Kesan Politik Masa Depan Umno
[Bahagian Kedua]
DENGAN terlantiknya Menteri Besar baru di Perak semalam, Umno kini mendapat semula kuasanya yang hilang selama 11 bulan apabila rakyat menafikan kuasa itu pada pilihan raya umum lalu. Soal kuasa itu sah atau sebaliknya, hakikatnya Umnolah mengemudi kerajaan Perak selepas ini.
Kejayaan Umno kembali semula berkuasa menerusi apa yang disifatkan satu rampas kuasa siang hari itu benar-benar mengembira dan melegakan Umno. Dengan apa yang berlaku bolehlah Umno menuntut dan mengatakan bahawa parti itu mendapat sokongan Melayu dan memulihkan semula kedudukan parti berkenaan.
Umno boleh mendabit dada kononnya parti itu sebenarnya yang diingini oleh orang Melayu Perak. Umno juga boleh berangan-angan mengatakan parti merekalah dipercayai rakyat seluruhnya. Atau Umno juga boleh mengakui partinya turut sama direstui istana apabila Sultan Azlan Shah bersetuju melantik MB dan tidak bersetuju membubarkan DUN Perak seperti mana diminta oleh Pakatan Rakayat.
Apapun Umno tidak perlu peduli. Restu dari istana adalah penting dalam konteks politik negara ini. Samada tindakan istana itu betul atau sebaliknya itu soal lain.Umno menampakkan kuasa yang mereka perolehi itu betul dengan mencari tukang-tukang untuk mencanangkan tindakan itu betul dan tepat. Banyak tukang-tukang demikian yang boleh diupah atau diberikan imbunan pangkat dan kedudukan.
Tukang-tukang itu boleh menjustifikasikan atas berbagai nama; budibicara, kebijaksanaan atau pandangan jauh Sultan.
Adat dan kepercayaan kolot orang Melayu meletakkan apa juga yang dilakukan Sultan itu betul walaupun kesalahan dilakukan itu kadang-kadang terang benderang, atau kadang-kadang pada satu masa dulu kita sendanri menetangnya dan menyokong balik atau menyetujui bila ia memberi keuntungan kepada kita.
Buku-buku sejarah mengenai kekejaman sultan atau raja-raja banyak tersimpan di arkib. Kita boleh membacanya untuk mengetahui sifat-sifat ini yang dipakai dari kalangan raja-raja Melayu, Inggeris, atau raja-raja apa jenis dan bangsa saja dari seluruh dunia.
Dari semangat Melayu, sesiapa pun gembira dengan terbentuknya kerajaan Perak yang dianggotai oleh Melayu total di Perak itu. Hanya bangsa yang tidak suka kepada bangsanya sendiri saja kalau tidak suka bangsanya menjadi kerajaan. Hanya Melayu yang hilang rupa diri dan akal budi saja tidak menyokong Melayu.
Bagaimana pun bila ada yang mempertikaikan perlantikan atau pertukaran kerajaan itu ialah dari segi teknikalnya yang dikira sangat menjijikkan dan tidak adil.
Dengan terlantiknya Adun Pangkor, Zambry Abdul Kadir itu orang Melayu Perak kini tidak perlu bimbang lagi mengenai keselamatan mereka. Hak-hak Melayu, kepentingan Islam pasti akan terbela dengan utuhnya. Soal tanah rezeb Melayu pasti akan terjaga dengan eloknya.
Projek atau kontrak kerajaan tidak akan jatuh ke tangan Cina lagi. Begitu juga dengan kawasan balak tidak lagi jatuh ke tangan Cina.
Semuanya akan dapat kepada Melayu kerana kerajaan MB yang ada kini bukan lagi menjadi boneka kepada mana-mana Cina. Mungkin dalam masa sesegeranya juga Zambry akan memansuhkan semula polisi kerajaan Pakatan yang memberi gerak tanah milik kekal kepada penduduk kampung baru seperti mana pantasnya tindakan Umno sebelum ini mempertikaikan pemberina itu.
