Friday, January 16, 2009

Ulasan Isu

Apakah Motif Letak Kepala Babi Dalam Surau

KURANG 24 jam menjelang pilihan raya kecil P36 Kuala Terengganu esok, 17 Junuari masyarakat kampus Universiti Malaya gempar dengan penemuan kepala babi yang diletakkan di surau Akademi Islam dalam kampus universiti berkenaan.

Kejadian itu disedari oleh seorang mahasiswa yang hendak mengerjakan solat Subuh pagi tadi.
Kepala babi itu dibelah dua diletakkan atas bendera Parti Islam SeMalaysia (Pas) dengan tertulis perkataan PAS, Pro-M dan PMI.

Perkataan Pas itu dimaksudkan kepada parti Pas manakala Pro-M kepada golongan yang menamakan mereka Pro-Mahasiswa yang kini sedang bertarung dengan golongan Aspirasi dalam pilihan kampus yang kini sedang berlangsung.

Sementara perkataan PMI itu pula dimaksudkan kepada Persatuan Mahasiswa Islam, universiti berkenaan.

Perbuatan itu sungguh keji dan menunjukkan sikap tidak bertamadun. Ianya tentulah mencabar keimanan dan sensitiviti mahasiswa dan umat Islam seluruhnya kerana babi adalah haiwan jijik dan diharamkan oleh Islam apa lagi ianya diletakkan di atas surau tempat yang dianggap suci.

Persoalannya kini apakah motif perbuatan keji dan mecabar sensititvi umat Islam itu? Jika dilihat kepada perkembangan semasa ia mempunyai motif terntu yang ada kena mengena dengan perkembangan semasa hari ini.

Pertama, ia mungkin bermaksud ingin memperli Pas iaitu parti yang bergabung dalam Pakatan Rakyat bersama PKR dan DAP hari ini yang turut terjempit dengan isu pembinaan ladang babi di Selangor yang menjadi isu baru-baru ini.

Mungkin tujuan dan motifnya ingin memberi gambaran bahawa Pas juga bersedia menerima projek berkenaan walaupun babi adalah haiwan diharamkan oleh agama Islam.

Kedua, dengan menulis perkataan Pro-M dan PMI itu ia mungkin bermaksud untuk memberi tahu bahawa golongan Pro-M dan PMI bersubahat dengan Pas yang menyokong pembinaan ladang babi bersistem dan canggih itu.

Sekiranya motif-motif ini tepat ini boleh membayangkan pihak mana yang bertanggungjawab terhadap perbuatan yang mengaib dan mencabar keimanan umat Islam itu? Sudah tentu pihak polis mempunyai tafsiran sendiri untuk memburu golongan yang bertanggungjawab perbuatan terkutuk itu.

Menurut laporan pihak polis telah pun mengambil kepala babi berkenaan dan pihak forensik juga dilaporkan telah membuat penyiasatan untuk mendapat kesan jari dan bukti-bukti lain. Memandangkan kejadian itu berlaku dalam kampus ia memudahkan pihak polis untuk memberkas sipelakunya.

Kejadian yang membabitkan subjek yang sama, melempar kepala babi di tempat awam berlaku di Melaka baru-baru ini yang menimbulkan kemarahan umat Islam di sana. Malangnya pihak berkuasa masih belum membuat apa-apa tangkapan dan isu itu masih belum diselesaikan.

Adalah diharap pihak polis akan menyelesaikan segera kes ini. Kejadian itu sekiranya mempunyai motif politik untuk meraih sokongan baik dalam pilihan raya kecil P36 Kuala Terengganu yang akan berlangsung esok atau untuk pilihan raya kampus UM yang dijadual 19 Januari ini ia adalah tidak patut dan perlu dikutuk.

Wajar kalau semua orang mengutuk golongan atau orang yang bertanggungjawab dengan perbuatan itu seperti mana kutukan yang dikenakan ke atas Yahudi yang membunuh rakyat Palestin hari ini. Sesungguhnya si pelaku itu sama nilainya dengan Yahudi! [wm.kl 3:30 pm 16/01/09]

8 comments:

  1. ini siapa punya kerja ni letak kepala oinkoink dalam surau?.kalau benci sangat pun pada PAS janganlah sampai menghina masjid.itu tempat orang Islam beribadat.

    elok kita jangan buat tuduhan melulu.hanya orang Islam yang dah hilang akal sahaja yang sanggup buat macam tu.orang yang hilang akal mcm tu memang elok untuk diajar.

    ReplyDelete
  2. dah hilang akal ke apa orang yang buat macam tu?.benda ni kena siasat supaya kita boleh tahu siapa dalang disebaliknya.teruk dan menjijikkan.sampai macam tu sekali dibuatnya.sebelum ini ada orang BN kena benda ni tapi diletakkan didepan rumah.tapi yang ini jauh lebih ekstrim!.

    ReplyDelete
  3. Satu soalan kepada torexxx.
    Kalau orang islam yang melakukannya disebut sebagai kerja kurang ajar. Kalau bukan islam yang melakukannya, disebut kerja apa? Macam ada yang tersirat je ungkapan tersebut. Nak tuduh UMNO yang buatke?

    ReplyDelete
  4. Saudara MSO,

    Saya tidak mahu mengulas mengenai isu babi. Saya fikir saudara telah menulisnya dengan baik. Tahniah.

    Saya cuma nak komen mengenai banner kempen. Sewaktu di KT tadi, saya tak sempat nak mengambil gambar banner yang dibuat oleh PKR itu. Terima kasih kerana saudara mengambil gambar itu.

    Menarik, kerana ia meletakkan gambar Anwar di tengah. Dalam banner yang dibuat oleh PKR itu, semuanya mengelilingi Anwar yang berada di tengah-tengah dari lima wajah yang dipaparkan. Adakah ini bermaksud bagi PKR, it is all about Anwar?

    ReplyDelete
  5. Bunga raya.......
    tak da sapa yang nak tuduh sapa-sapa cuma aku heran kenapa hang yang terasa, ada orang nak tuduh kat umno....
    sapa makan cili dia rasa pedas........
    tak kira lah sapa yang buat memang dia tu laknat........

    ReplyDelete
  6. Assalammualaikum....

    salam rekreasi...

    saya yakin ramai yang terasa dan tersentak kerana perbuatan yang dilaknati Allah ini... tapi takpa.... semuanya akan kembali reda... kerana "Melayu mudah lupa"....

    emmm...dah abis baca p la sambung tidoq balik......

    ReplyDelete
  7. Salam,

    Ulasan ISU yang matang dan harus dicontohi oleh blogger muda dan berusia tidak kira berfahaman apa. Cuma agak terkilan dengan ulasan yang diberikan oleh Presiden GPMM yang cepat melatah. Beliau gagal menunjukkan sifat intelektual sbagaimana nama gabungan pemimpin mahasiswa malaysia yang digunakan. Beginikah pemimpin mahasiswa yang bakal mengambil alih kepimpinan negara suatu hari nanti?

    ReplyDelete
  8. Saya tak rasa ia kerja orang Islam. Tak mungkin orang Islam sanggup melakukan sedemikian terhadap tempat ibadat melainkan orang itu dah jauh menyimpang Aqidahnya...Wallahualam...

    ReplyDelete