Tuesday, March 24, 2009

Berita Umno 1

Usaha Halang Najib Jadi PM Hingga Kesaat Akhir

[kemaskini 2] HASRAT untuk menghalang perhimpunan agung Umno gagal dan perhimpunan akan berjalan seperti biasa apabila dua ahli Umno, Mazlan Harun dan Kadar Shah Sulaiman Shah bercadang akan membuat injuksi itu selepas selesai perhimpunan agung.

Perkembangan ini memberi laluan kepada Umno untuk terus mengadakan perhimpunan agung Umno seperti yang dijadualkan. Mereka berdua telah pun menemui pihak ROS dan telah mengemukakan berbagai bukti untuk tujuan itu yang akan dikemukakan kepada mahkamah sebagai bukti injuksi.

Dengan ini ura-ura perhimpunan agung Umno yang melibatkan pemilihan kali ini terganggu tidak akan menjadi kenyataan. Secara automatik juga pelan peralihan kuasa dalam Umno akan berjalan seperti biasa dan Najib dijangka akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke- 6 dengan selamat sebaik selesai perhimpunan agung Umno ini. [the mall 6:30 pm]


SUMBER rapat dengan dua anak negarawan, Mazlan Harun dan Kadar Shah mereka kini sedang berjalan menuju ke pejabat pendaftaran pertububuhan (ROS) untuk mengemukakan bantahan agar ROS menghalang perhimpunan agung Umno yang akan bermula esok.

Tambah sumber berkenaan menjelang jam 3:00 petang keputusan akan diperolehi sama usaha dua anak negarawan itu berjaya atau pun tidak.

KALANGAN ahli Umno yang tidak bersetuju dengan Najib Razak menjadi Perdana Menteri akan berusaha habis-habisan hingga ke saat-saat akhir. Tindakan dua ahli Umno Mazlan Datuk Harun dan Kadar Shah Sulaiman Shah akan membuat aduan kepada Pejabat Pendaftaran Pertubuhan (ROS) petang ini merupakan usaha terakhir.

Aduan itu bagi ROS menghalang perhimpunan agung Umno yang akan bermula secara rasmi esok. Hanya dengan cara menghalang perhimpunan sahja yang boleh melambatkan peralihan kuasa sepenuhnya antara Abdullah Badawi dengan Najib.

Aduan kepada ROS itu antara lain berhubung kebenaran pihak pengurusan Umno kepada dua ahli yang dikenakan tindakan oleh Lembaga Disiplin parti menghadiri perhimpunan itu, iaitu Khairy Jamaluddin yang juga bertanding sebagai ketua pemuda dan Ali Rustam yang dihalang meneruskan hasratnya bertanding timbalan presiden.

Difahamkan aduan juga dibuat berhubung dengan wujudnya kira-kira 40 orang ahli Umno yang dikenal pasti sebagai muflis tetapi dibenarkan menghadiri perhimpunan berkenaan.

Kedua-dua ahli Umno itu yang sebelum ini bercadang untuk membuat injuksi menghalang perhimpunan itu sekiranya pihak pengurusan Umno tidak menyelesaikan siasatan berhubung kes rasuah dalam parti itu semasa persidangan peringkat bahagian dulu.

Sekiranya petang ini ROS memandang sepi kepada duan Mazlan dan Kadar Shah ini bermakna usaha terakhir bagi menghalang Najib menjadi perdana menteri gagal. [d'kota kl 9:00 am 24/03/09]

No comments:

Post a Comment