Sunday, December 21, 2008

Laporan Lewat

Pusingan Pertama: Khairy Sanggah Pandangan Husam
[Bahagian Pertama]

WACANA Tranformasi Politik Malaysia yang berlangsung di Balai Islam Lundang semalam seperti dijangkakan mendapat sambutan hebat. Kedua pihak nampaknya mengerah kumpulan sorak masing-masing. Paling ketara ialah dipihak Pas, di mana angkanya lebih ramai dari penyokong BN yang dianggar kurang 300 orang.

Dianggarkan lebih 5,000 yang hadir memenuhi balai Islam Lundang. Satu skrin khas juga dipasang di luar dewan untuk memberi peluang kepada mereka yang tidak dapat masuk. Wacana itu yang diuar-uarkan akan disiarkan secara langsung melalui website tidak menjadi kenyataan menyebabkan ramai yang kehampaan. (Apakah web tv Kelantan sudah ditutup?).

Wacana itu adalah pertama kali diadakan melibatkan dua tokoh menjadi sebutan dan yang berlainan parti, iaitu Naib Presiden Pas, Husam Musa dan Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

Seorang lagi panelis ialah Pensyarah Kuliyyah Undang-undang UIA yang juga pakar perlembagaan Abdul Aziz Bari. Manakala pensyarah UKM, Mohamad Agus Yusuf bertindak menjadi perantara. Kehadiran Aziz boleh dianggap sebagai ‘penutralize’ keadaan saja dengan memberi pandangan dari konteks perundangan dan perlembagaan negara.

Wacana bermula tepat jam 9:30 malam dengan dimulakan oleh Naib Presiden Pas, Husam Musa. Format wacana ialah setiap panel diberikan masa 15 minit untuk membentang hujah masing-masing, kemudian menjawab soalan yang dikemukakan oleh perantara dan ketiga menjawab soalan hadirin dan kemudian menggulung hujah.

Sebagai tuan rumah dan bermain dalam gelanggang sendiri, penampilan Husam tidak membimbangkan. Penyokongnya (penyokong Pas) yang ramai menjadikan Husam tampil penuh keyakinan dengan hujah-hujahnya yang sering berdasarkan fact dan figure. Manakala tepukan, sorakan dan takbir akan memberi markah kepadanya.

Beliau memulakan pembentangan hujah dan pentafsiran tajuk wacana dengan mengambil pendekatan dan stail idolanya Nik Abdul Aziz Nik Mat. Husam membaca firman Allah swt yang menceritakan bahawa bumi ini diamanahkan kepada orang yang salih untuk mentadbirnya.

Mesej Husam bahawa mereka yang bertaqwa, tidak rasuah, tidak makan duit dan mengambil politik Islam dijamin atau berhak mentadbir bumi ini. Kemudian beliau terus memasuki ke orbit tajuk iaitu mentafsirkan transformasi politik.

Menurut Husam tranformasi politik sesuatu yang fitrah. Maknanya tranformasi politik berlaku di dalam dan di laur mana-mana parti juga. Apa yang hendak disampaikan bahawa ahli Pas juga harus bersedia menerima perubahan itu daripada mengamalkan pendekatan lapok kepada pendekatan baru atau moden termasuk matlamat menghalalkan cara. Namun sebagai parti berideologikan Islam apa juga perubahan mestilah bertunjangkan kepada Islam.

Dalam menghuraikan transformasi politik dari sudut mindanya ada lima (P) yang menjadi asas. Ia adalah prinsip, polisi, plan, personaliti dan parti-parti. Prinsip yang dimaksudkan ialah prinsip Islam manakala personaliti pula ialah ahli politik yang bertaqwa.

Dari pengamatan Husam hasil pilihan raya umum ke 12 lalu merupakan satu permulaan transformasi politik di negara. Di mana dalam transformasi itu ia telah mengubah kedudukan dan memusnahkan hegemoni Umno dan BN.

