Tuesday, January 6, 2009

Bingkas Menjawab

Pakatan Rakyat Berpadu Sokong Pas
Usaha Umno Kelirukan Orang Ramai Gagal

DALAM Umno atau agennya rancak mengatakan Pas kehabisan modal dan isu untuk dimainkan disepanjang kempennya selama 10 hari dalam pilihan raya kecil P36 Kuala Terengganu, 17 Januari depan hakikatnya Umno atau agennya yang kekeringan modal.

Salah satu isu yang dibangkitkan oleh beberapa blog pro Umno kononnya pemilihan Mohd Abdul Wahid Endut tidak mendapat restu golongan apa yang dinamakan Erdogan. Golongan ini katanya mahukan calon mereka, Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.

Lantaran itu egen Umno membuat berbagai simpulan mudah berhubung perkara itu. Sudah pastinya pada penamaan calon tadi Pas diintip dan diperhati dari segenap sudut oleh Umno dan egennya untuk melihat sejauh manakah berlaku keretakan dalam Pas berhubung isu calon.

Mereka mengharap puak-puak yang dikatakan tidak sebulu dengan Pas Terengganu itu tidak menghadiri penamaan calon itu dan tidak memberi komitmen kepada pilihan raya berkenaan. Sebab itu mereka bersedia membuat spekulasi liar untuk menimbulkan kekeliruan di kalangan penyokong Pas yang mana akhirnya memakan diri sendiri.

Misalnya terdapat sebuah blog yang membayangkan Husam Musa tidak kelihatan dan berperanan dalam pilihan raya berkenaan. Jelas sekali blog berkenaan sengaja mahu melemahkan Pas dan memperlihatkan Pas tidak sepadu dalam menghadapi pilihan raya berkenaan.

Memang jika diintai dan dilihat kepada beberapa keping gambar di sekitar penamaan calon itu yang dipostingkan oleh beberapa blog tidak kelihatan wajah-wajah mereka yang dikatakan tidak sebulu dengan Pas Terengganu itu. Memang diakui kemunculan mereka tidak dominan seperti mana berlaku pilihan raya kecil Permatang Pauh dulu. Pokoknya ia bukan disengajakan tetapi ada sebabnya.

Wajah-wajah seperti Husam Musa, Kamaruddin Jaafar, Dr Mohd Hatta Ramli, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat dan lain-lain tidak ke depan dalam perarakan calon. Sebenarnya bukan mereka tidak berada di situ namun kerana terlalu ramai penyokong Pas yang mencecah puluhan ribu menyebabkan sukar untuk mendapatkan gambar mereka.

Bahkan ada pemimpin Pas tidak dapat masuk langsung ke tempat penamaan calon, antaranya Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman yang hanya mampu melilau di luar saja kerana bandar Kuala Terengganu penuh sesak.

Mungkin Mursyidul Am Pas itu tidak berarak bersama menuju ke pusat penamaan calon kerana keadaan kesihatannya. Bagaimana pun yang jelas Husam turut sama mengiringi Abdul Wahid Endut di mana satu ketika berjalan seiring dengan Presiden Pas itu. Sekeping gambar yang diposkan dalam blog Siasahdialy.blogspot.com menutup segala cerita dan menafikan spekulasi mengatakan Husam tidak berperanan pilihan raya berkenaan.

Hampir semua pemimpin utama Pas berada ditempat penamaan calon. Mereka mungkin tidak bersetuju dengan calon yang diketengahkan itu tetapi apabila perarakan 'perang' untuk melawan musuh (Umno dan BN) bermula mereka melupai segala titik bengkit dan melangkah sederap ke hadapan. Inilah semangat dan kecintaan orang Pas yang ditunjukkan kepada perjuangan mereka rela mengenepikan soal remeh temeh.

Mereka bukan seperti mana ahli atau pemimpin Umno seperti mana kata Timbalan Presidennya, Mohd Najib Razak yang sanggup menyembunyikan wang pilihan raya dan mementingkan kepada 3P, iaitu perut, poket dan pangkat.

Begitu juga hampir semua pemimpin tertinggi parti-parti Pakatan Rakyat turut sama berada di pusat penamaan calon di Stadium Negeri. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Naib Presiden PKR, Mohd Azmin Ali, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin dan lain-lain semuanya memberi semangat dan menyatakan sokongan kepada Pas. Mereka juga akan turut sama berkempen dan berceramah.

Sekiranya Umno dan egennya mahu memanipulasikan isu perpecahan dalam Pakatan seperti mana dicanangkan Mohd Najib sebelum ini ia tidak akan membawa manfaat besar kepada Umno dan calonnnya Wan Ahmad Farid Wan Salleh kerana perpecahan itu tidak berlaku sebaliknya Pakatan Rakyat erat dan padu serta mempunyai iltizam tinggi untuk menumbangkang Umno dan BN pada 17 Januari ini.

Penasihat PKR, Anwar Ibrahim dan Presiden Dr Wan Azizah Ismail juga akan turut sama berkempen dalam pilihan raya berkenaan. Difahamkan beliau baru pulang dari luar negeri hari ini. Dinasihatkan Umno dan BN carilah isu lain dan jangan terperangkap dengan isu perpecahan Pakatan atau Pas yang direkacipta dan ditokok tambah itu. [bentong phg. 7:20 pm 06/01/08]

5 comments:

  1. Saudara MSO,

    Di sinilah kehebatan PAS. Walaupun mereka berbeza pendapat, pemimpin PAS bersatu dalam soal perjuangan.

    ReplyDelete
  2. Tuan, saya sentiasa mengikuti tulisan tuan disini. Harapan saya tuan sentiasa sihat dan diberi kekuatan untuk terus menulis. Salam

    ReplyDelete
  3. Bagi saya, setiap parti di Malaysia ada kelebihan dan kelemahan. UMNO dan PAS ada kelebihan atau kekuatan dan ada kelemahan. Selalunya yang menambahkan kekuatan parti adalah apabila pemimpin dalam parti sentiasa bersatu dalam apa jua hal walaupun ada yang berbeza pandangan serta pendapat.

    ReplyDelete
  4. PAS mendapat sokongan dari DAP dan PKR kerana PAS adalah sebahagian dari PRl.saya lihat didalam PR mereka kena menyokong antara satu sama lain kerana itu sahaja caranya mereka boleh jadi kuat.

    cuba jika PAS bersendirian.mungkin PAS tak mampu mendapat sokongan seperti sekarang.

    apapun diucapkan semoga berjaya kepada semua calon yang layak bertanding.

    ReplyDelete
  5. yang tak kelihatan hanya si "salentia"..

    ReplyDelete