MUFTI Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin akan menamatkan kontreknya sebagai Mufti Perlis pada 30 November depan. Keputusan itu sudah muktamad, begitulah menurutnya. Mulanya ada angin mendesir mengatakan kontrek itu hendak disambungkan. Tetapi entah kenapa tidak jadi. Raja Perlis juga katanya turut memanggil Asri bertanya mengenai hal itu. Boleh difahamkan apabila Raja memanggilnya, bermakna Raja masih mahukan beliau meneruskan khimdat.
Bagaimana pun keputusan Asri sudah teguh, dia tidak bersedia untuk menyambungnya.
Kehadiran Asri memegang jawatan itu menjadi isu. Ada sesuatu yang tidak kena agaknya. Kenapakah ini berlaku? Sepatutnya hal seperti itu tidak terjadi kerana kedudukan itu sangat tinggi dan mulia.Tentunya ia tidak sama dengan penjawat jawatan-jawatan lain seperti Pengarah Pendidikan, Pengarah Kemas atau pun jawatan-jawatan eksekutif lainya yang berunsurkan politik.
Sewajarnya kedudukan itu tidak menjadi isu dan semua pihak kena menghormatinya. Tidak sepatutnya jawatan Mufti turut sama terjerumus dalam kancah politik penuh kegilaan. Kerana apabila ia terjerumus dalam politik ia akan mencemar dan menghanyirkan institusi tertinggi dalam adimistratif agama itu. Mufti dalam Islam dirujuk sebagai pemutus kata terakhir dan penggubal dasar dan hukum.
Apa yang saya rasakan mengapa Asri mengambil keputusan menyedihkan itu seperti ada gangguan-gangguan ghaib ke atas jawatan itu. Umum tahu pemergian beliau ke Perlis menjawat jawatan itu ialah atas inisiatif bekas MB Shahidan Kassim.
Kebetulan saya mempunyai sedikit maklumat berhubung dengan kedudukan Asri ini. Ketika saya di Sabah dan kebetulan berjumpa dengan Shahidan Kassim kami borak mengenai Asri yang menjadi sebutan kerana buah fikiran, keberanian dan keikhlasannya dalam membuat teguran dan memberi pandangan ke atas isu-isu semasa tanpa memilih bulu dan kedudukan.
Ketika inilah Shahidan menceritakan masalah yang mula berputih di sekitar Asri. Menurut Shahidan tanpa menyebut siapa menjadi punca masalah, beliau bercadang untuk membawa Asri ke Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur untuk menjadi Mufti. Menurutnya beliau akan sampaikan hajat itu kepada Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi.
Cadangan Shahidan itu menyebabkan saya sedar dan terfikir Asri ada masalah di Perlis. Ianya tidak lain dan tidak bukan Asri berdepan dengan masalah apabila Shahidan tidak lagi menjadi MB. Ini bermakna MB Perlis yang ada sekarang kurang senang kepadanya atas sebab-sebab mungkin kerana politik. Itu saja. Mungkin!
Asri juga secara tidak langsung ada menyebut perkara itu. Katanya dia kurang selesa kalau Shahidan tidak lagi menjadi MB dan bercadang untuk berhenti atas alasan ingin melanjutkan pelajaran di luar negeri. Namun saya faham maksud dan apa yang terjadi disebalik itu.
Bagi Asri beliau merasakan perlu untuk meninggalkan institusi itu kerana orang yang membawanya sudah tidak ada lagi. Mungkin beliau merasakan tidak selesa kerana bak kata pepatah bila bah pasir pun akan berubah. Walaupun jawatan itu bukan untuk kepentingan politik Shahidan namun penerima ramai terhadapnya seakan ke situ. Begitu juga walaupun MB baru tidak menyebut apa-apa tetapi sebagai orang yang ada moral akan menghitung semula kedudukan secara dipanggil itu.Pemergiannya ke Perlis dan apa juga yang beliau buat orang melihat ianya untuk Shahidan. Pencerahan ke atas agama dengan merungkai fahaman lapok dan mengemukakan ijtihad baru dilihat bersifat politik yang condong memberi kekuatan dan spritual kepada Shahidan.
