Tidak Akan Lari Gunung Dikejar
SAYA merasakan baik juga SPR melewatkan dua pilihan raya kecil Bukit Gantang, di Perak dan Bukit Selambau di Kedah. Kedua pilihan raya itu diadakan serentak pada 7 April sementara hari penamaan calonnya pada 29 Mach. Nampaknya keputusan SPR ini tidak berapa disenang oleh pihak pembangkang.
Inilah tempoh pilihan raya kecil paling lewat diadakan selepas kerusi diistyharkan kosong. Kerusi parlimen Bukit Gantang kosong kerana penyandangnya, Roslan Shahrom meninggal dunia manakala DUN Bukit Selambau kosong apabila penyandangnya V Arumugam telah mengosongkan kerusi berkenaan.
Pembangkang, Pakatan Rakyat kalau boleh mahu kedua pilihan raya itu disegerakan. Bagi pembangkang mood dan isu politik yang masih panas sehari dua ini iaitu pergolakan politik di Perak dikira akan berpihak kepada mereka. Pembangkang mahu menjadikan mood sebagai modalnya.
Umno sehingga ini tidak memberi apa-apa komen berhubung tarikh itu. Mungkin Umno senang kalau pilihan raya itu dilewatkan. Isu dan gelora yang ada sekarang ini perlu disejukkan dulu. Jika ianya dilaksanakan ketika isu masih panas mungkin peluang Umno Barisan Nasional - UBN untuk menang sukar.
Bukan itu saja Umno juga sibuk dengan proses pemilihan pemimpin pada Mach ini. Pertandingan dalam parti itu sedikit sebanyak memberi kesan kepada kempen di kedua pilihan raya berkenaan.
Gara-gara kelewatan itu Pakatan Rakyat menuduh ianya disengajakan kerana untuk memberi nafas ke pada Umno. Timbalan Presiden PKR Syed Husin Ali mengatakan keputusan SPR itu berpihak kepada UBN.
Kalau tuduhan itu benar ia tidak asing sebenarnya. SPR walaupun badan bebas tetapi kebebasannya tidak mutlak. Mereka selamanya akan berpihak dan bias kepada UBN selagi UBN menjadi kerajaan. Kalau hendak tunggu SPR adil nantilah Pakatan Rakyat memerintah negara ini!
Bukankah SPR sebelum ini dikategorikan sebagai komponen BN yang ke 16 atau ke 17. Sebagai komponen BN sudah pasti SPR akan melakukan apa saja untuk kepentingan UBN.
Bagaimana pun bagi saya kelewatan itu ada baiknya juga. Biarlah suasana di Perak tenang dan pulih dahulu. Pakatan Rakyat tidak perlu merasa garun dan takut untuk menghadapi kedua pilihan raya itu. Kalau mereka lebih baik daripada UBN mereka tetap akan disokong.
Sekiranya apa yang berlaku di Perak itu - rampasan kuasa, tidak mememuhi kehendak hati pengundi mereka akan memilih calon Pakatan. Mereka akan terjemahkan dalam peti-peti undi di kedua-dua kawasan pilihan raya itu kelak. Tugasnya sekang ini Pakatan perlu perkuatkan parti, susun jentera pilihan raya bagi menghadpai BN dengan penuh persiapan.
Ada baik sesuatu keputusan itu dibuat dalam keadaan hati dan jiwa yang tenang. Biasanya keputusan yang dibuat dalam suasana tenang ia mencerminkan kebenaran. Kalau dibuat dalam keadaan amarah sedang terbakar akhirnya nanti keputusan itu rosak juga. Kalau pun menang tetapi kemenangan itu akan hancur juga akhirnya.
Kes ini samalah kita meletakkan calon yang dikira boleh memberi kemenangan tetapi tidak mengambil kira kritria-kritria lain seperti peribadi, keazaman serta keimanan yang tebal kepada seseorang calon. Jika mereka menang sekalipun disebabkan kerana mereka bukan seorang yang dipilih atau disaring dari dengan sebaik memberi masalah akhirnya.
Apa yang berlaku ke atas Adun Behrang dan Changkat Jering itu sepatutnya menjadi pengajaran paling baik dalam membuat pemilihan calon. Kali ini atau di masa akan datang Pakatan atau mana-mana parti saja harus benar-benar mengenali latar belakang calon masing-masing untuk tidak dikhianati.
Berbalik kepada tindakan SPR yang lewat untuk mengadakan pilihan raya di Bukit Gantang dan Bukit Selambau itu dan dikatakan menunggu selepas Umno selesai mengadakan pemilihan, Mac ini, hendaklah diterima. Biarkan Umno menyelesaikan urusan rumah tangga mereka. Pembangkang harus terbuka dan gentelman dalam soal ini. Berhadapan dan berlawanlah dengan dalam keadaan mereka siap sedia.
Bukankah pembangkang itu berani dan yakin? Jadi jangan peduli apakah pilihan raya itu cepat atau lambat pembangkang tetap akan mempertahankan kedua kerusinya itu. Jangan bimbangkan kalau keputusan SPR itu merupakan strategi, kerana kalau Pakatan menampilkan calon yang baik dan benar-benar berjuang untuk rakyat, mereka akan tetap disokong walaupun ditindas dan ditekan.
Tidak akan lari gunung dikejar. [wm.kl. 1:45 t hari 14/02/09]
ya...
ReplyDeletelambat pun ok jugak...
nnt boleh buat persediaan yg kemas dan mantap....
kesian pd geng2 depa tu tak cekap buat kerja.....
PR insyaAllah akan menang dua-dua PRK...