Tuesday, October 14, 2008

Celoteh Murai 7

Paku Yang Mengatakan Dulang Serpih

Tadi Murai tertengok RTM 1 dan ternampak pula muka ahli Parlimen itu bersama ahli Parlimen Batu Pahat, Fuad Zakarsi. Ahli Parlimen itu dijemput untuk mengulas mengenai perbahasan Bajet yang dibentangkan oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim di Parlimen semalam.

Bukan main lagi kedua mereka membelasah, menyindir dan memperlekehkan Anwar. Kononnya Anwar lebih banyak bercakap soal isu lapok dan mengulangi perkara yang sudah pun dibangkitkan. Ahli Parlimen itu mendakwa beliau sendiri sudah membangkitkan apa yang disebut oleh Anwar.

Kata ahli Parlimen itu Anwar juga tidak mempunyai outoriti cukup untuk bercakap fasal ekonomi kerana Anwar tidak berkelulusan dalam bidang ekonomi. Kata ahli Parlimen itu lagi Anwar hanya lulus pengajian Melayu di Universiti Malaya tidak seperti Tun Tan Siew Sin, Tengku Razaleigh Hamzah ataupun Tun Daim Zanuddin.
Murai tersenyum macam kambing jamnapari sakit...mengapa pula tidak pertikaikan mengenai Abdullah Badawi dan Mohd Najib yang jadi Menteri Kewangan tetapi tidak ada track record dalam perniagaan dan berkelulusan ekonomi? Faham-fahamalah... mungkin ahli Parlimen itu terlupa agaknya mengenai diri kedua orang itu.

Ahli Parlimen itu juga mempersendakan Anwar katanya apa yang Anwar pernah buat ialah kolej swasta Yayasan Anda. Itupun dah tak ada lagi. Sudah lingkup.

Lalau ahli Parlimen itu menyarankan supaya Anwar jujur dan ikhals sepertinya. Murai rasa nak terberak dan terus jadi loya macam betina bunting anak haram mendengar kata-kata ahli Parlimen berkenaan. Pandai mengajar orang tetapi lupa melihat kepada diri sendiri.

Mungkin ahli Parlimen itu lupa apa yang berlaku di sekitar dirinya. Berbolot dengan segala macam najis, Mukalazzah, Mutawasitah dan Mukhafafah. Murai harap ahli Parlimen itu pergi kedai cermin dan tilik muka dan seluruh dirinya baik-baik. Kalau boleh beli cermin yang banyak dimensi agar boleh tengok dari semua sudut dari muka hingga ke pantak tahi.

Benarkah ahli Parlimen itu jujur dengan dirinya sendiri. Tidak ada kepentingan dan berjuang untuk rakyat? Dulu masa dilantik oleh Mahathir Mohamad jadi timbalan menteri di JPM (sebagai membalas budi), ahli Parlimen itu bertanggungjawab mengenai udang-undang dan jaga hakim dan peguam.
Apakah ahli Parlimen itu ada kelulusan udang-undang dari mana-mana kolej atau universiti melayakkan beliau memegang jawatan itu? Menurut pengakuannya sendiri beliau hanya lulusan dari Holiday Inn saja. Holiday Inn ialah hotel tempat penyangat dan broker politik berkeliaran di Jalan Raja Laut. Memegang sesuatu yang tidak sepatunya itu namanya kita tidak beramanah kepada diri sendiri! Hal ini ada disebutkan dalam buku agam di Tadika lagi... Tadika Kemas pun ada menyebutnya...

Sebenarnya ahli Parlimen itu hanya ada sijil diploma Sebaran Am UTM sahaja. UTM pun masa tu belum bertaraf universiti lagi. Sijil itu pun boleh dipertikaikan kerana beliau ambil peperiksaan di Kemunting. Menurutnya sendiri yang pernah Murai dengar peperiksaan itu dibantu sepenuhnya wader yang berasal dari Kelantan!

Kalau ahli Parlimen itu jjujur beliau patut tidak menerima jawatan timbalan menteri itu. Tetapi kenapa beliau terima juga sampai hampir setahun? Siapakah yang jujur dan tidak jujur dan munafik murakab dalam hal ini?

Lagi dia kata Anwar gaga; dalam perniagaan sekolah Yayasan Anda. Menuduh orang memang sedap tetapi ahli Parlimen itu melupai apa yang berlaku ke atas dirinya. Sekolah swasta, Polly Science yang ditubuhkan juga lingkup ditelan bumi. Bahkan beliau diistyharkan bankrup. Murai masih ingat notis mengenai kebankrupan ahli Parlimen itu pernah dikeluarkan dalam satu akhbar arus perdana sekitar tahuan 80-an dulu.

Kepada ahli Parlimen itu dan Fuad Zarkasi kalaupun nak membodek, bodeklah secara terhormat dan jangan mengutuk Anwar melulu. Ingatlah sikit hari tidak selamanya mendung esok atau lusa ia akan panas. Dan semasa nafirin kebenaran tertiup nanti ke manakah anda hendak menghulurkan diri!

Murai: Bersalam dengan ahli Parlimen itu di kantin Parlimen semalam tanpa ada kata dan bertentangan mata, salam itu tanda Murai gentleman dan jujur!
[wm.kl 11:00 am 14/10/08]

10 comments:

  1. Tuan,

    Terima Kasih atas entri ini..