Mengapa harus berfikir begitu. Cara berfikir ini tidak betul. Shahidan hanya kebetulan sebagai jambatan saja untuk dilalui Asri ke Perlis bagi mebaburkan bibit ilmu di negeri Indrakayangan itu. Shhidan bawa Asri ke Perlis adalah untuk Perlis seluruhnya tanpa motif apa-apa. Apakah kerana Asti tidak pernah mengkritik Shahidan secara langusng maka ia dilihat menjadi Mufti untuk Shahidan?Bagai saya langkah Shhidah itu bijak dan boleh diangkat kedua-dua jempol. Beliau mahu membawa suara perubahan dan pemikiran baru yang benar. Beliau mahu membawa revolusi mental dalam agama. Perlis negeri kecil jadi perlu dikejutkan dengan sesuatu. Cara Shahidan mengejut Perlis dengan meletakkan seorang ilmua agama yang berani nampaknya berjaya dan berkesan.
Bukankah sejak Asri berada di situ nama Perlis menjadi sebutan. Setiap kali Asri bersura mengkritik dan memberi pandangan benar orang akan turut melihat Perlis. Orang akan mengatakan dia itu Mufti Perlis. Bahkan sudah ada pendapat mengatakan Perlis mempunyai aliran baru dalam agama sejak kehadiran Asri! Tanggapan demikian baik bagi Perlis kerana ia mampu mencetuskan sesutau persoalan yang akhirnya menyihatkan pemikiran ummah.Dari sisi lain Asri pula menjadi agen promosi yang baik untuk Perlis apabila nama Perlis diratik dan dizikirkan.
Seharusnya pihak yang kurang senang dengan Asri dan merasakan beliau terus berbau Shahidan kerana Shahidan membawanya sepatutnya tidak bersikap begitu. Mereka sepatutnya terbuka dan melihat sumbangan Asri itu untuk kepentingan bersama dan bukan dalam kerangka fikir yang penuh prejudis dan jumud.Saya sangat setuju dengan pandangan Dinsman dalam kolomnya di akhbar milik pembangkang. Asri masih perlu berada di tempat itu untuk memandangkan kepada ketinggian ilmunya, pemikiran dan keberaniannya. Perbendaharaan ilmu dan sikap keberanian kerana benar Asri itu masih diperlukan. Rakyat negara ini baru tersedar daripada beberapa kebekuan (jumud) yang berjaya dicairkan oleh Asri dalam tempoh beberapa tahun ini.
Jadi elok sangatlah kalau Asri sendiri dan juga Kerajaan Perlis dibawah MB , Md Isa Sabu menemui Asri, berbincang bagi mengekalkan Asri. Kehilangan Asri bermakna kesuraman kepada institusi berkenaan bukan saja di Perlis tetapi di seluruh negara.Walaupun kita mempunyai sekurang-kurang 14 orang Mufti, Mufti Negeri-Negeri, Mufti Wilayah Persekutuan dan Mufti Istana Negara, namun tidak semua berjaya menyerlahkan diri dan kedudukan mereka sebagai Mufti. Hanya beberapa orang saja yang berfungsi dengan baik yang lain banyaknya ilmu dan pemikiran mereka disimpan dalam peti. Untuk mendapatkan seorang yang layak memegang jawatan itu dalam usia bawah 40-an bukan senang.
Atau sekiranya Perlis yang kecil itu tidak sedia menerima seorang Mufti yang berfikir global, cadangan asal Shahidan untuk membawa Asri ke Wilayah Persekutuan sangat elok dan boleh sama-sama difikirkan. Yang penting kita tidak mahu negara kehilangan seorang pemikir progresif bertunjangkan syariah Islam dan penegak hukum Allah seperti Asri lenyap itu begitu saja. [wm.kl 9:40 pm 15/10/08]
sokong 100% Dr Asri ke WP KL!
ReplyDeleteTUAN
ReplyDelete1. saya orang kedah. selalu juga hari jumaat saya ke perlis semata-mata hendak mendengar khutbah jumaatnya.
2. beliau berkhutbah tanpa membaca skrip, penuh bersemangat, isu-isu terkini. hanya jemaah yang telinga rosak saja akan lena. rasa tidak puas mendengar khutbahnya.
3. saya secara pribadi akan terasa kehilangannya sangat-sangat. begitu juga rasanya pada rakyat keseluruhan.
4. lakukanlah sesuatu supaya permata yang bernilai terus bersinar demi umat islam khususnya di malaysia.