MENGENANG politik tempoyak di Perak hari ini di mana ada dua Menteri Besar, satu dikatakan sah dan satu lagi didakwa haram benar-benar membingungkan rakyat. Rakyat Perak mungkin ada yang pening-pening lalat ataupun sakit jiwa mengenangkan apa yang berlaku kini.
Di TV3 sekejap tadi saya melihat visual mengenai Zambry Abdul Kadir telah memulakan tugasan pertamanya dengan menemui masyarakat Cina di Ipoh. Bukan main lagi galaknya Zambry bersalaman dan berpelukan dengan masyarakat Cina.
Selepas itu disiarkan pula visual Nizar Jamaluddin sedang mengadakan mesyuarat Exco khas di kediamannya. Dalam mesyuarat itu dilaporkan diluluskan empat buah proporsal. Nampaknya Nizal sedikitpun tidak cemas dan selamba saja seolah tidak ada apa-apa yang berlaku.
Entah kenapa bila saya melihat visual mengenai Nizar bersama Exconya mengadakan mesyuarat itu, saya terkenang kepada filem Laksamana Do Re Mi arahan P Ramlee terbitan 1972. Dalam filem itu ada satu bab bagaimana kisah seorang raja dari negeri Pasir Dua Butir yang kuasanya telah dirampas Menteri Pesola menyebabkan kuasa dan negerinya hilang.
Gara-gara itu Raja negeri Pasir Dua Butir itu terpaksa melarikan diri dan berteduh di bawah sepohon pokok untuk dijadikan tempat semayam atau istana sementara bersama permaisurinya dengan dikeliling oleh beberapa orang datuk-datuk yang setia kepadanya sebagai batu asas kepada kerajaan negeri Batu Pasir Butir itu.
Bagaimana pun nasib raja Negeri Pasir Dua Butir itu baik kerana mereka didatangi oleh Laksamana Do Re Me datang membantu mereka. Dengan kekuatan dan kuasa yang sakti yang dimiliki oleh Laksmana Do Re Mi, raja negeri Pasir Dua Butir mendapat semula negerinya dan raja Pesola yang jahat dihapuskan.
Saya rasa apa yang dihadapi oleh Nizar sekarang ini tak ubah seperti nasib raja Pasir Dua Butir itu manakala lapan Exconya itu tak ubahlah sepeerti datuk-datuk yang menjadi hamba yang 'tertonggol' menjaga raja negeri Pasir Dua Butir sebagai batu asas itu.
Makanya sekrianya Nizar hendak dapatkan semula jawatan MB dan kerajaanya beliau kena cari dulu orang-orang seperti Laksamana Do Re Mi itu yang mempunyai kuasa berusur magik itu.
Do mempunyai tikar terbang, Re mempunyai teropong manakala Me ada bangsi ajaib. Hanya dengan memiliki tiga Laksamana yang sakti itu saja memungkin kerusi MB dan kerajaan Pakatan akan dapat dikembalikan semula. Wa'lahualam. Zam...zam ala kazam....[d'kota kl 8:15 pm 07/02/09]
ha ha ha ha gelak besar saya baca artikel saudara..syabas....
ReplyDeletenak cari kat mana laksamana do re me tu?. walau apapun posting saudara mempunyai nilai yang paling berguna..harap direnung sedalam-dalamnya..
ReplyDeleteLaksamana Do = YB DS Anwar Ibrahim
ReplyDeleteLaksamana Re = YB Hj Hadi
Laksamana Mi = YB Lim Kit Siang
Pak MSO, saya tergelak sorang2 membaca seloka Pak mso tu. gelak sorang2 tu tanda2 awal orang terganggu jiwanya tapi wak gelak sorang sebab baca seloka Pak Mso je.Kalau andaikata betul banyak rakyat perak yang sakit jiwa takpe lagi sebab ada Hospital Tanjung rambutan tapi macam wak ni mana nak pergi kecuali Johor ada Tampoi.
ReplyDeletesecara simboliknya begitulah keadaannya diperak sekarang. Jatuh kepada mustahil lah untuk merampas semula kerusi MB oleh PR melainkan ada kuasa magic seperti 3 Laksaman
miliki. Kalau diterjemahkan kedunia realiti kuasa magic itu tidak mustahil diperolehi cara nya dengan bekerja kuat dari sekarang untuk menguatkan parti,susun strategi yang canggih, kempen banyakan ahli dengan momentum yang ada kearah satu azam untuk memerintah Malaysia pada PRU13. Kunci kuasa adalah kerajaan Persekutuan. siapa yang menguasai Persekutuan advantage ada kat dia dalam banyak segi . Dia ada banyak option dalam mengambil tindakan. Menguasai kerajaan negeri ni tak banyak yang boleh dibuat,(rujuk Perlembagaan tentang kuasa negeri dan persekutuan) hasil pun terhad untuk pembangunan. lain lah konsep atau semangat Federalisma itu diikuti sepenuhnya.