Dari satu segi itulah yang dapat dilihat dan dirasai terhadap perubahan drastik yang berlaku di Perak itu. Memang Umno boleh bergembira dan orang Melayu boleh membuat kenduri kesyukuran dengan menyembelih unta atau gajah.
Tetapi dari sudut lain kemelut politik yang membawa perubahan kepada kerajaan itu meninggalkan kesan yang menakutkan untuk masa depan medan politik negara ini dan inilah yang menjadi masalah baru kepada Umno dan Melayu.
Kejadian di Perak itu membuka kepada dimensi hubungan atau perpaduan politik negara ini tidak baik. Mungkin kerana terlalu gembira orang Melayu tidak sedar bahawa di sebalik kemeriah dan sorak sorai Melayu Umno itu ada pihak lain yang kecewa. Hakikatnya kejayaan Umno itu dirayakan oleh Umno saja tetapi tidak oleh kaum lain. Apakah situasi ini disedari oleh Umno?
Realiti ini jelas sehingga semalam saya belum terbaca ulasan dan juga mendengar komen daripada pemimpin Cina dalam Gerakan atau MCA berhubung kejayaan Umno itu. Apakah mereka tidak ditanya atau mereka enggan mengulas atas kepentingan politik? Yang ada memberi ulasan menggambarkan mereka suka dengan apa yang berlaku itu hanya orang-orang Cina marhaen sahaja.
Apakah sikap senyap dan membisu mereka itu menandakan mereka marah. Mereka tidak setuju kerajaan Perak yang didominasi kaum Cina (DAP) dijatuhkan? Ini perkara yang sepatutnya diberi perhatian oleh Umno di sebalik sorak sorai itu.
Jelas apa yang berlaku dan dilakukan itu menyakiti orang Cina. Orang Cina berangapan seolah mereka tidak perlu diberikan peluang menjadi kerajaan menurut perlembagaan yang ada dan perlu ditumbangkan. Dalam hal ini mereka tidak mengira siapa Cina yang menguasi kerajaan Perak itu, MCA, Gerakan atau DAP? Tetapi orang Cina pasti merasa bangga kerana rakan mereka dalam DAP dapat menguasi sebuah kerajaan.
Apa yang dibayangkan Dr Mahathir Mohamad apa yang berlaku di Perak itu memberi kesulitan atau keburukan kepada BN – Umno pada pilihan raya ke 13 adalah tepat. Dapat diselami kata-kata Mahathir itu bahawa dengan apa yang berlaku orang Cina akan membenci Umno atau sokongan orang Cina kepada Umno – BN makin merosot.
Dr Mahathir boleh berkata begitu kerana beliau faham dan ada pengalaman dengan sikap politik orang Cina. Dr Mahathir pernah kalah tahun 1969 di Kota Star disebabkan orang Cina tidak mengundinya hanya disebabkan beliau berkata beliau tidak perlu undi Cina. Sejarah dialami Dr Mahathir itu seharusnya dijadikan iktibar kepada Melayu Umno.
Disebabkan keintiman masyarakat Cina itu begitu kental kesan atau rasa sakit hati orang Cina itu bukan saja di Perak. Ia tidak boleh bendung daripada menjalar di negeri-negeri lain juga. Sudah pasti Cina di Pulau Pinang akan melepas marah dan dendam dengan apa yang berlaku di Perak itu dengan memberi sokongan pada kepada kerajaan DAP Pualau Pinang.
Pada saya ini sangat bahaya bagi Umno. Politik rakus dan tidak menghormati hak orang lain dan mencerminkan ketamakan kuasa memberi kesan buruk dan kegembiraan sekejap saja. Dari segi politik jangka panjang apa yang dilakukan Umno itu tidak bijak. Dan kesan daripada tindakan ini ialah kepada Pengerusi Perhubungan Umno Perak, Mohd Najib Razak. Kerakusan Najib itu akan dilihat sebagai itulah stail dan pendekatan Najib apabila beliau menjadi PM kelak.
Dalam hal ini Najib untung dalam mengambil hati orang Melayu untuk mendokong beliau sebagai PM tetapi pada masa sama beliau telah mengguriskan hati orang Cina dengan apa yang berlaku itu. Keadaan ini seharusnya tidak berlaku menjelang beliau ingin mengambil kuasa daripada Abdullah Badawi Mac depan.
