Apakah Mukhriz Main Duit?
MUKHRIZ Mahathir jauh ke hadapan meninggalkan tiga calon lain untuk merebut jawatan Ketua Pemuda Umno. Sehingga jam 8:30 malam ini Mukhriz telah mendapat 39 pencalonan dan ini melayakkan ahli Parlimen Jerlun itu bertanding jawatan utama sayap kanan Umno itu.
Pencabar terdekatnya Khairy Jamaluddin mendapat 20 pencalonan dan masih belum layak untuk bertanding jawatan ketua Pemuda. Khairy memerlukan sembilan pencalonan lagi.
Manakala bekas MB Selangor Mohamad Khir Toyo pula mendapat sembilan pencalonan, dan Zahidi Zainul Abidin mendapat satu pencalonan dari bahagiannya sendiri.
Pencalonan untuk Mukhriz diluar jangkaan dan ramalan sebelum ini. Sebelum ini pemerhati berpendapat Mukhriz tidak berdaya untuk mengatasi Khairy Jamaluddin yang dikira calon favourite dan seakan sudah diberi laluan oleh Hishamuddin Hussein selepas Ketua Pemuda itu melompat ke jawatan Naib Presiden. Khairy juga dikaitkan dengan politik wang.
Ada pihak tertentu membayangkan Khary tidak menghadapi masalah untuk mendapat pencalonan lumayan kerana beliau diatakan telah 'membeli' ketua-ketua pemuda Umno dengan berbagai projek nego.
Ada maklumat liar mengatakan lebih 50 ketua pemuda dikatakan menjadi anak peliharaan Khairy yang mendapat berbagai kemudahan dan tawaran projek. Setiap ketua pemuda dikatakan mendapat projek bernilai antara RM500,000 hingga RM1 juta. Sekiranya tuduhan itu benar sudah pasti Khairy akan mendapat pencalonan mudah.
Sebaliknya apa yang berlaku kini Khairy nampaknya terkial-kial untuk mencukupkan pencalonan bagi beliau melayakkan diri. Kenyataan ini menolak dakwaan berkenaan.
Apakah dakwaan asal itu kini sudah terbalik? Di mana ada calon lain yang telah menggunakan wang membeli perwakilan dengan janji projek dan kontrek? Mereka menghulurkan wang berkali ganda berbabding Khairy? Ini tida musathil kerana disebabkan terlalu marah dan kecewa dengan Khairy mungkin ada para dermawan yang membantu calon tertentu. Umno memang terkenal dengan rasuah dan politik wang dalam pemilihan pemimpinnya.
Campur tangan bapanya, Mahathir Mohamad juga tidak boleh diketepikan. Semasa pilihan raya umum lalu ada seorang calon mengakui menerima wang sebanyak RM1 juta daripada Mahathir. Kalau kepada orang lain Mahathir boleh menghulurkan sebanyak itu kenapa tidak untuk anaknya sendiri?
Selain itu perkembangan mengejutkan ini juga ada kena mengena dengan perubahan senario ini. Pemuda yang terdiri daripada anak-anak muda yang cekap membaca dan memintas jerat politik mungkin membuat perubahan drastik melupai budi dan janji-janji mereka sebelum ini dengan harapan mendapat habuan lebih besar.
Sekiranya selera yang menguasai pemuda sehari dua ini kekal ia membimbangkan menantu Perdana Menteri itu. Sekiranya dakwaan Khairy menjanjikan projek benar dengan perkembangan kini menunjukkan pemuda tidak memandang lagi kepada tawaran projek dan wang.
Sehingga kini sudah 67 bahagian selesai mengadakan peridangan. Ada 124 bahagian lagi belum mengadakan persidangan.
Apakah pemuda Umno sengaja berbuat demikian, memberi pencalonan awal kepada Mukhriz untuk menjadikan pertandingan merebut jawatan pemuda menarik? Apakah momentum yang ada hari ini akal kekal sehingga kesemua selesai?
Mungkin momentum itu akan berubah selepas lebih suku bahagian sudah bersidang. Mulai minggu depan persidangan mahu pusiangan kedua di mana suku lagi bahagian akan bersidang.
Sementara itu untuk jawatan nombor satu Umno, Mohd Najib Razak terus mengungguli dengan mendapat 23 pencalonan. Untuk jawatan Timbalan Presiden pula Muhyiddin Yassin mengatasi dua calon lain dengan memperolehi 21 pencalonan. Mohd Ali Rustam mendapat tiga pencalonan sementara Muhammad Mohd Taib mendapat dua pencalonan. Seorang lagi calon Jazlan Mohamad belum mendapat sebarang pencalonan.
Begitu juga dengan Tengku Razaleig Hamzah yang menawarkan diri untuk bertadning jawatan Presiden belum mendapat sebarang pencalonan.
Untuk kerusi Naib Presiden pula empat calon nampaknya bersaing sengit, dengan Hishamuddin Hussein mendahului mendapat 23 pencalonan diikuti oleh Ahamd Zahid Hamidi 12, Shafei Afdal 11 dan Khalid Nordin lapan. Adalah dijangka suasana ini akan berterusan sehingga ke minggu depan. [wm.kl 8:45 pm 12/10/08]
apabila kita melihat keterbukaan Pak lah meletakkan jawatan tanpa mempengaruhi pemilihan umno membuat kan saya merasa beliau sebenarnya telah berjaya membuktikan kepada rakyat malaysia kepada motto beliau semasa mula memegang jawatan dahulu. bekerja bersama saya, bukan bekerja untuk saya..jika anda rasa sudah tiba masanya untuk anda kerjakan saya maka saya akan turun memberi laluan kepada yang lain..tahniah..tetapi rakyat malaysia seharusnya sedar bahawa bukan mudah untuk memuaskan hati semua pihak.. mungkin zaman kepimpinan pak lah tidak menyebelahi beliau di mana berlakunya pelbagai masalah2 politik dan ekonomi semasa di peringkat global dan juga dalam negara..apa2pun tahniah kepada pak lah..kerana mengamalkan sistem demokrasi dan telah di ambil kesempatan oleh mereka yg tidak bertanggungjawab.. mereka ini mungkin org di dalam umno sendiri ataupun di luar umno..wallahualam.. melihat kepada pemilihan umno kali ini ..saya teringat kata2 yang selalu saya sebutkan ketika zaman belajar dahulu..kesilapan orang muda kerana menyangka bahawa kebijaksanaan itu mengatasi pengalaman, dan kesilapan orang tua kerana menyangka bahawa pengalaman itu mengatasi kebijaksanaan.. untuk menjadi pemimpin yang hebat mereka perlu ada kedua-duanya.. kebijaksanaan dan pegalaman untuk membentuk pimpinan yang mantap dan hebat bagi mengetuai bangsa dan negara
ReplyDeleteRed_chills36@yahoo.com