Oleh itu kepada PR perbaharui tekad, Motivate kan ahli, penyokong , yang simpati kepada matlamat yang besar ini bahawa peti undi dan PRU13 (simbolik laksamana DOREMI tadi) adalah jawapannya tidak ada cara lain untuk merampas negeri perak . Nak lawan keputusan sekarang pada wak tak guna dan akan menggali lubang yang lebih dalam bagi PR kerana Kerajaan persekutuan ada last option. Wak boleh agak apa kesudahan nya. PR will be the loser. Fikir2 kan lah. Mengambil kata Nabil Lu Fikir lah Sendiri!
kami oang perak memang sakit jiwa tapi tak lah sampai nak ke tg rambutan
ReplyDeleteapapun saya setuju dgn pandanagan pak mat sekiranya nizar dan pr perak dengar ni eloklah...
takpe tak usah risau mike selagi ada maruah sama dgn rakyat perak yg lain akan hukum deme2 ni masa PRU ke-13 nanti - itupun kalau rakyat perak ni ingat la pasal peristiwa bersejarah ni...
apa yg berlaku memang tak boleh diterima ia adalah regime kudeta... osman dgn mamak jamal memang tak gentlmen.. kalau nak sokong umno usulkan ajalah undi tak percaya kat DUN mengatakan nizar dah tiada wibawa mentadbir perak....
apapun yg jelas demi perpaduan melayu nak taknak si zambry dan nizar kene duduk semeja mcmana nak menenangkan keadaan mungkin hati sesetengah tu sakit tapi kami ni lagi sakit mengenangkan apa yg berlaku kini di perak....
kami memang hiba....
maruah kami dipersenda sedemikian rupa....
kami dianggap seperti budak tadika yg tak tahu nak pakai seluar dimana baju dimana...
SEMOGA ALLAH MENYELAMATKAN NEGERI PERAK DAN RAKYAT...
DAN INSTITUSI RAJA DARI SESETENGAH RAJA DAN SULTAN YANG FIKIR PERUT SENDIRI AJE....
firdaus,
k.kangsar
Assalamuaikum wbt.
ReplyDeleteSdr Mso.
Saya ingin menarik perhatian saudara tentang pergolakan politik di Perak. Pada pendapat saya, kemelut yang berlaku berpunca daripada sikap dan ketamakan akan kuasa baik umno mahupun pas. Ketamakan kuasa jelas apabila masing-masing enggan melakukan pengorbanan suci ke atas jawatan MB. Secara umumnya nilai politik yang diamalkan iaitu kuasa rakyat atau pilihan rakyat sepatutnya menjadi asas dalam pembentukan kuasa. tetapi perlembagaan jelas memberikan kepada mana-mana pihak yang ada majoriti mudah untuk menjadi menteri besar. Pada hemat saya, tndakan yang dilakukan oleh Sultan Azlan mencerminkan kebijaksanan baginda dalam membuat keputusan. Sepatutnya tidak perlu tunjukperasaan atau tindakan derhaka yang berlaku dalam konteks ini. Saya percaya bagi rakyat malaysia yang percaya bahawa kebenaran itu akhirnya akan menang. Kebijaksanaan perlu dilakukan oleh PAS dan PKR bagi mendapat semula kuasa. Itu bukan mustahil. Pas pernah menang dan kalah sehinggakan pada waktu dahulu Pas pernah hampir berkubur apabila tewas dalam pilihanraya. Tetapi berkat kegigihan dan kebijaksanan pemimpin akhirnya Pas bangkit kembali. Tanpa adanya tunjukperasaan atau pun demonstrasi. Menderhaka pada Sultan sebenarnya tidak memguntungkan pas yang mewar-warkan penjuangan islamnya kecuali pas itu sendiri dikuasai oleh tangan-tangan ghaib PKR . kecuali hanya untuk memuaskan nafsu amarah sahaja. Hari ini bukan berakhirnya pas di Perak tetapi bermulanya satu perjuangan bagi mendapat kuasa yang lebih baik di masa hadapan. tindakan tunjukperasaan dan derhaka sebenarnya menampakan sikap sebenarnya perjuangan pemimpin pas iaitu mementingkan kuasa bukannya berjuang menegakkan islam. Pada hemat saya berhentilah Datuk Nizar dalam perjuangan untuk menjadi menteri besar tiada faedahnya. Ramai ulama-ulama tersohor dahulu menolak jawatan semata-mata untuk menegakkan syiar islam teladan ini sepatutnya dihormati oleh Datuk nizar. Kembalikan perak seperti asalnya , orang yang benar akhirnya akan menang. kuasa wang bukan selama-lamanya akan mengkaburi rakyat.
sekian.