    Saya pun macam nak termuntah dan terberak(dgn izin) bila tengok gelagat mereka ini...

    Ahli Politik Malaysia ni penuh dengan Kaki Bodek dan Pendendam dan lupa daratan..

    Ghazali

    ReplyDelete
  2. Walaupun saya tidak menonton TV1 tapi saya dapat meneka bahawa MP yang disebut ole Murai ialah seorang MP yang mendapat jawatan MP secara ehsan tetapi tidak mengenang budi.

    Sebenarnya saya juga agak marah bila PAS memberi restu untuk MP tersebut bertanding atas tiket PAS kerana saya cukup benci dengan perangai MP tersebut. Bahkan sehingga sekarang jika ternampak MP ni melepak di kedai mamak D**N tak berselera..nampak sombong.

    Saya fikir dia ada sedikit hasad dengan kehebatan Anwar dan dia ada sedikit perasaan riak merasakan dia lebih hebat. Sebenarnya saya tidak pernah melihat jasa atau sumbangan MP ini. Mungkin ada untuk penduduk kawasan nya. Tetapi di peringkat nasional saya tidak nampak apa jasa beliau. Saya juga tidak nampak kaliber dia sebagai seorang pemimpin. jika dibandingkan dengan DSAI ibarat bumi dan langit ketujuh. Dia ni pun zaman Mahadey dulu hanya digunakan sebagai ayam sabung... sebab dia celupar bukan kerana pandai berucap. Cakap2 dia kosong tak berisi. Dia ni bukan jenis ada wawasan cuma ada perasan jer.

    Jadi pada pandangan saya MP ini hanya untuk menyemakkan Parlimen sahaja...lebih kurang sama dengan Bung Mukhtar.. saya gelar sebagai GILA POPULARITI.

    ReplyDelete
  3. Tuan MSO,

    Rugi rasanya saya bekerja dan tidak dapat melihat siaran RTM itu. Cuma saya amsih meneka adakah benar Ahli Parlimen itu adalah ahli parlimen yang pernah saya katakan akan kalah jika berlaman dengan calon tunggal India PAS, Kamutha Dewi?

    ReplyDelete
  4. Murai..,
    Apa yang anda tuliskan itu ada benarnya, tapi anda kena ingat bahawa mereka adalah ahli politik..
    Mereka ini pakar mempengaruhi fikiran orang lain jika orang itu tidak cukup maklumat.
    Sebenarnya Murai juga penulis yang berpengaruh, untuk mengalahkan orang politik itu cuma hujah lawan hujah...berhujah disertakan dengan fakta sehingga mereka tersungkur mengalah.

    ReplyDelete
  5. Sikatak la tuhh,analisanya bukan cedik hanya setaraf pak Pandir.Anwar lulusan Sastera UM,tapi diminta memberi ceramah dan ucaptama dalam majlis international di merata dunia.Pengurusan kewangannya semasa menjadi Menteri Kewangan di iktiraf sebagai menteri Kewangan terbaik oleh majalah Times yg mana Daim dan mahathir pun tak mersa title tersebut.

    ReplyDelete
  6. pak MSO..

    saya dengar si FUAD nie dulu PAS betul ka..bab tu ada anwar sebut masa last berucap semalam bab cium tangan TGHH...

    ReplyDelete
  7. Jangan pedulkan orang politik macam IA tuu... buang masa sahaja!

    Teruskan menulis analisis yang mencerahkan pemikiran pembaca blog tuan ini.

    ReplyDelete
  8. Sy pantak taik melaporkan....
    mmg smlm smpai pg ini sy duk tergelak...wlpun sy tak kenal mangkuk hayun itu tapi....bukan setakat gagal buat kolej malah bnyak lah gagalnya....pertubuhan yg dibuatnya selama ini dilihat jug semakin malap ...slps menang pru12, kalau dulu seminggu skali ada mesyuarat ada makan malam, rai itu ini dsbnya skrg habuk pun tara...marilah org pasir mas kita sahut kempen boikot mangkuk hayun itu......presiden kita ialah si murai galak!!!!setuju

    ReplyDelete
  9. Satelah membaca cloteh Murai,faham mlah kita sipe yg.dimaksudkanya.

    Tidak lain dan tidak bukan sekatak lompat.

    Kita nak buat macam mana lagi,memang sifat katak(binatang)tak akan faham adat peraturan undang dan budi bahasa.

    Kita lihat saja Unta yg.sudah berkurun kurun tinggal di Makkah,sampe hari ini tak tahu berbahasa Arab.

    Biarkan aje lah...katak dgn gayanya.

    kita tunggu tak perlu lama.

    Paling lewat pada PRU 13.,tak de orang yg.nak memeliharanya.,silap silap sebelum itu dah di telan Ular atau Haruan.Insyallah.

    ReplyDelete
  10. Buak malu oghe Pasir Mah. Kalu mu jate tulen, mu lepah keghusi Pasir Mah, pahtu mu tanding tekek bebah... Buleh menne ko... AI.

    Raso kille jugok Tok Guru benar AI guna parti Pah maso PRU haghi tu....

    ReplyDelete