Beliau yakin perubahan itu akan melonjak lagi pada masa akan datang berdasarkan sokongan bukan Melayu kemudian akhirnya menyebabkan BN dan Umno akan tumbang dan Pakatan Rakyat akan mengambil alih kerajaan.

Kesimpulan pada pusingan pertama Husam merumuskan Umno di dalam keadana sakit dan tenat dan ia tidak dapat diperbaiki lagi ini didasarkan kepada pengakuan para pemimpin Umno dan BN sendiri.

Memandangkan hujah permulaan Husam itu cukup menyakinkan menyebabkan para hadiri berdebar menanti bagaimanakah permulaan Khairy untuk mengemukakan hujah-hujahnya dan pentafsiran terhadap topik wacana. Para penyokong Pas yang menanti masa untuk menyorak apa-apa kelemahan dan kesilapan bakal dilakukan Khairy. Bagaimana pun apa yang dijangkankan tidak menjadi.

Khairy memulakan perbicaraanya dengan sesuatu yang merujakan para hadirin. Sebaik Khairy memulakan dengan memberi salam sudah kedengaran suara menjerit mempersendakan Khairy; kenapa ringkas sangat! Maksudnya muqadimah Khairy tidak sehabat Husam yang membaca ayat Quran dan doa dalam bahasa Arab ala-ala tok imam membaca khutbah pada hari Jumaat atau hari raya korban.

Namun apabila Khairy turut membaca sepotong firmah Allah yang menceritakan tanggungjawab menjaga dan memikul amanah semua hadirin terdiam dan tidak percaya apa yang berlaku. Ternyata sekali tindakan Khairy itu mengejutkan hadirin termasuk Exco dan beberapa orang wakil rakyat Pas termasuk para ustaz. Sekiranya tujuan Husam membaca Quran untuk memasungkan langkah Khairy ternyata senjata itu tidak mujarab.

Sesuai dengan tema ayat yang dibacanya, Khairy mengaitan apa yang dilaksanakan oleh BN hari ini ialah kerana melaksanakan amanah yang Allah berikan. Misalnya pembentangan rang undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysai,(SPRM) Suruhajaya Perlantikan Hakim (SPH) dan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) adalah sebagai amanah BN dan ia merupakan tranformasi politik yang telus dan terbuka.

Tanggapan Husam mengatakan pilihan raya lalu merupakan transformasi yang mengubah Umno dan BN, disanggah Khairy. Katanya beliau mengakui tsunami politik yang berlaku itu tetapi memperingatkan secara jujur tsunami itu juga turut menempiaskan Pas.

Katanya Pas kena ingat realiti dan kedudukannya dalam Pakatan Rakyat hari ini adalah kecil. Pas menjadi parti kecil. Hujahnya kalau tahun 1999 Pas menjadi ketua Pembangkang, tetapi kali ini jawatan itu diambil oleh Keadilan yang pada tahun (2004) hanya menang satu kerusi saja. Begitu juga katanya Pas tidak boleh berbangga dengan pembetukan kerajaan di Perak kerana hakikatnya DAP yang berkuasa.

Khairy juga mempertikaikan apakah perubahan mood pengundi dalam pilihan raya dulu sesuatu yang benar ataupun ianya dibuat kerana protes? Perkembangan itu katanya harus dikaji secara terperinci. Menurut calon Ketua Pemuda Umno itu kalau ianya protes ia akan berubah di mana bila masalah yang diprotes itu selesai pengundi akan kembali semula kepada BN.

Aziz Bari yang tampil kemudian pada itu nampaknya bersetuju dengan pandangan Husam bahawa keputusan (tranformasi) dalam pilihan raya itu satu tranformasi. Menurutnya dalam politik tidak ada istilah protes. Mengenai perubahan dalam Pas katanya samada ada kumpulan Erdogan ia adalah sesutau yang baik. Perubahan baik di dalam dan luar dalam politik ia satu kebaikan. [wm.kl 3:00 pm 21/12/08]

4 comments:

  1. Tahniah kepada Khairy yang telah menunjukkan keberanian berdepan dengan pemimpin dan penyokong PAS.

    Pemimpin dan penyokong PAS amat sedar bahawa PAS telah meninggalkan MATLAMAT ASAL perjuangan parti itu demi mendapat kuasa politik.

