Monday, November 17, 2008

Dari Parlimen

Mariah Perlu Banyak Buat Homework

DI PARLIMEN sekejap tadi Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Mariah Mahmud (foto) telah mengemukakan pertanyaan berhubung dengan pengeksploitasian kaum wanita dalam iklan terutamanya di televisyen.

Apa yang beliau ingin tahu, apakah kerajaan tidak bercadang untuk mengadakan satu badan pemantau secara komprenhensif berhubung perkara itu.

Soalan Dr Mariah telah dijawab oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Chor Chee Heong. Antara lain menurut timbalan menteri itu pihak kerajaan sudah pun ada peraturan dan akta-akta tertentu bagi mengelakkan persoalan yang dibangkitkan oleh Mariah itu.

Solan itu saya mengira persoalan penting di sekitar wanita dan perlu diberikan tumpuan serius. Ia sangat penting dan sangat menarik untuk dibahaskan. Apa lagi sebelum Mariah meminta menteri menjawab beliau telah menghebahkan mengenai kehadiran sekumpulan Muslimat Pas ke Parlimen bagi memerhati sidang Dewan.

Saya kira isu itu akan menjadi hangat dan Mariah dan juga dua ahli Parlimen Pas lain akan mengambil bahagian membangkitkan isu itu dengan penuh bermakna dan sekaligus mempamerkan kehebatan mereka sebagai ahli Parlimen. Setidak-tidaknya perbahasan mereka dalam isu itu memberi semangat kepada pemerhati Muslimat itu.

Malangnya selepas mengemukakan satu solan tambahan yang mudah dipatahkan oleh timbalan menteri ia, persoalan mengenai isu itu pun berakhir. Selepas itu tidak ada soalan tambahan atau pencelahan daripada mana-mana wakil rakyat perempuan baik dari Pas, PKR atau DAP ntentangnya. Mungkin DAP tidak menyambung isu itu kerana bagi mereka pengeksploitasian itu tidak menjadi masalah bagi mereka.

Inilah yang saya sebutkan sebelum ini kalau ahli Parlimen tidak ada ilmu, kurang membuat homework dan tidak pandai mengambil kesempatan peluang yang terbuka akan berlalu begitu saja. Sebenarnya soalan yang dikemukakan oleh Mariah itu merupakan bola tanggung untuk dismash oleh wakil rakyat wanita.
Kerajaan boleh dikritik dan dihentam dengan isu berkenaan. Sudah lama kaum wanita yang dieksplotasikan untuk kepentingan golongan peniaga menerusi iklan baik di tv, surat khabar atau bilboard.

Dr Mahariah sendiri jadi mati kuku dan tidak melanjutkan persoalan menerusi soalan tambahannya. Sepatutnya semasa mengemukakan soalan tambahan beliau siap dengan angka dan bukti menunjukkan bagaimana iklan memangsakan wanita. Kesan ataupun implikasi kepada pengeksploitasian itu. Tetapi sayang tidak ada. Jadi isu itu dibangkitkan bagaikan melepaskan batuk di tangga saja.

Inilah yang saya perhatikan berbeza dengan penampilan Foong Po Kuan (DAP Batu Gajah) dan kawannya Chong Eng (Bukit Mertajam). Mereka sering kali berjaya meriuhkan Dewan dengan telatah dan lagak mereka. Mereka benar-benar menjadikan pihak kerajaan jadi pusing dan pening kepala. Ada-ada saja perkara yang mereka bangkitkan menyebabkan speaker terpaksa mententeramkan mereka.
Saya bukan mahu melihat Mariah atau mana-mana wakil rakyat perempuan Pas seperti Po Kuan menjerit-jerit, melolong-lolong macam disampuk polong. Itu tidak bagus. Tetapi apa yang saya mahu lihat ialah komtimen mereka kepada tugas dan tanggunjawab mereka. Mahu melihat bagaimana idea mereka dan kesungguhan memperjuangkan sesuatu isu mengenai wanita. Biarlah nampak serius.

Mereka dihantar ke Parlimen adalah untuk memperjuangkan isu-isu mengenai wanita. Itu yang mereka perlu tumpukan. Yang lebih penting pastikan isu yang dibangkitkan itu menemui jalan penyelesaian. Kalau sekadar ingin mendapat penjelasan pihak kerajaan tetapi ia tidak berubah tidak ada guna juga.

Di sinilah maslahanya kalau seseorang itu tidak kreatif, bijaksana mengambil kesempatan dan apa lagi kalau tidak menyediakan kepala dan minda dengan persoalan dan hujah-hujah konkrit dalam memperjuangkan sesuatu isu. Jadilah apa yang dilontarkan itu seperti kapal terbang kertas, melayang tetapi tidak naik menuju langit! [wm.kl 11:00 am 17/11/08]

2 comments:

  1. assalamualaikum.

    Setuju dengan Tuan Haji. Saya sebagai pengundi YB Dr Mariah menyarankan supaya YB dan lain-lain YB PAS mempunyai pengkhususan bidang dan pasukan kerja (mungkin think-tank juga) yang dapat membantu memberikan input-input data terkini bersama kritikan dan cadangan yang bernas dan konstruktif. Tenaga-tenaga penyelidik dari kalangan ahli PAS dan penyokong PAS boleh dan dapat dimenafaatkan.

    Kerana saya yakin selain dari ahli-ahli PAS (terutamanya non-muslim voters) yang mengundi PAS bukan sahaja yakin dengan akhlak pemimpin PAS tetapi mereka juga mahu melihat kebijaksanaan dan kecerdikan pemimpin PAS.

    ReplyDelete
  2. Teguran yg biasa oleh MSO. Sengaja mencabar kewibawaan seseorang agar orang yg dicabar itu membuat sesuatu.

    Sesiapa yg tidak terbiasa dgn cara penulisan MSO pasti akan menganggap memang tidak berwibawalah ahli parlimen muslimat dari PAS. Tetapi sebenarnya tidak, mereka memang berwibawa, tetapi spt ter'tidur' sebentar.

    Diharap, ahli parlimen muslimat PAS terasa tercabar dgn teguran ini.

    ReplyDelete