KEADAAN politik Perak kini semakin meruncing dan mula menyerap dan menyumak ke dalam pembuluh darah dan jantung rakyat. Kalau kelmarin dan semalam rakyat hanya memerhati dengan penuh pengharapan dan doa terhadap apa yang akan berlaku, namun sejak malam tadi suasana sudah berubah.
Apabila ketetapan sudah dibuat demikian rupa; DUN Perak tidak dibubarkan, Mohamad Nizar Jamaluddin dan Exconya diarah letak jawatan ditambah lagi dengan berlangsungnya majlis angkat sumpah MB baru hari ini menyebabkan rakyat sudah jadi histeria dan marah.
Apa yang berlaku dan dilakukan dilihat rakyat sebagai tidak adil dan kuasa dan hak mereka disia-siakan.
Malam tadi lebih 10,000 rakyat berbagai-bagai bangsa berarak dan berhimpun di kediaman menteri besar bagi menyatakan simpati dan sokongan kepada Menteri Besar rakyat itu. Sehingga jam 12:00 malam orang ramai tidak putus-putus berjajar-jajaran menuju ke kediaman Menteri Besar. Di setiap jalan menuju ke Perak pula penuh sesak dengan kenederaan untuk cuba mendekati kediaman menteri besar.
Sekiranya tidak ada sekatan jalan raya oleh polis yang menyulitkan pergerakan orang ramai sudah pasti Ipoh akan limpah dan banjir dengan manusia. Kereta daripada luar Ipoh juga semakin bertambah.
Di rumah kediaman menteri besar berlangsung upacara sembahyang hajat dan berdoa supaya keadilan dan hak rakyat dikembalikan. Ceramah kecil juga diadakan di mana Nizar dan beberapa pemimpin Pakatan memberi penjelasan dan mengulas apa yang berlaku.
Berbagai sepanduk yang menggesa supaya DUN dibubar dan mendesak supaya pilihan raya diadakan bagi memberi peluang kepada rakyat menentukan siapakah pilihan mereka. Wajah-wajah bervariasi dengan geram, marah, kecewa dan sebak. Ada kalangan hadirin yang tidak dapat menahan perasaan menangis mengenangkan apa yang berlaku.
Semua pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat, dari PKR, PAS dan DAP juga turut berada di kedimaman menteri besar. Kehadiran mereka itu memberi semangat dan keyakian kepada rakyat bahawa Pakatan masih kuat dan berpadu. Kesemua mereka yang sempat diajukan pertanyan dan meminta komentar berhubung tragedi itu mahukan supaya pilihan raya diadakan semula dan mengharap Sultan Perak bersikap adil menurut undang-undang.
Usaha mempertahan diri dan hak oleh kerajaan Pakatan Rakyat itu akan diteruskan lagi pada pagi ini di mana Nizar dijadulkan akan membuat kenyataan akhbar. Kenyataan akhbar pagi ini penting kerana ia akan menjelaskan apakan bentuk tindakan dan aksi seterusnya.
Sehingga kini Nizar masih tetap dengan keputusannya tidak akan mepelaskan jawatan Menteri Besar, begitu juga dengan anggota Exconya. Mereka juga akan bertindak memulau majlis angkat sumpah Zambry Abdul Kader sebagai Menteri Besar baru. Pemulauan itu sebagai satu tindakan tegas dan simbolik Nizar dan kesemua anggota Exco Pakatan (28 orang) ke atas Sultan Perak.
Apa yang dilakukan ini sangat bahaya dan meletakkan kemelut Politik Perak dalam keadaan semakin tegang kerana episod yang dicipta itu semakin panas dan tegang. Perbalahan kini bukan saja kepada perbuatan Umno - BN yang merampas merompak dan merobohkan kerajaan Pakatan sebaliknya sudah terlarat kepada istana.
Pagi ini Nizar dijadualkan akan membuat kenyataan akhbar di pejabat SUK bersama Exconya. Bagaimana pun harapan untuk memasuki bangunan pentadbiran itu tipis. Polis dan FRU sedang mengawal ketat bangunan berkenaan pada masa ini. Keadaan ini menyebabkan mungkin Nizar akan gagal untuk memasuki ke SUK.
Sekatan jalan raya diadakan di hampir seluruh jalan-jalan dalam bandaraya Ipoh. Ipoh yang hari-hari sebelum ceria tetapi seakan dalam berdukacita pagi ini. [d' kota kl 8:45 am 06/02/09]

Hari Yang Sedih
ReplyDeleteMengecewakan!
Saya ingin menyarankan kita jangan singgah/lalu di Behrang, Changkat Jering & Jelapang.
Lumpuhkan ekonomi kawasan ini sebagai protes tak langsung (jangan singgah makan, jangan melawat saudara mara di situ, jangan adakan apa-apa perancangan ekonomi dengan orang kat situ etc.)
Saya kurang faham dengan apa yang berlaku. Cuma saya ingin bertanya...Sekiranya misi 16 September Pakatan Rakyat berjaya, adakah situasi seperti ini tidak berlaku?
ReplyDeletePada saya, apa yang berlaku itu adalah suatu pengajaran supaya Pakatan Rakyat lebih matang.
Saya: Tak suka double standard!
Ikhlas,
PEMERHATI
aikk...? kata semalam catatan politik tempoyak terakhir..?
ReplyDeletemcm org politik juga mso nih!