    Asalnya PAS menceburi bidang politik untuk mendapatkan kuasa demi melaksanakan dasar-dasar Islam. Malangnya, di dalam menifesto PAS di dalam menghadapi PRU12 yang lalu, PAS telah menggugurkan matlamat penubuhan negara Islam dxengan menggantikannya dengan konsep NEGARA BERKEBAJIKAN.

    Pejuang-pejuang PAS gugur bukan di medan jihad, tetapi gugur di dalam mengejar jawatan Menteri Besar, jawatan EXCO dan Ahli-Ahli Majlis.

    ReplyDelete
  2. Khairy is a good debater.nodoubt about it. he for sure akan buat apa yg dia buat, iaitu persediaan menghadapi audience yg kuat islam di kelantan.. bukan senang nk lawan.. anwar je yg bersifat mcm nih.. tp husam pon lebih kurg juga..huhu

    pd komen tanahmelayukita d atas, sy jugak agk bersetuju.. kebanyakan dr kita mula ter'klelabu mata' ngan transformasi politik..kita mula nmpk jawatan, pangkat n duit..kita bukan nmpk ia sbg peluan utk membentuk negara islam..mula perjuang utk jd ahli parti berpangkat..mudah-mudahan bila dpt memerintah, dptla sesen dua.. aku jd takutt.. nau'zubillah..

    ReplyDelete
  3. Tahniah Khairy. Ternyata beliau memang hebat bila berdebat. Sikapnya yang berani menyahut cabaran Husam memang wajar dipuji. Beliau mampu mematahkan hujah-hujah Husam. Walaupun intro Khairy lebih pendek atau ringkas berbanding Husam yang memulakan intro mukadimah laksana seorang ustaz nak berceramah, namun ternyata itu bukan senjata utama Husam untuk meyakinkan orang ramai bahawa beliau seorang pendebat yang baik...

    ReplyDelete
  4. saya kurang setuju kenyataan tanahmelayukita,bagi saya dia bukan orang PAS,dia x tahu pun pasal pas,dia kata pemimpin dan ahli pas sudah lari dari perjuangan asal pas,dia sapa? Ahli pas..bermakna dia pun sudah lari dari perjuangan pas.Apa perjuangan asal PAS.Kalau hanya kerana berkaitan hudud,perlembagaan PAS dari dulu sampai sekarang x berubah, hudud x pernah dibuang dari perlembagaan PAS.
    Bahkan adalah cita2 PAS,pemimpin dan pengikutnya sampailah hari kiamat.Undang2 hudud telahpun digubal dikelantan dan di terengganu....kalau umno benar2 ikhlas sila laksanakan di terengganu..saya yakin sekiranya di terengganu tiada gangguan...pasti di kelantan akan laksanakan..mngkin ada bertanya kenapa di kelantan tidak mulakan dulu..ia telah dijawab TG nik aziz lama dulu...bagaimana surat dari kerajaan pusat akan mengambil tindakan undang2,sekiranya undang hudud dilaksanakan.Kita sedia maklum perlembagaan malaysia mengatakan,mana2 undang2 yg bercanggah dengan perlembagaan dengan sendirinya terbatal.
    Habis macam mana?kena bentanglah kat parlimen,apabila TG hadi awang bawa usul agar hudud di bincangkan kerajaan telah menolaknya..jangan cerita pasal DAP..sebab dia bukan islam dan saya tidak hairan..tetapi kalau UMNO parti untuk bangsa dan agama tolak saya merasa hairan..lebih lagi yang menyokongnya

    ReplyDelete