Awas Pencuri di Majlis PerkahwinanDUA hari saya tidak mengemaskinikan blog ini kerana balik kampung meraikan anak buah kahwin. Kebetulan pula cuti tahun baru Cina. Tahun baru Cina kali ini jatuh kepada tahun lembu. Menarik juga kalau diulas mengenai sifat-sifat lembu ini.
Selalu orang Kelantan bila ada cuti sikit mereka akan berarak balik kampung. Apa lagi bulan Asyura (Muharram) masih tersisa sehari dua, kalau bernasib baik dapatlah merasa bubur asyura (sura) kaluapun tidak balik untuk hanya membasuh kawah dan menyuraikan api tunggang. Sempena bulan sura ini menyebabkan keinginan untuk pulang menjadi-jadi.
Kenalkah dengan tunggang duhai generasi muda? Tempat memasak asura atau gulai kawah. Orang dulu-dulu tidak pakai tungku tetapi digali lubang dan dimasukkan api dalam lubang. Kawah di letakkan atas lubang (tunggang) berkenaan. Kiri kanan dan dihadapan ada lubang yang dipanggil lubang nyawa api.
Tetapi sekarang ini masak menggunakan tunggang sudah tidak ada lagi. Generasi hari ini sudah tidak kenal dengan tunggang yang unit itu.
Biasa bila berada di kampung terlupa cerita politik dan isu-isu berlaku di sekitar Kuala Lumpur. Suasana hening kampung menutupi segala persoalan hidup modern. TV surat khabar pun tidak tonton dan dibaca lagi. Internet tak usah ceritalah di kampung saya sukar nak dapat line. Pulak, tertinggal boardband, lagi susah. Kena ke Pekan Rantau Panjang untuk layari internet.
Lantaran itu ada beberapa penjenguk blog sudah mula mengirim sms minta ulas isu terbaru, isu kemasukan Adun Bota Perak dari Umno Nasaruddin Hashim ke dalam PKR. Padahal sudah ada dalam blog lain tetapi penjenguk setia blog tunggu ulasan dari Merah Tinta juga.
Di pekan Rantau Panjang hanya ada sebuah saja ciber cafe (CC). Sewaktu hendak posting catatan tengah hari Ahad kelmarin terkejut juga tengok CC berkenaan dipenuhi kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun. Satu perkembangan dan fenomena baru anak-anak zaman ini. CC menjadi tumpuan sekumpulan kanak-kanak berkenaan. Mereka tidak lagi berkeliaran di bendang padi atau mandi sungai sampai hampir Maghrib seperti zaman saya kecil dulu.
Cuma sayang sedikit pengguna CC itu tidak dipantau. Apa yang sempat saya lihat hampir kesemua yang datang itu bermain game, kartun saja manakala yang lain pula jadi tukang tenguk atau tumpang semangkuk. Suasana di CC itu juga kurang teratur dan agak bising di samping baunya yang kurang menyenangkan. Mungkin nasib CC di luar bandar begitulah.
Kenduri apa lagi kenduri kahwin satu pesta dikampung. Ketika ini semua keluarga akan berhimpun dan disaat inilah anggota keluarga jauh dan dekat boleh kenal mengenali antara satu sama lain bagi merapatkan semula tali kekeluargaan. Apabila semua anggota keluarga berhimpun saat inilah mendatangkan keseronokan.
Kerana itu kalau ada jemputan atau kenduri jarang orang Kelantan menguzurkan diri. Budaya dan tardisi itulah juga meyebabkan saya turut sama balik semata-mata untuk meraikan kenduri anak buah itu dan merasai keseronokan dalam majlis itu.
Mungkin juga kerana perubahan masa dan keadaan suasana dan semangat kenduri itu juga sudah berubah. Bukan saja cara masakannya cara modern di mana makanan ditempah atau dibuat secara catering, tetapi ada unsur-unsur lain yang menyilinap masuk ke dalam pesta atau kenduri berkenaan. Ini mengejutkan.
Apa yang saya maksudnya ialah, mengenai sendiket pencurian di majlis perkahwinan. Kejadian ini dilaporkan sudah berlaku beberapa kali ditempat lain di sekitar daerah saya. Dan saya sendiri ini kali pertama mendengarnya dan ia berlaku dalam majlis perkahwinan anak buah sendiri kelmarin.
