Wednesday, February 4, 2009

Politik Tempoyak 5

Permainan 'Badminton Rubble Game' di Perak Hampir Berakhir!

ITULAH politik penuh dengan serba mungkin. Kerana demikian seninya orang politik menyebabkan sukar untuk kita percaya dan berpegang kepada kata-katanya. Orang politik boleh berkata dengan seribu bahasa yang mempunyai sejuta makna.

Hipokrit! Saya mengalami sendiri keadaan ini. Berjanji dengan orang politik bukan untuk ditunaikan tetapi untuk melihat kemungkarannya dan bagaimana mereka berdolak dalih melemparkan buah ke kaki kita.

Apa yang berlaku di Perak menjelaskan itulah realiti politik. Tidak kira siapa tidak kita parti mana Cina, India atau Melayu. Melayu pula tidak kira Melayu mana, Jawa, Banjau, Pandang, Minang, atau Kelantan dan Terengganu. Asal bernama politik itulah dia.

Tengah hari tadi saya sudah postingkan bahawa DUN Perak bukan senang untuk dibubarkan. Sumber saya memberi tahu bahawa Umno sudah mengadakan perbincangan dengan istana memikirkan keperluan-keperluan yang boleh berlaku dan perlu dilakukan. Sumber itu cukup menyakinkan kerana intergritinya.

Jadi apabila Nizar Jamaluddin telah mengumumkan DUN Perak dibubar lewat petang ini tanpa mendapat perkenan dahulu daripada Sultan Perak ia menambah sulitkan lagi keadaan untuk Pakatan Rakyat. Semisalnya kalau Sutlan tidak bersetuju tetapi diumumkan juga Dewan bubar itu membelakangkan Sultan. Raja ni pun satu hal dia ada bahasa dan lagunya sendiri.

Apakah pengakhiran dan nokhtah untuk kerajaan Pakatan Rakyat sudah tamat menjelang petang ini? Najib Razak dikatakan akan mengadakan sidang akhbar khas di pejabatnya mengenai perkembangan terbaru di Perak itu.

Dari laporan beliau akan mengumumkan kemasukan empat orang Adun menyertai Umno Barisan Nasional. Adun itu ialah Nasarudin Hisham, bekas Umno dan juga bekas PKR, Jamaluddin Mohd Radzi, Mohd Othman Jailu bekas PKR dan dan Hee Yi Fong daripada DAP.

Dengan kemasukan ini bermakna BN mempunyai 30 ahli Dewan Unangan Negeri melebih satu kerusi Pakatan Rakyat yang kini tinggal 29 kerusi.

Memerhati politik tempoyak di Perak ini tak ubah seperti menonton permainan badminton rubber game antara Misbun Sidek dengan Lee Swee King daripada Indonesia pada tahun 1982 dulu dalam merebut piala Thomas.

Satu masa Misbun memegang servis dengan mata terakhir 14 - 13 untuk memenangi game berkenaan dan seterusnya merangkul piala Thomas. Tetapi tiba-tiba bulu tangkis berubah ke tangan Lee Swee King semula dengan kedudukan 16 - 14. Kemudian bulu tangkis bertukar sekali lagi ke tangan Misbun Sidek dengan mata terikat 16 - 16 sebelum dirampas oleh Lee Swee King dengan kedudukan 16 - 16 kemudian menang dengan 17 - 16 ke atas Misbun.

Bukan main cemas sampai berpeluh dahi kita menyaksikan game berkenaan. Penuh dengan doa, penuh dengan semangat dan penuh emosi untuk melihat bagaimana salah seorangnya menang. Disaat kita merasakan Misbun memang, tiba-tiba berubah kepada Lee Swee King, dan disaat Lee Swee King nak menang ia berubah pula kepada Misbun.

Nah begitulah apa yang berlaku di Perak ketika ini, ia satu permainan (game) yang cukup mencemaskan dan memerlukan daya tahan mental dan fizikal (stamina ghaib) untuk memenanginya. Apapun sama-samalah kita tunggu dengan mempercayai almiah alam itu yang bermula pasti akan berakhir. [jln pahang 4:10 pm 04/02/09]

5 comments:

  1. pak sayuti.

    saya percaya persoalan umum bubar dulu baru jumpa sultan atau jumpa sultan dulu baru umum bubar, telah dibincangkan oleh PR. Ia merupakan keputusan tactical yang perlu dibuat.

    Melainkanlah kepimpinan PR perak tidak strategist. kedua dua tindakan itu ada pro & con nya .

    ReplyDelete
  2. Saya sangat sedih dgn perkembangan terkini. Malah apabila melihat wajah2 gembira bekas ADUN PR bersama TPM semasa sidang media ..... biarlah mereka ketawa di dunia, tapi jangan lupa di akhirat kelak .... pasti ada pembalasan walaupun berbuat jahat sebesar zarah.

    ReplyDelete
  3. Tuan MSO,

    Dalam situasi sekarang, doa orang-orang yang teraniaya terus sampai kepada Allah, tidak ada tabir yang menghalang.

    Saya mengaminkan doa-doa orang yang teraniaya itu.

    Amin! Amin! Amin!

    ReplyDelete
  4. salam...

    semakin hari semakin besar kebangkitan kuasa melayu yang di tunjukkan...

    dari isu bahasa, kepada ekonomi sehinggalah sejarah yang di gelapkan, ia semuanya berkait rapat dengan masa depan.

    meskipun melayu tidak 'memandang' apa yang masa depan 'janjikan', tapi seolah-olah segala permaianan politik kini menjelaskan bahawa 'inilah masanya melayu bersatu dan berubah'.

    kerajaan puppet tidak patut ada. berani kerana benar dan ada rahsia di balik permainan mental ini...

    wallahuaklam

    ReplyDelete
  5. Salam, Tuan MSO . Walaupun saya ini penyokong pembangkang, tetapi akhirnya kita akan mula dapat melihat kecerdikkan bakal P.M. kita yakni YAB Datuk Seri Najib Tun Razak dalam memulakan bahtera politik beliau di Malaysia ini,berdasarkan pengalaman YAB sebelum ini. Sekalung Tahniah diucapkan,semoga dapat menyumbangkan perkhidmatan terbaik dengan idea baru.

    ReplyDelete