap melayu..anggap saja penahanan RPK sebagai balasan terhadap beliau yang menyamakan PAS sebagi Parti Ajaran Syaitan.