SEMALAM selepas pulang dari menyaksikan himpunan kecil pelancaran gerakan memansuhkan PPSMI di kompleks membeli belah di Sogo, Kuala Lumpur saya bergegaskan ke masjid Al Ridhuan Hulu Kelang untuk mengikuti ceramah pendakwan dan aktvis kerohanian Indoneisa tersohor KH Abdullah Gymnastiar atau Aa Gym.
Aa Gym tidak perlu disebut lagi bagi warganegara Indonesia nama itu hampir sama hebat dengan nama-nama bekas presiden Indonesia. Aa Gym, 47 kelahiran Bandung, Jawa Barat itu mula terkenal awal tahun 90-an. Ceramahnya dihadiri puluhan ribuan manusia.
Beliau juga mempunyai pesentren Dar Al Tauhid di Bandung di mana pondok pesantren ini menjadi tumpuan rakyat Indonesia yang ingin membaiki diri dan mencari jalan menemui Allah. Pesateren ini juga salah satu destinasi pelancong dari Malaysia yang menjejak kaki di Bandung.
Selain turun ke lapangan memberi ceramah dan kuliah agama, memenuhi jemputan dalam dan luar negaranya beliau juga menulis buku dan banyak buku-bukunya yang memperkatakan soal keimanan, menjaga hati dan kaedah mendekati diri dengan Allah diterbit di Indonesia dan laris.
Kenapa ceramahnya menjadi buruan ialah cara penyampian yang bersahaja serta kelainan daripada pengisian ceramah yang kebanyakan diterapkan oleh ustaz dan pendakwa lain. Aa Gym lebih kepada memberi didikan untuk membersikan hati, memperkuatkan iman dan seterusnya mengenalikan diri untuk mengenal Allah.
Kerohanian atau tasauf (sufi) secara bersahaja ini sangat melekat dan menarik. Dalam ceramahnya Aa Gym memberi perumpamaan atau menyentuh seoal-soal yang berlaku setiap hari dalam kehidupan manusia. Contoh atau analogi yang diberikan juga mencakupi semua aspek kehidupan dan bahasa yang digunakan juga senang untuk difahami dan meliputi aktiviti kehidupan semua darjat manusia.
Aa Gym memang diberikan Allah kekuatan dan daya tarikan tersendiri ketika menyampaikan cermahnya. Beliau yang dianggap sebagai penerima ilmu laduni, seorang yang kreatif dan bijak mengolahkan atau menghurai isu-isu atau perumpamaan untuk memberi kefahaman kepada pendengar.
Setiap pendengar akan mudah jatuh hati dan menimbulkan keinsafan kepada diri sendiri serta menambahkan nilai rasa tanggungjawab sebagai hamba kepada Khaliqnya.
Malam tadi beliau berceramah atas tajuk “Hidayah Allah”. Lebih 500 hadir termasuk kaum ibu dan kanak-kanak serta remaja. Dikesempatan itu beliau menurunkan lima perkara atau rahsia untuk mencapai hidayah Allah yang boleh saya fahamkan begini;
Pertama, ialah ikhlas dengan Allah. Apa-apa perbuatan, pekerjaan hendaklah dibuat dengan niat yang betul dan ikhlas kerana Allah. Jangan peduli apa yang orang bilang kepada kita.
Kedua, redha dengan apa yang Allah turunkan atau ujian ke atas diri kita. Jangan persoalkan dan merunggut kerana sesuatu yang Allah turunkan/uji itu ada hikmah-hikmah yang tidak mudah kita fahami. Atas ujian itu bukan menunjukkan Allah zalim, sebab Allah tidak zalim kepada sesiapa pun. Ujian juga kalau tahu menerimanya ia merupakan pahala percuma dari Allah untuk seseorang.
Ketiga, berlapang dada, jangan persulitkan masalah. Setiap masalah hendaklah dianggap sebagai ujian dan jangan terbelenggu dengannya. Masalah bukan bahaya, tetapi yang bahanya ialah bagaimana menangani masalah itu. Begitu juga dengan rezeki, jangan bimbang dengan rezeki sebab semua rezeki untuk makhlukNya dijamin olehNya.