Memerhati perkembangan yang berlaku hari ini saya tidak tergamak untuk mengatakan kemungkinan dengan apa yang berlaku ini menyebabkan MCA dan Gerakan atau parti-parti Cina di Sabah dan Sarawak dan seluruh orang Cina sedang membuat homework baru dalam hubungan politik mereka dengan Umno. Tragedi rampas kuasa di Perak yang berlindung di istana itu boleh menyebabkan kaum Cina menyemak balik persefahaman politik mereka dengan Umno.
Di sini terlalu awal untuk mengatakan mereka akan membuat reform politik besar-besaran dengan memberi sokongan kepada PKR dan Pas bagi menyertai rakan mereka DAP dalam Pakatan Rakyat itu tetapi kemungkinan itu tidak mustahil.
Jadi Umno perlu insaf dan sedar hal ini kalau tidak kejayaan di Perak itu bukan memberi satu kegembiraan tetapi akan menganugerahkan kesedihan berpanjangan terutamanya kepada mereka yang bertanggungjawab di sebalik tragedi 6 Februari 2009 itu. [wm.kl. 10:00 am 07/02/09]

Melayu sahaja kah yg Allah swt cipta di dunia ini yg berhak ke atas apa yang digelar sebagai hak melayu. apakah kaum lain tidak ada hak. apakah yang harus dilakukan kepada kaum selain melayu. bunuh mereka, siksa mereka, habis dibunuh, habis disiksa apa lagi...apakah orang melayu dapat hidup dengan senang lenang di dunia ini apabila tidak ada kaum lain lagi yang hidup...bolehkah melayu maju sendiri tanpa ada sokongan dan bantuan kaum lain...CUKUPLAH JANGAN BERMAIN DGN SENTIMEN SEMPIT PERKAUMAN...kta sama sahaja makhluk Tuhan yang Esa...tak kira apa bangsa...BERSATULAH demi sebuah masyarakat yang harmoni....jgn jadi...kalau lawak lawak BODO...Kalau Bodo...Bodo Sombong...tapi tak kemana.....
ReplyDeleteSalam Pak Sayuti
ReplyDeleteSaya setuju benar dengan apa yang diperkatakan oleh Pak Sayuti.Kelicikkan menyusun strategi untuk mengambil alih kuasa tanpa memikirkan kesan jangka panjang khususnya melibatkan hubungan kaum kaum yang ada dinegara kita ini,amatlah berbahaya.
Kebanyakkan parti yang ada berasaskan kaum,maknanya mereka ini akan mengutamakan kepentingan kaum mereka dahulu,jika mereka tak untung...maka yang memerintah pula esok menanggung rugilah...yang pastinya amatlah banyak.
Pemimpin parti politik selalu lupa akan sejarah yang telah berlalu..jika kita sering menjadikan sejarah yang lalu sebagai iktibar,mungkin banyak perkara yang merugikan kita boleh dielakkan...namun macam biasalah,nasi dah jadi bubur.
Maka selepas ini,kita pakat perati tengok apa pula yang akan berlaku
Harap harap betullah kata MSO ini. YA dengan duit ,manusia pun boleh beli manusia lain.Tetapi jika kebenaran terpampang di hadapan kita,maka tak mustahil suatu hari nanti keadilan akan terbina juga di Malaysia ini. Oleh itu pihak -pihak yang mengaku mahu membela atas nama MELAYU konon,sedarlah hari ini ada mungkin makan nasi beralaskan dulang emas,perak.Tapi di suatu masa nanti anda akan sama sahaja dgn kami ,makan nasi beralaskan dulang "plastik" malah lebih teruk lagi.Oleh itu Fikir-fikirkanlah.
ReplyDeleteteman setuju dgn saudara. teman memang dah agak bangsa lain ngeri tengok kerajaan amno di perak. pure melayu. sbb tu komponen beend senyap menikus.
