Wednesday, January 7, 2009

Sebelum Tidur

Awas! Awas! Awas!
Si Pengacau Sudah Mula Bergerak Untuk
Pengaruhi Pergundi Kuala Terengganu

AWAS pengundi dan penduduk Kuala Terengganu ada rancangan yang sedang diatur oleh orang luar yang tidak ada kena mengena dengan pilihan raya berkenaan untuk mempengaruhi mereka agar tidak mengundi Pas. Orang ini sedang bergerak mendekati penyokong dan ahli sebuah parti politik yang sudah berkubur kira-kira 14 tahun lalu meminta mereka bersimpati kepada Umno.

Beberapa pemimpin utama parti berkenaan juga sudah dihubungi sejak seminggu lalu. Ada yang ditawar dan diajak supaya membuat 'kacau' dengan menyertai pilihan raya kecil Kuala Terengganu itu sebagai calon bebas.

Seorang bekas ahli Parlimen (bukan di Kuala Terengganu) bergelar ustaz telah dipujuk agar menyertai pilihan raya berkenaan. Bagaimana hasrat dan rancangan itu tidak menjadi kenyataan.

Sebab musabab kenapa bekas MP itu tidak sedia mengikuti telunjuk pengacau itu walhualam. Mungkin juga beliau menyedari perangai dan fiil politik pengacau itu yang tidak ada pendirian dan bersedia 'mebaham' apa saja termasuk bangkai untuk survial politiknya. Mungkin bekas MP itu tidak tergamak merosak nama baiknya dengan mengikut telunjuk pengacau berkenaan.

Bagaimana pun usaha lain sedang dijalankan. Manusia pengacaun ini sudah mula memainkan peranan pentingnya dengan menghubungi pihak-pihak tertentu dan kenalannya di Kuala Terengganu. Apa yang menjadi harapannya dengan usahanya itu dia mahu agar ada pihak yang beterima kasih kepadanya dengan harapan akan dipelawa untuk menyertai Umno.

Gerakan pengacau ini tidak dibuat secara nyata, sebalik secara senyap-senyap. Justeru semua bekas ahli parti berkenaan hendaklah berhati-hati dan jangan terpengaruh. Pengacau ini boleh bercakap dengan seribu gaya hatta bersedia mengeluarkan wang untuk mengumpul orang untuk dia turun dan meracuni pemikiran rakyat agar tidak mengundi Pas.

Masa ini dia menggunakan SMS merayu bekas ahli parti itu agar tidak mengundi Pas. Dipercayai apabila dekat pilihan raya si pengacau ini akan turun ke Terengganu duduk di lobby hotel atau kedai-kedai kiopi sambil membuka bualnya sampai berbueh air mulut memburukkan Pas dan tokoh-tokoh tertentu.

Antara isu-isu yang akan digunapakai oleh si pengacau ini ialah mengenai hubungan Pas dengan Pakatan Rakyat yang kononya tidak menguntungkan parti itu. Dia akan bersyarah dan menabur fitnah kering bahawa Pas telah ditipu oleh Pakatan Rakyat khasnya Anwar Ibrahim dan Lim Kiat Siang.

Mungkin juga dia akan menimbulkan soal perpaduan dalam Pas mengenai wujudnya kumpulan tertentu yang menjadi pak sanggup kepada orang tertentu di dalam Pas. Mungkin juga seribu alasan dan dalil lagi akan diperkatakan dan direka dengan tujuan mempengaruhi pengundi.

Hendaknya bekas ahli parti berkenaan jangan terkeliru dan termakan dengan kata-kata manusia ini. Kalau hendak berhimpun kerana beliau sedia melaburkan wang tidak menjadi masalah. berhimpun dan makanlah apa yang disajikan. Tidak mengapa tetapi jangan sesekali ikut menjadi biawak sepertinya menjeler lidah kemudian mencakar belakang orang yang melepaskannya dari himpitan batu dengan kuku hitamnya yang tajam.

Apa yang lebih penting dari itu mereka harus sedar dan ingat apa yang pemimpin Umno lakukan terhadap bekas pemimpin mereka. Sampai kini bekas pemimpin tertinggi mereka terperuk memakan hati berulam jatung kerana tertipu dengan bekas pemimpin Umno. Menurut pengakuan si pengacau itu dialah yang bertanggungjawab meminta bekas pemimpin tertinggi parti itu membubarkan partinya. Dan sebagai baksisnya pengacau ini diberi jawatan sekejap oleh bekas pemimpin tertinggi Umno.

Sepengacau ini bukan saja cakap besar tetapi cakap bohong. Janji yang dikatakan tidak pernah dikotakan. Bagi orang bermaruah tidak akan mengulangi kesilapan untuk kali kedua. Berlainan dengan pengacau berkenaan tidak akan insaf dan dia akan melakukan apa saja demi untuk survial politiknya.

Adalah dirasakan ahli-ahli bekas parti berkenaan termasuk beberapa pemimpinya di Kuala Terengganu lebih bermaruah daripada pengacau berkenaan yang bercakap kononya dialah hebat, dia tulus dan dialah paling profesional dalam Malaysia ini. Awasilah orang ini kerana sifatnya lebih buruk daripada musang berbulu ayam ataupun gunting dalam lipatan atapun jengking di dalam poket seluar.

Dia boleh berbohong dan menipu sesiapa saja bukan saja penangih dadah, tetapi orang bernama tok guru juga ditipunya hidup-hidup! Awas jangan sampai bayang pengacau ini melewati di halaman rumah anda. [jln phg kl. 10:00 pm 07/02/09]

2 comments:

  1. Salam,

    Agak keras amaran ini. Walaupun keras dan sinis, pengundi-pengundi di KT harus memberi perhatian akan hal serius ini.

    Secara tersirat, bayangan yang diberi oleh MSO ini, rasa-rasanya orang-orang KT "kenal" akan orang ini.

    Seperti kata MSO, apabila dihulurkan wang, ambil, jika dijamu, makan puas-puas, jika diberi kain batik, pakailah. Namun, simpan undi itu untuk masa depan agama dan bangsa. Jangan sampai hanya kerana wang yang sedikit, menjadi keliru antara "lakonan" dan realiti perangai parti yang orang ini puja.

    Soal bangsa, kepentingan bangsa, dan segala-galanya mengenai Melayu akan lebih terjamin kalau Islam yang dipilih.

    Undi ialah satu cara untuk mencari keredhaan-Nya.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  2. Dari latar yang diberikan oleh sdr MSO kalau tak tepat pun sipi orang ramai terutamanya pengundi KT kenal sangat orang yang diibaratkan 'hidup 2 alam' ini. Dia memang jenis tak kenang jasa, siapa angkat dia agar namanya hidup kembali dipersada politik. Lepas ini ucapkan selamat tinggal dan berteriaklah dia di tepi longkang memanggil hujan. Para mengundi KT pasti tidak termakan cakap-cakap si dia (pengacau) yang dihuraikan oleh MSO ini. Terima kasih sdr MSO kerana mengingatkan pengundi KT. Moga ingatan sdr diberkati oleh Allah AWT.

    ReplyDelete