Saturday, December 6, 2008

Tregedi Tanah Runtuh

Dijangka Lebih Banyak Mangsa Terlibat

[kemaskini] Angka terakhir yang maut kerana tragedi tanah runtuh ialah empat orang. Mereka ialah, Shaiful Khas Sharuddin, 20, Dr N Yogeswari, 40, Eng Yee Peng, 30 dan Surinah, 30-an rakyat Indonesia. Seorang lagi hilang dan dipercayai masih tertimbus.

AWAL pagi tadi negara dikejutkan dengan kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, Ulu Kelang melibatkan Taman Bukit Mewah dan taman berdekatan. Tragedi yang berlaku jam 4:30 pagi itu menyebabkan 14buah banglow dan rumah mewah ranap. Dipercaya ramai penghuni yang tertimbus di bawah runtuhan berkenaan.

Sehingga kini tiga mangsa telah ditemui mati, seorang wanita bersama anaknya dan seorang bangsa India yang masih belum dikenali.

Menurut pihak polis seramai lapan orang mangsa dikatakan belum ditemui dipercayai berada di bawah runtuhan.

Manakala seramai lebih 90 mangsa terselamat dan 11 mengalami kecederaan. Mangsa tragedi itu kini sedang diuruskan untuk ditempatkan di kediaman sementara.

Jam 10:30 pagi saya bergegas ke tempat kejadian. Orang ramai berpusu-pusu ke tempat kejadian untuk menyaksikan dari dekat kejadian itu. Ekoran itu berlaku kesesakan di semua jalan menuju ke kawasan kejadian.

Dari atas Jalan Wangsa 9, sebahagian lokasi kejadian itu nampak jelas di mana runtuhan tanah meranapkan semua sekali rumah atau banglow yang dibawahnya.

Keadaan tanah yang runyai dan pokok kayu bertaburan tidak ubah seperti gempa bumi yang menimpa di Yogjakarta tahun lalu.

Ketika ini pasukan penyelamat terdiri daripada bomba, askar dan polis sedang bertungkus lumus berusaha untuk mengeluarkan mangsa yang masih tertimbus.

Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim, ahli Parlimen Gombak, Mohamad Azmin Ali dan Adun Ulu Kelang, Saari Sungip antara pemimpin politik yang awal tiba di tempat kejadian dan masih berada di tempat kejadian menguruskan mangsa yang terlibat.

Pada masa ini Azmin sedang mengikut taklimat untuk memindahkan mangsa ke kediaman sementara. Azmin dikatakan berada dilokasi sejak jam 6 pagi lagi.

Menurut seorang saksi Datuk Amir yang kebetulan lewat tengah malam tadi berada di kawasan sekitar kejadian tidak ada tanda-tanda menunjukan berlaku tanah runtuh memandangkan tidak ada hujan yang turun.

Tanah runtuh berkenaan menurutnya melibatkan sebuah bukit kecil di situ yang berhadapan dengan sebatang jalan. Kini jalan berkenaan tertutup langsung menyebabkan semua penduduk di sekitar kejadian terputus hubungan. Kemudahan air, eletrik juga terputus sama sekali.

Dalam pada itu desas desus mengatakan kejadian itu melibatkan Ketua Setiausaha Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi, Tajuddin Wahad yang mana rumahnya turut sama ditimpa adalah tidak benar. Tajuddin dikatakan terselamat kerana semalam beliau tidak berada di rumah dan ketika ini berada di Singapura.

"Tidak.... setahu saya Tajuddin semalam berada di Singapura, tetapi rumah beliau memang terlibat," begitu jelas Amir. [Pembetulan fakta Tajuddin bukan di Singapura tetapi di rumah ibunya di Kampung Baru.]

Sementara itu kebanyakan rumah yang ditimpa rutuhan itu kebanyakannya kepunyaan elit Melayu. Kebanyakan penguhuni tiada di rumah kerana kebetulan cuti Hari Raya Aidiadha.

Kejadian malang itu merupakan kali kedua selepas tregedi keruntuhan Highland Tower kira-kira lebih 15 tahun lalu yang mengakibatkan 48 mangsa terkorban. [wm. kl 11:30 am 04/12/08]

1 comment:

  1. Semenjak runtuhn Highland Tower 1993, kerajaan telah meminda banyak undang2 dan perturan berkaitan.
    TETAPI orang awam dari semua kelas masyarakat degil dan terus degil untuk menempah segala macam bencana.
    Selepas rumah bekas Panglima ATM runtuh dan isterinya terbunuh rumah baru dibina di atas tapak yang sama.
    Dan ratusan rumah dan kompleks kediaman bertingkat-tingkat dibina di seluruh kawasan ini.
    Dan yang paling menyedihkan kedegilan mesyarakat yang sentiasa menganggap OH INI RUMAH ORANG DAN AKU AKAN SELAMAT.
    Adakah kerajaan hendak mengambil tindakan terhadap SEMUA kawasan tanah tinggi termasuk Genting Highland dan Penang Hill dalam isu seperti ini?
    Atau seperti biasa kerajaan akan bertindak secara ad hoc.

    ReplyDelete