Friday, January 23, 2009

Selepas Subuh

Tindakan Menghapuskan Ethnik Corruptionism Dalam Umno

SEJAK semalam hingga hari ini sudah lima ahli Umno dihadap ke mahkamah kerana rasuah atau melakukan tumbuk rusuk. Kelmarin bekas Adun Semenyih, Ahmad Kuris Mohd Nor (foto) didakwa di mahkamah sesyen Ampang dan Kuala Lumpur kerana tudahan rasuah melibatkan wang sebanyak lebih RM200,000.

Semalam pula tiga lagi ahli Umno dituduh kerana merasuah ahli agar memilih calon tertentu pada pemilihan Mac depan. Paling mengejutkan di Temerloh semalam Ketua Pemuda Umno Wangsa Maju, Norza Zakaria disoal siasat selama hampir 10 jam berkaitan dengan rasuah juga.

Sebelum ini, lama sebelum ini sudah berlori-lori orang-orang Umno ditangkap dan dihukum kerana rasuah. Setengahnya masih meringkuk dalam penjara hingga kini. Sekiranya tidak ada perlindungan rahmat daripada dewa-dewa mereka banyak lagi ahli Umno yang dipenjara atau dibicara kerana rasuah. Mungkin sebuah penjara khas menahan para perasuah di kalangan Umno perlu diwujudkan di negara ini.

Sebahagian besar bekas-bekas Adun, ahli Parlimen dan termasuk menteri yang tidak dicalon semula dalam pilihan raya lalu aalah kerana rasuah, mereka terbabit dalam rasuah. Periksa dan selidiklah sendiri siapa mereka. Kalau saya senaraikan nanti dikatakan saya membuat andaian dan fitnah pula! Ada setengahnya mengambil jalan keluar tidak menjadi calon asalkan mereka tidak diserahkan kepada pencegah rasuah.

Macma-macam cerita mengenai rasuah kita dengar. Ada bekas seorang menteri yang dikatakan terbabit dengan rasuah. Kenderaaanya ditahan polis berminggu-minggu tetapi beliau bebas berjalan ke mana-mana. Itu bentuk penyiasatan dan pendakwaan di Malaysia! Kenapa begitu, kerana ada perestuan daripada dewa-dewi Umno sendiri.

Rasuah terlalu banyak dalam Umno. Kerana itu saya mengatakan Umno adalah unversiti rasuah. Sistem, pendekatan, dan politiking melampau dalam Umno menyebabkan rasuah subur dan melebar. Perhatikan apa yang berlaku saat Umno hendak mengadakan pemilihan peringkat cawangan hingga MT.

Apakah kerana menyedari bahaya itu maka kerajaan BN baru-baru telah menggubal Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi mengganti akta pencegahan rasuah sebelum ini. Apakah Abdullah Ahmad Badawi beriya untuk membentangkan akta itu kerana nak cekup dan bencikan orang Umno? Boleh jadi juga, kerana SPRM nampaknya telah memulakan kerja mereka dan mula membuka gari untuk menggari tangan-tangan orang Umno.

Rasuah Umno sudah jadi seperti tahi dengan kentut. Ia begitu intim sekali. Walaupun keduanya busuk tetapi sudah mangli bagi hidung orang Umno. Sudah sinonim bila sebut Umno teringat rasuah, bila sebut rasuah teringat Umno! Kenapa sebab banyak sangat rasuah dalam Umno. Ia berlaku dari peringkat bawah sampai ke peringkat atas.

Rasuah dan Umno juga sama seperti penagih dengan dadah. Ia tidak boleh dipisahkan lagi. Kalau dipisahkan rasuah dengan Umno samalah dengan memisahkan dadah dengan penagih. Penagih akan menggeletar, hilang semangat, bercakap tidak lancar, berjalan mundur mandir dan otak jam sama sekali. Begitulah rasuah dan Umno.

Persoalannya bolehkah Umno diselamat daripada rasuah dan rasuah dihapuskan dalam Umno? Kerja untuk menghapuskan rasuah dalam Umno bukan mudah sebab ia sudah bertindak menjadi satu idealisme... satu fahaman. Kesusahan untuk mengatasinya samalah sukarnya untuk mengikis fahaman sosialis dan komunis dalam kepada manusia.

Rasuah sudah menjadi satu idealisme dan fahaman anamisme dalam Umno. Sudah menjadi matlamat. Semua ini berlaku kerana hasil dari ajaran dan tarbiyah manusia hipokrit dan tamak harta dan kuasa menyebabkan ahli sudah menjadi kebendaan sebagai matlamat hidup dan perjuangan dalam Umno.

Mereka yang menyertai Umno atau sudah berada dalam Umno tidak memikirkan perkara lain, selain berfikir dan berikhtiar macam mana hendak dapatkan kuasa untuk mendapatkan wang. Kerana kepercayaan dalam Umno bila ada kuasa cukup sebagai pemeriksaan kira-kira nombor dua di kawasan menteri atau timbalan ia boleh mendatangkan duit. Sudah cukup untuk dijadikan sumber cari makan anak isteri.

Apabila wang atau kebendaan menjadi matlamat inilah bahayanya. Ahli akan berlumba untuk mendapatkan wang atas kepercayaan parti boleh memberi wang untuk peribadi. Untuk mendapatkan wang mereka berusaha sehingga sanggup memperdagangkan segala prinsip dan matlamat asal parti yang murni dan luhur.

