Thursday, February 19, 2009

Menjenguk Perak

Tempoyak Berbau Lagi

TEMPOYAK yang hampir kering dan meleket dipinggan dan mangkuk tiba-tiba berbau kembali. Rupanya baunya masih belum terhapus, pantang kena air atau cecair ia meruap semula. Begitulah anologi yang boleh diberikan kepada apa yang berlaku dalam kancah politik di Perak kini.

Pergolakan politik di negeri itu terkuak semula ekoran tindakan speaker DUN Perak V Sivakumar telah bertindak menggantungkan Menteri Besar dan enam Exco baru selama 18 bulan daripada menghadiri sidang Dewan.

Kalau penggantungan itu berkuatkuasa dan sah ini bermakna kedudukan MB, Zambry Abdul Kadir dan Exconya itu tidak berfungsi, mereka tidak dapat menghadiri persidangan dewan. Keputusan-keputusan berhubung pentadbiran negeri yang dibawah bidang kuasa masing-masing juga tidak boleh dilakukan dan tidak akan bergerak. Bermakna kerajaan yang dibentuk 6 Februari itu adalah kerajaan boneka.

Tindakan Sivakumar itu dipertikaikan oleh banyak pihak. Para-pakar perlembagaan dan undang-undang sekali lagi terpaksa bergegas ke perpustakaan membelek semula perlembagaan dan mencari jurnal undang-undang untuk memastikan apakah keputusan Sivakumar itu betul atau sebaliknya.

Seperti biasa berlaku pro kontra. Ada pakar yang mengatakan boleh dan yang mengatakan Sivakumar tidak ada kuasa. Yang jelas vokalnya ialah di pihak UBN mencari apa saja alasan untuk menghentam dan membantah tindakan speaker itu.

Para pendekar UBN pun lompat ke pentas-pentas media cepat-cepat mengaitkan tindakan Sivakumar itu sebagai melanggar perlembagan, menghina sultan dan menderhaka. Perkataan derhaka menjadi perkataan paling banyak disebut di negeri Perak Darul Ridzuan tahun ini.

UBN sekali lagi berselindung di sebalikm istana dan meneruskan rancangan membodek raja dan istana. Tindakan UBN itu tidak memperlihatkan mereka tidak ada kekuatan sendiri untuk berhadapan dengan pihak Pakatan dan terpaksa menggunakan nama raja dan istana.

Sepatutnya UBN tidak mengaitkan nama raja dan istana. Raja dan istana bukan pisau tumpul yang boleh diacu-acukan kepada orang lain. Sikap bermainan dengan pisau tumpul adalah perangai budak kecil yang penakut dan tidak cerdik.

Sepatutnya pemimpin UBN membawa kes itu ke mahkamah. Kalau Nizar Jamaluddin boleh bawa ke mahkamah bagi menentukan kedudukannya dan keabsahan Zambry sebagai MB kenapa tidak dengan UBN. Manja sangat UBN dengan raja.

Zambry dilaporkan akan membawa soal penggantungan beliau dan Exco itu ke mahkamah. Mahu mahkamah menentukannya. Itulah cara sebaik-baiknya, bertengkar dengan menggunakan kain dan berlindung di sebalik belakang raja dan istana itu orang pengejut dan tidak dapat menyelesaikan isu itu dengan fikiran sendiri. Selagi UBN menggunakan raja selagi itu rakyat tidak akan merasa puas dan adil. Tempoyak juga akan terus berbau di negeri itu.

Biarlah mahkamah menentukannya. Selepas mahkamah membuat keputusan hendaklah diterima dan jangan pula ada yang tidak berpuas hati dan menuduh mahkamah berat sebelah dan sebagainya. Dan mahkamah dalam hal ini biarlah adil, saksama dan berjalan betul jangan pula jadi macam mahkamah beruk. Hakim jangan pakai tali macam beruk yang boleh disenjah oleh tuannya dari bawah!

Saya percaya Sivakumar tahu sejauh manakah kuasa beliau sebagai speaker. Rasanya Sivakumar bukan bodoh sangat. Kenapa beliau lakukan begitu ialah untuk mengacau kerajaan yang ada saja. Kalau orang kacau kerajaan dia, kenapa dia tidak boleh usik kerajaan orang? Sebenarnya tindakan Sivakumar itu untuk menguji sejauh mana kebijaksanaan kerajaan baru Perak itu.

Sivakumar dan Pakatan Rakyat ingin melihat bagaimana UBN menyelesaikan masalah itu dan merasai apa yang mereka rasakan kini. Maka bagi saya apa-apa tindakan bakal diambil selepas ini, adalah wajar. Biarlah pergolakan politik Perak terus bergolak dan tempoyak merebak ke mana-mana saja. Sebab semua orang di Perak nampaknya mahu orang luar tahu rahsia rahsia makanan kegemaran mereka itu. [wm.kl. 8:45 pm 19/02/09]

4 comments:

  1. Ayahanda Pakk Sayutie,
    Rasanya untuk Feb saja tuan telah menulis 47 post ....so banyak berkisar dengan negeri yang kaya dengan tempoyak tu.
    Pada hemat saya patut tuan teruskan lagi menulis kerana ketajaman tuan dan daya telahan tuan yang tajam menyebabkan tulisan tuan amat ditunggu .
    Seperkara yang menarik juga tuan "biasa" dengan sesetengah org politik dan tahu hujung pangkal diri mereka so itu satu kelebihan.
    Tapi kadang kala komen tuan hj agak bisa dan pedas kepada kem pakatan rakyat terutama pada orang PAS, tapi seperti ulasan tn Hj sendiri ...itulah diri saya...jadi kami rasa boleh terima pendapat itu sebagai pendapat yang benar dan jujur.
    Teruskan Pak Sayutie.... moga Allah memeberri kekuatan untuk membuka minda politik rakyat Malaysia amnya.

    ReplyDelete
  2. Tuan MSO,
    Sewaktu Sivakumar meminta Zamry dan 6 exco hadir didepan jawatankuasa hak dan kebebasan,Zamry telah keluarkan kenyataan bahawa dia akan dapatkan nasihat daripada penasihat undang undang negeri.Dan akhirnya kita tau beliau dan 6 exco telah hadir.Apa maknanya :
    Setelah hukuman dijatuhkan dan masing masing buat ulasan,Zamry sekali lagi berkata beliau akan bawa kes ini ke mahkamah.
    Mudah cerita,kalau arahan dan hukuman Sivakumar tidak sah macam menteri menteri dan Ketua segala menteri yang akan lepaskan jawatan pada Mac 09 cakap,untuk apa mereka hadir dan fail kes kemahkamah.

    ReplyDelete
  3. Elok bubar saja DUN pulang kepada rakyat tempoyak yang menetukan.....

    ReplyDelete
  4. salam sejahtera,
    pada pendapat saya berkemungkinan PR berbuat demikian adalah semata-mata untuk menilai dua kes yang akan diadili oleh mahkamah,pertama kes yang difailkan oleh MB Nizar dan yang kedua kes yang akan difailkan oleh MB Zambry.jenuh nanti mahkamah nak mengadilinya apatah lagi jikalau ada tuan beruk nak melepaskan beruk bagi kes-kes ini.
    segala ulasan serta analisis politik MSO adalah yang terbaik di antara penganalisis yang bertaraf profesor,wartawan tamat tempoh dan blogger perasan sendiri yang lain-lain.
    semoga MSO dapat meneruskan analisis politik untuk selamanya.

    ReplyDelete