Dalam keseronokan dan kegembirana itu siapakah menyangka ada penyangak yang menyusup masuk ke dalam rumah. Mencuri masuk ke dalam rumah dan mengelidah bilik dan beg tangan, mengambil wang dan barangan berharga lain, telefon bimbit dan sebagainya.
Dalam kejadian di majlis kenduri anak buah semalam wang tunai RM5,000 lesap bersama dengan tiga telefon bimbit yang berharga lebih RM1,500.
Kejadian itu disedari sesudah majlis makan beradat penggantin selesai apabila si tuan punya beg membuka beg untuk mengambil wang dan mengguna telefonya. Kejadian itu menggempark dan mengejutkan semua anggota kerana ia belum pernah berlaku. Mungkin projek mencuri itu dilakukan sewaktu orang ramai sedang sibuk menerima kedatangan pengantin lelaki dan ketika majlis makan beradap.
Sukar untuk dipercayai kerana disepanjang hayat kejadian begitu tidak pernah berlaku di rumah berkenaan. Inilah yang pertama kali berlaku.
Menurut beberapa anggota keluarga rupanya kejadian seperti itu pernah berlaku beberapa kali di tempat lain. Memang ada satu sendiket yang melakukan kerja terkutuk mengambil kesempatan atas kesibukan menguruskan kenduri itu.
Perbuatan itu dipercayai dilakukan secara profesional. Berberapa andaian boleh dibuat, mungkin penyangak berkenaan memasuki ke rumah itu bersama dengan para jemputan lain. Tuan rumah atau anggota keluarga tidak dapat mengsyaki kerana menganggap mereka adalah jemputan sama seperti orang lain.
Penyangak profesional ini katanya mempunyai target tersendiri. Selalunya apa yang mereka sasarkan ialah barangan hantaran yang diletakkan di atas par dan juga wang maskahwin. Selalunya barang hantar bernilai, seperti jam tangan, kain songket, cincin, ataupun wang. Barangan inilah menjadi mangsa penyangak profesional itu.
Dari segi logiknya penyangak ini dari kalangan wanita. Kerana kebiasaanya para tetamu wanita dielak masuk ke dalam rumah manakala tetamu lelaki di tempatkan di bangsal atau khemah di luar rumah.
Apa yang berlaku itu satu fenomena baru dalam dunia kenduri kendara di Kelantan. Ia juga menggambarkan manusia sudah menggunakan dan mengambil apa saja peluang untuk melakukan jenayah dan perbuatan jahat. Jenyah hari ini tidak terbatas diluar rumah tetapi ia juga turut berlaku dalam rumah.
Lantaran itu kepada semua pihak dapat mengambil perhatian mengenai peristiwa ini. Sudah pasti kejadian yang menimpa majlis anak buah saya itu akan juga turut menimpa orang lain kerana penyangak ini bergerak secara profesional dan mencuri adalah mata pencarian hidup mereka untuk menyara keluarga! [wm.kl 9:00 pm 27/01/09]
Ish, kenapa jadi macam itu sekali. Takkan tak tau sekarang ini kes kecurian banyak berlaku semasa majlis kahwin.
ReplyDeletedulu saya kahwin saya dah setkan 3 orang untuk jaga rumah dan barang-barang hantaran.
barang2 hantaran dan duit maskahwin yang berharga saya hanya letak sekejap sahaja bila nak diberi kepada perempuan. lepas ambil gambar sekeja terus masuk peti besi
Ermm... Sedapnya asyura... Peristiwa macam ni pernah terjadi kat keluarga saya. Masa tu kenduri adik. Barang cuma satu aje yang hilang. Hp berharga RM1250. Ada pak menakan pandai buat 'panggil' barang tu balik. Alhamdulillah, dapat balik. Selepas peristiwa tu ramai yang hati-hati dan berjaga-jaga. Yang kedua cerita hilang juga. Hilang malam berinai. Rupa-rupanya pengantin perempuan hilang. Dia melarikan diri bila dapat tau ayahnya nak kahwinkan dia dengan seseorang sebab nak langsaikan hutang.
ReplyDeletesaya pun alami peristiwa yg sama gak..
ReplyDeletemasa kenduri kahwin abg pd jun 2006..
tp kes ni berlaku di klang..
modus operandi nya dgn memukau..
byk gak hilang..mak sedra punya rantai emas, wallet, purse yg ditinggalkan habis dikebas..
orgnyer guna "pukau".. semua org x leh wat ape2..duit collection pun di kebasnya jugak..
berhati2 la..
pastikan majlis kenduri nnt disusuli dgn doa selamat..insyaallah..