PERJUANGAN Gerakan Memansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI - GMP) kini memasuki fasal ketiga dan lebih kritikal apabila pagi ini jawatankuasa GMP yang diketuai oleh Pengerusinya Datuk Dr Hassan Ahmad telah melangkah masuk ke lobi parlimen untuk menyerahkan memorandum kepada ahli-ahli Parlimen bagi mendesak PPSMI dimansuhkan.
Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, Presiden Pas, Abdul Hadi Awang, Ahli Parlimne Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamazah, Ketua Pemuda Pas, Sallahuddin Ayub adalah antara ahli-ahli Parlimen yang diserahkan memorandum yang mengandung 12 muka surat berkenaan yang merupakan sinopsis mengenai isu PPSMI.
Kemuncak penyerahan memorandum itu pada sebelah pagi tadi ialah kepada Menteri Pelajaran, Hishamuddin Hussein, yang tiba-tiba meminta agar jawatankuasa GMP berjumpa dengan beliau. Hishamuddin menerusi seorang pegawainya meminta Dr Hassan menemui Hishamuddin untuk menyerahkan memorandum berkenaan selepas beliau selesai menjawab soalan di Dewan.
Memorandum itu berjaya diserahkan di muka pintu Dewan sebaik menteri pelajaran itu keluar dari Dewan. Sambil menerima memorandum itu Hishamuddin dalam gelak tawa besar sambil memberi semangat agar ianya diteruskan!
Kata-kata Hishamuddin itu mempunyai konotasi, menteri pelajaran itu seolah-olah memperli usaha GMP berkenaan dan tidak mahu melayani dengan sewajarnya. Sebelum ini GPM sudah beberapa kali minta untuk berjumpa dengan menteri pelajaran itu tetapi tidak dilayani.
Apa yang diharapkan GMP kepada menteri itu semasa penyerahan memorandum kepada Hishamuddin tadi benar-benar mengecewakan ahli GMP dan pendokong bahasa yang lain sehingga seorang ahli GMP mengatakan anak bangsawan tidak layak menjadi menteri pelajaran!
Penyerahan memorandum hari ini adalah sebagai kesenimbungan usaha GMP turun padang untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matemetik dimansuhkan serta merta di mana majlis perasmiannya acara turun padang itu bermula di kompleks beli belah di Sogo dua minggu lalu. Kesanggupan GMP menjejaki tangga parlimen pagi ini juga melambangkan kesungguhan dan keprihantinan para pejuang bahasa agar PPSMI dihapuskan.
Antara tokoh bahasa dan sastera yang turut sama mengiringi Dr Hassan menyerahkan memorandu ialah Sasterwan Negara A Samad Said, timbalan pengerusi GPM, Prof Shahril Md Zain, Prof Hassan Abdullah, penulis dan pelopor pemikiran leteral, Ainon Mohd, Setiausaha Peguam Pembela Muslim, Radzi Mustafa, Hasni Abas dan lain-lain.
Satu yang sangat jelas rata-rata yang menerima memorandum hari ini adalah ahli-ahli Parlimen pembangkang saja, sebaliknya ahli Umno semacam cuba mengelak diri daripada terbabit dengan isu berkenaan. Ada juga ahli Parlimen pembangkang hanya sekadar jadi pemerhati sahaja tidak berani atau bersungguh untuk mendokong GMP.
Penyerahan memorandum itu mungkin bukan cerita hangat di parlimen padi tadi, tetapi apa yang hangat dan sempat menjadi perhatian hingga terbawa ke dalam sidang parlimen ialah bagaimana ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Mukhtar Raden ‘diserang’ oleh ahli jawatankuasa GMP berhubung ucapannya di parlimen yang menyifatkan mereka yang menyerahkan memorandum itu sebagai anasir yang cuba mengeruhkan keadaan.
Kata-kata Bung Mokhtar itu benar-benar menyinggung dan menyakit hati jawatankuasa GMP dan pencinta bahasa lain menyebabkan sebaik mereka melihat Bung Mukhtar keluar dewan mereka menyerbu ke arah Bung Mokhtar.
Kata-kata Bung Mokhtar itu benar-benar menyinggung dan menyakit hati jawatankuasa GMP dan pencinta bahasa lain menyebabkan sebaik mereka melihat Bung Mukhtar keluar dewan mereka menyerbu ke arah Bung Mokhtar.
