Friday, January 16, 2009

Dari Kuala Ke Kuala 10

Gerak Malaysia Minta Pengundi Pilih Calon Pas

NGO yang pernah diketuai dan diasaskan oleh Mohamad Ezam Mohd Noor, Gerakan Rakyat Anti Korupsi (Gerak Malaysia) membayangkan sokongan mereka kepada calon Pas, Abdul Wahid Endut dengan meminta pengundi memilih calon yang berkeperibadian baik dan menolak parti yang mengamalkan amalan rasuah.

Dalam satu kenyataan yang turut disalinhantar kepada blog ini, Pengerusi Mohd Nazree Mohd Yunus (foto) menggesa supaya pengundi memilih calon-calon yang berintergriti antara calon-calon yang bertanding.

Menurutnya pemilihan calon yang tepat amat perlu agar pemimpin dilantik kelak mampu membawa agenda rakyat secara terus.

Berikut disiarkan sepenuhnya kenyataan itu:

Gerakan Rakyat Anti Korupsi (Gerak Malaysia ) menggesa agar pengundi Parlimen Kuala Terengganu (P36) memilih mana-mana calon yang berintegriti di antara calon-calon yang bertanding.

Pemilihan calon yang tepat oleh pengundi pada 17 Januari ini amat perlu agar pemimpin yang dilantik kelak mampu untuk membawa agenda rakyat secara telus, bertanggungjawab dan penuh integriti.

Pemilihan dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu bukan sekadar suatu proses memilih seorang wakil rakyat di Parlimen tetapi pemilihan ini adalah penting bagi meletakkan individu yang benar-benar mampu mengisi ruang perbahasan yang lebih cenderung untuk membahaskan polisi-polisi berkepentingan rakyat dan bukannya hanya bersifat agenda dan berkepentingan peribadi. Pengundi-pengundi juga wajar menolak mana-mana calon bertanding yang menggunakan pendekatan rasuah politik.

Rasuah politik tidak akan memberikan makna terhadap usaha rakyat Malaysia ke arah membentuk Good Governance. Good Governance hanya akan lahir daripada pemilihan individu yang mempunyai nilai-nilai moraliti yang tinggi dalam membanteras rasuah politik.

Rakyat mempunyai hak untuk menidakkan kemenangan calon yang tegar dengan amalan rasuah politik. Keazaman politik amat perlu dan rakyat di Kuala Terengganu juga mempunyai hak untuk meletakkan pemimpin yang lebih berani untuk menggalas cabaran membanteras rasuah politik di peringkat nasional.

Kuasa undi rakyat di P 36 akan lebih sempurna dengan dimanfaatkan bagi menentukan hanya calon yang benar-benar komited membudayakan integriti dan anti rasuah mendapat tempat di Parlimen.

Kita percaya bahawa calon yang berintegriti akan membawa rakyat ke arah wawasan pembangunan yang lebih adil dan saksama tanpa mengira batasan agama dan bangsa.
Gerak Malaysia juga menggesa agar parti-parti politik menghindarkan diri daripada amalan rasuah politik yang bukan sahaja merosakkan rakyat bahkan juga merosakkan kredibiliti parti itu sendiri.

MOHD NAZREE MOHD YUNUS
Pengerusi Gerak Malaysia
[wm.kl 10:40 am 16/01/09]

1 comment:

  1. salam,

    pandangan saya dlm kenyataan yg di'post' ini,GERAK Malaysia lebih lebih senang jika para pengundi memilih calon2 yg benar2 jujur,berintegriti dan telus dalam membantu rakyat.dan alhamdulillah,calon PAS menjadi pilihan rakyat Kuala Terengganu.

    Tetapi adakah ini bermaksud,calon BN Abe We Farid tidak telus??tidak berintegriti??...sama2 kita fikirkan dan sy tidak mahu mengulas hal berkenanan:)

    Yang rakyat Malaysia mahukan(khususnya rakyat KT),Mohon GERAK Malaysia menyiasat,mengetengahkan,mengupas,membawa kemuka pengadilan amalan2 RASUAH yang telah dilakukan oleh mana2 party politik/calon semasa PRK KT yang lepas diadakan.Ini bagi menunjukkan,GERAK Malaysia ini tidak mengamalkan 'double-standard',atau pilih bulu dalam mengetengahkan isu2 RASUAH yang telah menjdai barah didalam masyarakat kita.

    dan sy tahu,tuan pengerusi GERAK Malaysia,Saudara Nazree Yunus dan badan NGO GERAK itu sendiri telah mendapat kecaman,cemuhan ramai orang kerana mengetengahkan beberapa isu yang 'didakwa' sebagai 'penyelewengan' yang dilakukan oleh MB Selangor,Tan Sri Khalid Ibrahim (isu lembu2 korbann!!...adehh!!).dan inilah masanya GERAK yang dikepalai oleh Saudara Nazree (spt didalam gambar) menunjukkan ketelusan mereka pula dalam usaha membersihkan barah2 RASUAH ini tidak mengira party politik,atau calon itu sendiri.

    mengapa sy berkata sedemikian?? Dapat dilihat oleh mata kasar ini sendiri,semasa PRK KT berlansung,ada party politik secara TERANG2 meRASUAH rakyat KT dgn pelbagai bentuk,benda,...rasanya tidak perlu sy mengomen panjang lebar apa dia bentuk2 RASUAH tersebut,kerana semua orang sudah tahu..:)

    Harap perjuangan GERAK Malaysia mendapat keredhaan Illahi dgn menjalankan kerja membenteras RASUAH dgn ketelusan,kejujuran dr pihak mereka(GERAK).

    Dan ini dapat menunjukkan,atau mengiyakan kenyataan Saudara Nazree yang mewakili keseluruhan GERAK sebelom ini,bahawa GERAK Malaysia menjalankan kewajipan membenteras RASUAH tanpa berkompromi dgn mana2 individu atau party politik tertentu.

    insyaAllah.....

    ReplyDelete