Keempat, tahu mengatur diri dalam berhadapan dengan masalah atau ujian Allah. Tidak perlu panik terhadap sesuatu musibah yang menimpa diri. Kena menerimanya dengan hati yang lapang dan tenang.
Kelima, yakin kepada Allah. Jangan menyerahkan diri kepada mana-mana kuasa tetapi serahlah kepada Allah. Allah tahu menguruskan kehidupan kita. Allah akan memenuhi janji-janjiNya kepada semua manusia. Di samping itu kita perlu banyak bertaubat dan memohon keampunan Allah s.w.t.
Ceramah Aa Gym cukup ringkas dan menyeronokkan mendengarnya. Madah-madah dan filsofi spontan yang dikemukakan sangat menyentuh hati. Diakhir ceramah selepas Maghrib selama kira-kira 40 minit itu diakhiri dengan doa menunjak oleh beliau yang sungguh menginsafkan.
Malam tadi beliau dijadual akan memimpi qiamulai di surau sebuah hotel di Ampang Jaya, Selangor. Kepada muslimin dan muslimat diacangkan agar tidak ketinggalan untuk mendengar ceramah Aa Gym di mana-mana kesempatan, cubalah kelainan dan menghayati keindahan ceramah da’i ini. [wm.kl 6:30 am 01/02/09]

semoga hidayah meresap dalam jiwa kita semua
ReplyDeleteceramah dari hati pasti akan jatuh ke hati juga..
ReplyDeleteautomatik hati hati akan pergi mencari hati suci yang bisa mengutarakan jawapan kepada persoalan.
berkat hubb dan madad melimpah di hati sanubari insan yang sudah peringkat mukasyafah.
saya sokong promosi Pak Cik Sayuti Omar..
Moga ia diberi ganjaran dengan sebaik2nya oleh Allah.
Ingat Allah Ingat Rasul Ingat Umat.
Dan ingat perpaduan Umat di zaman Rasul..
salam perjuangan membela kebenaran.
Salam saya seorang mahasiswa yg menuntut di jakarta.. memang Aa Gym merupakan seorang pendakwah yg byk menitik beratkan soal pembersihan hati... setiap pagi selepas subuh saya akan mendengar tausiah beliau di radio.. setiap ahad minggu kedua Aa Gym akan memberi tausiah bulanan di Masjid Istiqlal.... Memang sangat2 menginsafkan... rasa diri ini terlalu byk dosanya... Moga Allah bagi kekuatan kepada Aa Gym utk terus berdakwah... Yuk teman2 di Malaysia, silakan hadir jika ada tausiah beliau di mana2 di Malaysia....
ReplyDeleteSalam pertama kali,
ReplyDelete5 perkara yang diperkatakan itu memang menjadi masalah pada ramai di kalangan kita sekarang. Terutama adalah menyerahkan 100% jiwa dan raga kita kepada Allah SWT.
Keyakinan ramai di antara kita kepada Allah adalah kurang malah sangat kurang. Akhirnya jiwa menjadi tidak tenteram dan ketenangan yang seharusnya diperolehi entah ke mana.
Apa lagi ketenangan pada pemimpin yang jauh menyimpang. Hidup terus tertekan dan kejahatan dan kelalaian memimpin menjadikan mereka hidup dalam ketakutan.
Tidak perlu Allah turunkan bala yang merosakkan muka bumi. Cukup dengan menyekat rasa ketenangan pada jiwa seseorang.
Teruskan perjuangan. Yakinlah dengan 5 perkara yang dikatakan.
Terima kasih dengan entri yang manafaat.
Ya Allah... Menusuknya jiwa bila baca pesanan Aa Gym. Thanx MSO sudi paparkan 5 penawar mujarab untuk mendepani hari-hari mendatang.
ReplyDeleteIman Imtiyaz
Sg Petani, Kedah.