Thursday, January 8, 2009

Tom Tom Bak!

Wartawan Tabloid Kena Tipu Dengan Calon BN

INI ada sikit berita menyedihkan berlaku ke atas sepasukan media akhbar tabloid yang berpengkalan di Kuala Lumpur yang telah dipermainkan oleh calon BN Wan Ahmad Farid Wan Salleh. Gara-gara janji bohong Wan Ahmad Farid menyebabkan krew wartawan akhbar berkenana dilaporkan terpaksa bermalam (tidur) di masjid!

Ceritanya begini, Pengarang akhbar berkenaan telah menghubungi (minta jasa baik) Wan Ahmad Farid agar menyedikan tempat penginapan kepada anak buahnya semasa hari penamaan calon dan sepanjang kempen pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu itu. Wan Ahmad Farid dikatakan telah bersetuju untuk menyediakan tempat tinggal.

Lalu urusan mendapat penginapan itu menurut Pengarang akhbar berkenaan dilepaskan (diurus oleh) kawan Wan Ahamd Farid yang juga pemimpin peringkat bahagian. Dia inilah yang menguruskan segala keperluan media yang pro Wan Ahmad Farid. Dan kerana yakin pihak Wan Ahmad Farid telah menyediakan tempat itu anak buah pengarang berkenan bertanyakan hal itu kepada wakil Wan Ahmad Farid itu selepas sebaik tiba di Kuala Terengganu.

Malangnya wakil Wan Ahmad Farid itu mendakwa tidak tahu menahu. Menurutnya calon BN itu tidak pun memaklumkan kepadanya supaya menyediakan tempat penginapan krew akhbar berkenaan. Gara-gara itu krew akhabr itu terdiri dari pemberita dan jurugambar terpaksa bermalam di masjid.

Pengarang akhbar berkenaan merasa sedih dan terkilan atas apa yang berlaku itu. Beliau menyifatnya Wan Ahmad Farid telah mempermain dan 'menipunya'.

"Kita bukan mengada-nga kalau tak ada pun tak mengapa ni, dia telah berjanji. Sedihlah," kata pengarang berkenaan. Beberapa kali beliau menghubungi Wan Farid menerusi SMS tetapi tidak dibalas sampai ke saat ini.

"Mungkin dia tak sengaja dan terlalu sibuk, calon biasanya sibuk!" saya cuba menenangkan pengarang berkenaan yang suhu kemarahannya sudah mulai naik.

"Sibuk benda, kalau dah belawak... belawak jugalah," katanya sudah mula marah. "Dak nak menang lagu mana kalau wartawan pun ditipu." sambungnya lagi yang juga berasal dari Terengganu.

(Catatan: Mintalah Wan Farid atau orang-orangnya perbetulkan keadaan ini jangan pula nanti disiarkan kejadian ini dalam tabloid itu lagi malu!). [wm.kl. 3:00 pm 08/01/09]

6 comments:

  1. Kadang-kadang wartawan kena faham dengan situasi. Mereka nak berurusan dengan pemimpin yang biasanya pasti sibuk. Tambah pula pemimpin tersebut adalh calon yang bertanding. Mungkin ada 'miss communication' antara beliau dan wakilnya. Mungkin ada kesilapan teknik atau tak tahulah, apa masalahnya...

    ReplyDelete
  2. Artikal MSO ini amat bagus untuk pengajaran kepada kita semua terutamanya golongan wartawan.
    Oleh itu diingatkan kepada semua rakan2 wartawan janganlah terlampau sangat membodek sesuatu pihak itu.

    ReplyDelete
  3. salam,

    apa yg ditulis ini sesuatu yg subjektif dan masih diragukan kebenarannya. kekadang dilihat mso suka mengadakan cerita maklumlah salah satu kaedah pihak pas seperti mso yg berniat memburuk-burukkan calon umno dalam masa dekat nak pilihanraya mcm ni. kalau nak berkempen melalui blog tlglah kempen secara pro sikit.

    p/s: saya cabar mso siarkan komen ini kerana dengar cerita ada ramai member2 saya komen kat sini tuan mso takut nak siarkan walaupun dah tulis nama sebenar. saya ahmad said sebenar. kalau tak puashati boleh hubungi saya.

    ReplyDelete
  4. Menjawab persoalan saudara Datuk Ahmad Said. Salam diterima! Terima kasih kepada saudara Datuk Ahmad Said. Saya menyahut cabaran saudara Datuk Ahmad Said untuk menyiarkan komen saudara. Seperti mana saya kata kalau disertakan nama dan menggunakan bahasa yang sopan dan tidak bersifat liar saya akan siarkan.
    Sila sudara berikan nama-nama 'sebenar' member saudara Datuk Ahmad Said yang memberi komen tetapi tidak disiarkan itu untuk rujukan dan bagi perhatian saya. Saya rasa blog saya adalah yang adil dan saksama.
    Sila saudara Datuk Ahmad Said sertakan telefon untuk saya menghubungi. Terima kasih.

    ReplyDelete
  5. haji tie ..call je aji DATUK AHMAD SAID tu... die ingat die letak DATUK AHMAD SAID org kene denga die cakap...

    ji...
    kalau DATUK AHMAD SAID pandai ke guna perkataan memeber... tp ok la DATUK AHMAD SAID pun dh baca blog haji... amir, jln kuching... "cucu ATUK AHMAD"

    ReplyDelete
  6. tahniah MSO sekali lagi.syabas juga buat anda; Tinta Merah dibaca oleh Tokmat Said. Ana rasa anda benar. MSO hanya menitip perasaan wartawan2 yg kena tidur di masjid. tu je dan MSO juga dah coolkan keadaan...memang Wan Farid si calon tu bizi.. kan dia tuan kerja 17.1.09 ni...maafkanlah dia. yang wartawan tu bising2 watpa... wartawan kan! tempat perang lagi kena gi dan bersabar. moga tidur di masjid tu dapat juga pahala jemaah dan tahajjud. org politik mmg bizi 24 jam...peduli apa orglain !

    ReplyDelete