Disebabkan rasuah sudah mengasak setiap sendi dan menyelinap ke dalam setiap pembuluh darah dalam Umno menyebabkan ia bukan sukar untuk diatasi tetapi tidak boleh dinyahkan lagi. Sekiranya Umno menghapuskan rasuah menyebabkan parti itu hilang satu daya tarikan besar kepada partinya. Orang yang meletakkan wang dalam songkok tidak akan menyertai Umno lagi kerana mereka mengira menyertai Umno tidak mendapat manfaat lagi.

Hanya satu kaedah atau mekanisme sahaja bagi Umno menyelamatkan parti itu untuk mengembalikan kegemilangannya sebelum ini. Iaitu Umno kena hapuskan semua generasi Umno yang berumur 23 tahun hingga 86 tahun yang ada kini. Umno kena lahirkan generasi baru yang soleh dalam Umno kemudian tampil ulil amri yang menarik syaksiah dan kejap imannya. Untuk ini Umno kena didik generasi baru kembali kepada perjuangan asal Umno.

Generasi yang ada kini hampir 80 peratus tidak boleh dipakai kerana pemikiran mereka telah rosak. Kepala mereka seperti kepala penagih dadah yang kenyal dengan dadah. Mereka sudah sebati dengan rasuah sebagai satu idealisme.

Mungkin ia memerlukan sedikit masa atau tempoh untuk melahirkan generasi ini. Mungkin mencecah sampai 30 hingga 40 tahun. Ini bermakna Umno kena kalah dalam pilihan raya umum sebanyak empat hingga enam kali. Tidak mengapa, serahkan kepada Pakatan Rakyat mentadbir negara ini. Jika Umno sayang kepada partinya Umno harus berbuat demikian, berkorban demi kebaikannya. Sebabnya, Umno tidak mungkin boleh survive lagi dengan keadaan yang ada. Tidak boleh....! [wm.kl 6:30 am 22/01/09]

4 comments:

  1. Sdr MSO yang dihormati.

    Mereka yang ditahan dan didakwa kerana politik wang dalam UMNO hanyalah menjadi kambing hitam untuk membayar nazar memulihkan UMNO di mata rakyat. Sebenarnya kalau tiada UMNO maka tidak akan ada rasuah politik yang berluasa sekarang ini.

    ReplyDelete
  2. Kalau kita seoarang melayu Islam yang betul-betul ikhlas, kita perlu lihat masalah rasuah ini secara lebih meluas. Masalah rasuah bukan sahaja masalah UMNO sebaliknya rasuah sudah menjadi budaya amalan dalam kehidupan rakyat Malaysia. Rasuah ada di mana-mana sahaja. Dari ahli UMNO kampung, pegawai-pegawai di jabatan kerajaan, pak-pak polisi, eksekutif-eksekutif syarikat swasta, pak-pak menteri hatta pemimpin politik pembangkang sekalipun ada mengamalkan rasuah.

    Bila benda ini sudah menjadi budaya, amatlah sukar untuk dibuang. Samalah seprti budaya-budaya orng melayu yang lain seperti persandingan dlm majlis kenduri kahwin. Untuk menghapuskan rasuah tidak cukup untuk kita cekup orang-orang politik yang sekadar memberi suapan RM200-300. Perlu diperluaskan lagi ke peringkat jutaan ringgit.

    Paling terbaik ialah menyucikan hati. Berkerja secara ikhlas. Sebagai contoh, saya ada seoarang kawan. Dia selalu bising kalau ada mana-mana pak-pak menteri yang memberi atau menerima rasuah. Bila saya meminta pertolongan beliau yang langsung tidak melibat wang ringgit, tahu apa kata beliau? Kalau aku buat ni kau nak bagi apa kat aku? Takkan terima kasih saja kot?.....Cuba fikir...Apa dia ni? Bukankah rasuah ada di mana-mana saja? Mengapa benda ini berlaku? Kerana kehidupan kita ini sudah dipengaruhi harta-benda. Hati yang ikhlas sudah tiada.

    Cukuplah menulis hal-hal rasuah politik. Giatkan usaha untuk menyucikan hati, mendidik anak-anak kita supaya menjadi seorang yang ikhlas dan menjauhkan diri dari rasuah, kerana ini lebih berkesan untuk menjamin generasi masa depan yang bebas dari rasuah.

    ReplyDelete
  3. Bagi aku kalau betul-betul nak bersihkan umno ialah dengan membubarkan umno dan tubuhkan parti yang baru, kerana bagi aku umno benar-benar sudah rosak tak boleh di perbaiki lagi.
    dengan hanya menangkap dua tiga kerat ikan bilis dalam umno yang telibat dengan rasuah tak kan menbantu apa-apa kerana masih ramai jerung yang terlibat dengan rasuah di biarkan begitu sahaja.
    cara ini adalah perubahan kosmetik bagi mengabui mata rakyat.
    Elok umno di bubarkan dan Tengku Razali orang yang layak mengetuai Parti baru itu kerana beliau tidak telibat dengan mana-mana skendal.

    ReplyDelete
  4. Inilah masalahnya. Bila ada pemimpin dalam UMNO yang ditahan untuk siasatan berhubung politik wang, ada yang kata ianya hanya sebagai kambing hitam. Habis tu, apa lagi yang dilakukan jika semuanya tak kena di mata pembangkang...Apa lagi yang boleh memuaskan hati pembangkang agaknya?...

    ReplyDelete