Sunday, January 18, 2009

Celoteh Murai 20

Tak Habis-Habis Kakak Tua Mengatakan Belatuk

SI KAKAK TUA pun jadi gatal mulut lalu berkokok mengulas mengenai kekalahan bekas partinya di Kuala Terengganu semalam. Kata kakak tua kekalahan itu disebabkan pengundi benci kepada pemimpin bekas partinya itu. Pemimpin parti itu meletakkan calon yang orang tidak disukai orang ramai, begitulah tafsirnya.

Menurut kakak tua orang juga tidak suka Pas, tetapi kerana tidak ada pilihan lain maka mereka terpaksa pilih Pas. Ehwah.... Tidak habis-habis kakak tua nak mengencil dan mengata si burung belatuk. Baginya semua belatuk buat tidak betul dan busuk belaka melainkan dia saja yang syumul.

Penghinaan kepada Pas juga tidak pernah habis. Dari dulu hingga sekarang. Apalah dengki sangat kepada Pas! Padahal Pas pernah memberi ruang kepada kakak tua naik pentas Pas tahun 1969 bila mana bekas partinya pecat dia selepas dia malukan Tunku Abdul Rahman. Dia lupa barang kali, dan perangainya ini ditiru pula oleh Saleintia di Kelantan orang beri madu dibalas dengan tuba.

Kakak tua memberi fatwa kalau nak kembalikan sokongan rakyat kepada BN, BN kena singkir pemimpin yang tidak boleh diterima rakyat dan rasuah. Murai sokong fatwa ini kerana itulah juga menjadi pegangan Pas dan Pakatan Rakyat. Jujurkah fatwa kakak tua itu?
Cuma apa yang Murai hairan dan ingin tanya kepada kakak tua, saki baki pemimpin yang ada dalam kerajaan BN hari ini siapa yang lantik dan pilihnya? Bukankah sebahagian mereka itu wujud dan menjadi menteri atau pemimpin semasa kakak tua menjadi presiden parti itu selama 22 tahun?

Kalau begitu ini bermakna kakak tualah bertanggungjawab membawa pemimpin korup, salah guna kuasa dan terlibat dengan penyelewengan, skandal dan yang rendah moral duduk dalam kerajaan yang diwariskan kepada belatuk itu.

Bukankah sudah ada senarai penuh pemimpin BN yang korup dan yang perangai buruk? Kalau kakak tua sudah lupa, biar Murai sebut beberapa nama orang yang wujud sejak zaman kakak tua menjadi raja dulu. Pertama, Mohd Najib Razak, kedua, Samy Vellu, ketiga Nazri Aziz, keempat Rahim Tamby Chik, kelima, Muhammad Mohd Taib, keenam, Hishamuddin Hussein, ketujuh Rafidah Aziz. Nama-nama ini wujud semasa kakak tua menjadi ketua lagi.

Bahkan di zaman kakak tua jadi ketua dulu pernah ada seorang menteri yang sudah disahkan untuk didakwa atas kesalahan rasuah meluluskan saham untuk anak beranak tetapi ditangguhkan. Ada juga menteri yang rumahnya disita oleh BPR. Siapakah yang menangguhkan pendakwaan itu, bukankah kakak tua sendiri?

Nah kalau begitu yang salahnya dan bertanggungjawab melantik pemimpin busuk yang merosakan BN seperti mana kata kakak tua katakan itu sehingga orang ramai sudah menolak BN ialah kakak tua sendiri.

Kena ingat belatuk hanya baru lima tahun jadi ketua. Apakah dalam tempoh itu jumlah menteri yang rasuah, melakukan penyelwengan lebih banyak daripada zaman kakak tua memerintah? Cuba hisablah sendiri.

Murai tak nak sebut dan senarai kesalahan lain yang kakak tua lakukan, nanti orang kata Murai busuk hati pula. Tetapi Murai nak minta kakak tua kalau nak mengatakan orang pandanglah kepada diri sendiri. Kalau punggung kita 'bercepuah' (terpalit) dengan tahi jangan mengatakan orang lain melepas kentut pula. Tengok tengoklah dulu jangan tersalah buat nanti orang kata kita nyanyuk marahkan orang pula.

Murai: Burung kakak tua hinggap di jendala, kalau sudah tua semuanya akan lupa! Cip..cip...cippp!


4 comments:

  1. BETUL SKALI. KAKATUA DARI ZOO YG SAMA JUGE. ECER TAIK JUGOP

    ReplyDelete
  2. Sdr MSO.

    Kakak tua menunggu masa untuk para kroninya mengambil alih pentadbiran UMNO dan Kerajaan Malaysia. Bila kroni yang diproksikan olehnya naik, maka kembalilah dia berkuasa di belakang tabir! Kalau dia kata Khairy di belakang Pak Lah, Si Kakak Tua juga di belakang Najib!

    ReplyDelete
  3. Kan kakaktua dah kata...melayu mudah lupa termasuklah dirinya...kasihan kakaktua...

    ReplyDelete
  4. Si Kakak Tua ni sebenarnya dah gila talak setelah DSAAB mengenepikan beliau. Sekarang dia sedang berusaha untuk kembali menerajui UMNO melalui proksi DSNTR.

    Setiap pokok yang ditanam akan mengeluarkan hasilnya. Kini POKOK DURIAN HANTU yang Kakak Tuan tanam yang berumur 27 tahun sudah mengeluarkan hasilnya yangmana ianya hanya dapat dimenafaatkan oleh hantu-hantu sahaja bukannya untuk faedah manusia dan insan lain yang memerlukan.

    KAKAK TUA AKAN TERUS BERKOKOK DIATAS POKOK TERSEBUT DEMI KEPENTINGAN KRONI DAN PROKSI TANPA MENYEDARI BAHAWA POKOK TERSEBUT SUDAH HAMPIR MATI.

    ReplyDelete