Serbuan yang berlaku di birai kafeteria ahli parlimen itu mulanya seolah bercanda sahaja apabila ada yang bertanya mengenai rasional Bung Mukhtar yang menggunakan istilah anasir itu kepada para pejuang bahasa. “Apakah Yang Berhomat bermaksud para professor dan ahli akademik ini semua sebagai anasir jahat,” begitulah satu persoalan diajukan kepada Bung Mokhtar.
Bung cuba menjawab dan menenangkan keadaan, dengan berselindung dengan kata-kata; “semua kita sayangkan bahasa Melayu..” Tetapi belum sempat beliau meneruskan kata-kata beliau sudah diserang dengan kata-kata agak keras Bung Mukhtar sebagai kurang ajar oleh Datuk Abu Bakar Chik salah seorang ahli GMP yang begitu tersinggung dengan ucapan Bung Mukhtar.
“Yang berhormat sudah kurang ajar,” kata Abu Bakar Chik sambil menujukkan telunjuk menghampiri ke muka Bung Mokhtar dan meminta ia menarik balik. Muka Bakar Chik kelihatan merah padam dan geram.
Tidak cukup dibelasah dengan kata-kata oleh Abu Bakrt Chik Pengerusi GMP, Datuk Dr Hassan Ahmad sendiri pula mendekati Bung Mukhtar untuk kali kedua. Sebelum itu Hassan sudah dilihat menghampiri Bung Mukhtar tetapi mundur semula apabila terlalu ramai sangat mahukan penjelasan daripada ahli parlimen dari Sabah itu.
Apabila Bakar Chik mundur, Dr Hassan masuk dan menyoal Bung Mukhtar dengan beberapa persoalan termasuk sejauh manakah penguasaan bahasa Ienggeris di kalangan murid-murid sekolah di Sabah. “Apakah Yang Berthomat pandai berbahasa Inggeris?” tanya Hassan dan menyebabkan Bung Mukhtar terdiam.
Hassan juga mendesak supaya Bung Mukhtar menarik balik ucapannya yang menyifatkan GMP sebagai anasir. “Saya harap Yang Berhormat tarik balik kata-kata itu,” tegas Hassan serius. Bung Mukhtar kelihatan keberatan dan memberi jaminan akan menarik balik.
Sebaik memasuki Dewan selepas itu Bung Mukhtar yang mendapat kesempatan untuk berucap terus melaporkan kepada Dewan apa yang berlaku sekejap tadi. Katanya, “saya telah diserang di luar tadi oleh satu kumpulan. Seorang berpakai kupiah dan saya memanggilnya haji telah mengatakan saya kurang ajar,” cerita Bung Mukhtar merujukkan kepada sikap Abu Bakar Chik.
Ketika ini ahli GMP sudah pun meninggal Parlimen selepas tugasan mereka menyerahkan memorandum itu sudah selesai. Ahli Parlimen terakhir menerima memorandum itulah, Tengku Razaleigh Hamzah. Menurut Tengku Razaleigh isu PPSMI ini sudah lama diperjuangkan beliau hairan kenapa ia tidak diselesaikan lagi. [parlimen 3:00 pm 17/02/09]
saya seorang guru, pernah mengajar di pulau di negeri sabah, tahap penguasaan bahasa melayu (membaca, menulis) dikalangan pelajar sana amatlah rendah.. antara faktornya tiada galakan dirumah, inikan pula hendak mengajar sains dan matematik dalam bahasa inggeris.. sesungguhnya, PPSMI inilah yang membunuh generasi kita, generasi rakyat bung mokhtar sendiri.. tanya sajalah guru2 yang mengajar PPSMI ini, terutama sekali di kawasan kampung dan pedalaman.. betapa sukarnya para pelajar mereka hendak kuasainya..
ReplyDeleteSoalan Matematik kalau belajar pada hari ini maka hendaklah diselesaikan masalahnya pada hari ini juga. Andaikata tak paham BI akan ketinggalan lah pelajar pelajar yang tak menguasai BI.Bukan kah senang kalau di ajar Math dalam BM.Ramai kenalan saya yang belajar Math dan Sains dalam BM pada era selepas 80 an hebat hebat belaka dalam kerjaya BI mereka hebat kerana menguasai BI perlu banyak latihan percakapan dan bukan melalui Math dan Sains.
ReplyDeletesyabas kepada GMP. kepada para pemimpin bermuasabahlah diri, turun lah kebawah sebelum membuat sesuatu dasar yang mana mungkin tidak memberi apa-apa keuntungan kepada bangsa dan negara. usah dilayan ahli politik nyamuk macam bung mokhtar kearna sifatnya seperti nyamuk yang bermain-main ditelinga kita...
ReplyDelete