ReplyDeletetapi pasal keputusan Sultan teman suka tengok dari sudut lain. memang teman tak setuju. kalau ikut perlembagaan pun tak jelas kuasa sultan boleh memecat mb.
pakatan boleh menggunakan keputusan sultan ini sebagai senjata untuk menikam amno. gunakan keputusan mahkamah kes rasuah 2 adun kelak untuk menunjukkan kebobrokan amno.
semua rakyat tahu bagaimana keputusan mahkamah atas 2 adun itu nanti. gunakan untuk membuat rakyat bertambah jelik dgn amno.
mungkin ini cara sultan untuk membalas apa yg amno pernah buat pada raja2 melayu satu masa dulu.
pak sayuti,
ReplyDeletejelas apa yang dilakukan olem UMNO seperti Apa yang khir toyo buat di selangor. memberi penyapu kepada pegawai awam, satu penghinaan. menang secupak rugi seguni. menurut chedet, najib dah masuk perangkap anwar. najib acah saja untuk ahli BN masuk pakatan. yang lebih penting bukan itu hasratnya. sebenarnya anwar cuba provokasi perasan rakyat supaya lebih membenci UMNO. Tahniah anwar, takziah najis razak.
Salam..
ReplyDeleteTuan MSO
Saya ingin bertanya apakah hukumnya malanggar sumpah taat setia kepada Agama, Negara & Raja atau sultan, kerana sebelum memikul tanggujawab sebagai menteri basar sesebuah negeri atau negara itu telah dilaksanakan prorses angkat sumpah..apa yang saya dengar dan faham..Perkataan yg pertama disebut dgn nama Allah..Apakah natijahnya kalau sesorang itu melanggar sumpahnya untuk taat setia (menderhaka)
Sekadar Bertanya
Dari yg kurang pandai kepada yg lebih cerdik..
9 Pedang Fatimah r.ha. Di Ufuk Timur
Ulat&Kulat
Sebelum Pak Sayuti post artikel ini, itulah yang telah saya fikir dan sembangkan dengan rakan2 sejak semalam lagi.
ReplyDeleteSaya berpendapat, parti bersifat perkauman sudah tidak sesuai lagi pada masa kini.
TQ
assalamualaikum...
ReplyDeleteternyata dato sri najib berbngga dg apa yg belaku di perak semua atas hasil usaha dato seri yg bakal memegang jawatan no satu di malaysia...namun saya berpendapt cara yang dilakukan itu adalah tidak menunjukkan kebijaksanaan sbg seorang yg bakal memegang teraju negara..yg paling penting kesan jangka pjg yg perlu dilihat samada ia positif atau nagetif...wallahualam.
Rejim UMNO Perak dibawah pimpinan Najib sama sahaja dengan Zionis di Palestin. Mereka menggunakan cara pecah dan perintah..
ReplyDeleteApabila kita membaca komen2 daripada Menteri2 dan Pemimpin Rejim UMNO dalam isu Perak ini sungguh jelek sekali. Saya tak tahu apa jenis makhluk mereka ini. Kalau sesiapa ada terbaca ulasan daripada pengamal undang iaitu yang masuk Rejim UMNO dan menjadi menteri iaitu Tuan Azalina Othman dalam Utusan Meloya hari ini, cukup2 bengong sekali.
Beliau suruh penyokong PR terima hakikat tentang peralihan kuasa ini dan jangan dok buat bantahan. Yang rejim UMNO dok bantah Sultan Terengganu yang melantik Mat said dulu apa hal? Yang Rejim UMNO P.Pinag dok berarak depan Komptar dulu apa hal? Yang Rejim UMNO Selangor dok berarak depan SUK dulu apa hal?
Wahai Pemimpin Bo@#h, cermin2 lah diri tu sikit. Toleh kebelakang dan lihat sejarah puak2 kamu sikit. Rakyat sekarang ini berada dalam zaman IT, semua maklumat dihujung jari. Kami semua bukan lagi dok telan bulat-bulat apa yang TV dan Media Rejim UMNO siarkan.
Dalam isu perak ini Penasihat2 gila telah merosakan masa depan dan nama baik Tuanku Sultan Perak.
-NH Shah Alam-