TIGA jam sebelum Menteri Kewangan, Mohd Najib Razak membentangkan bajet mininya di Parlimen jam 4:00 petang ini, berlangsung satu peristiwa diluar jangka yang penuh tandatanya, iaini Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi duduk serumah dan makan tengah hari bersama Anwar Ibrahim.
Peristiwa bersejarah ini berlaku di Madrasah Nurul Iman, Hulu Langat, Selangor. Abdullah dan Anwar sama-sama hadir pada majlis sambutan Maulid Rasul dan Sambutan Tamat Latihan Kerohanian 40 tahun Syeikh Mahmud Al-Majzub, dan menjadi tetamu kehormat mundir madrasah berkenaan.
Kehadiran Anwar hari ini memang dinanti-nantikan oleh kira-kira 1,000 hadirin dan para jemputan termasuk para ulama dari Asia Tenggara, sebaliknya kedatangan Abdullah secara tiba-tiba itu benar-benar mengejutkan dan di luar jangka.
Abdullah dijangka hadir ke madrasah berkenaan esok untuk merasmi persidangan dan pertemuan para ulama. Kehadiran Abdullah lewat tengah hari ini menjadi tanda tanya sebab pada waktu sama jemputan khasnya ialah Anwar Ibrahim.
Abdullah tiba lebih awal dari Anwar, iaitu jam 12:18 tengah hari manakala Anwar bersama isterinya, Wan Azizah Ismail tiba kira-kira 20 minit kemudian.
Kedua mereka dibawa naik ke rumah Syeikh Mahmud untuk makan tengah hari sama-sama.
Abdullah dan Anwar berada di dalam rumah berkenaan lebih 1 jam setengah. Mereka keluar dari rumah berkenaan untuk mendirikan solat Zohor bersama jam 1:40 petang.
Abdullah dan Anwar berada di dalam rumah berkenaan lebih 1 jam setengah. Mereka keluar dari rumah berkenaan untuk mendirikan solat Zohor bersama jam 1:40 petang.
Difahamkan semasa di dalam rumah Syeikh Mahmud, pertemuan enam biji mata berlangsung antara Abdullah, Anwar dan Syeikh Mahmud. Satu perundingan juga dikatakan berlaku dengan Syeikh Mahmud menjadi perantaranya!
Semasa mendirikan solat Zohor kedua mereka duduk di saf pertama di mana Abdullah berada di sebelah kanan, Syeikh Mahmud manakala Anwar berada di sebelah kiri Syeikh Mahmud.
Selepas solat Zohor, Abdullah diminta memberi ucapan ringkas begitu juga Anwar bagaimana pun Anwar tidak berucap. Dalam ucapannya Abdullah menjelaskan sesuatu yang baik itu kalau didoakan ia akan menjadi kenyataan. Selepas selesai solat Zohor dan ucapan ringkas kelihatan Abdullah dan Anwar bersalaman dan masing-masing melemparkan senyum.
Pertemuan dan gelagat kedua pemimpin itu benar-benar mengejutkan para hadirin dan jemaah. Masing-masing tertanya-tanya dengan peristiwa berkenaan kerana ianya dikatakan bukan dirancang oleh sesiapa tetapi mempamerkan keadaan yang sungguh menyenangkan orang ramai.
Orang ramai begitu bangga dan puas dengan pertemuan kedua mereka yang dlihat sebagai bermusuhan selama ini dan diharap dapat berdamai untuk kebaikan negara, bangsa dan agama.
“Apa yang berlaku hari ini adalah sejarah, dan kita harap ianya jadi!” begitulah komen salah seorang ahli jawatankuasa madrasah berkenaan enggan menjawab apakah kedatangan kedua mereka sudah dirancang dan apakah yang dimaksudkan 'jadi' itu?
Abdullah meninggalkan madrasah berkenaan kira-kira jam 2:15 minit petang manakala Anwar jam 2:50 petang kedua-duanya dijangka menuju ke Parlimen untuk mendengar pembentangan bajet mini oleh Najib.
Ulasan dan analisa lanjut mengenai peristiwa ini akan menyusul selepas ini. [h langkat 3:45 pm 10/03/09]
Assalamualaikum dan selamat petang.
ReplyDeleteSaya setuju dengan pendapat tuan bahawa pemimpin-pemimpin hari ini kerap menjatuhkan hukuman ke atas sesuatu perkara tanpa menggunakan akal budi. Saya kira yang kerap menjadi pertimbangan mereka ialah apakah tindakan itu akan merugikan mereka yang telah mendapat kontrak, atau adakah ia merugikan pihak yang terbabit dengan PPSMI itu. Saya fikir Hisamuddin lebih takutkan Mahathir daripada rakyat. Dia belajar daripada peristiwa Pak Lah membatalkan pembinaan jambatan Malaysia-Singapura, yang akhirnya menjadikan Pak Lah dikritik secara terbuka oleh Tun Mahathir. Segala kelemahan Pak Lah dibongkar habis-habisan walhal Tun Mahathirlah yang telah memilih Pak Lah menjadi penggantinya. Dalam hal PPSMI, Mahathir dan gerombolannya terus membisu.
Kalau dikaji secara jujur, guru-guru di sekolah amat menentang pelaksanaan PPSMI ini, tapi apakah kerajaan mendengar rungutan dan keluhan mereka? Inilah sikap dan perilaku pemimpin hari ini. Mereka umpama raja dalam zaman feudal. Keputusan mereka adalah muktamad. Saya sudah jenuh dengan pemimpin kita hari ini. Saya percaya jika orang Melayu dan rakyat Malaysia tidak mengubah senarioini maka tidak mustahil bahasa Melayu terus malap dan berkubur.
Assalamu 'alaikum,
ReplyDeleteSebenarnya, Syaikh Mahmud pernah dijemput oleh Pak Lah ke Putrajaya bagi mendapatkan nasihat. Manakala Anwar pula sememangnya sering mendapatkan pandangan daripada Syaikh Mahmud. Syaikh Mahmud bukan orang politik dan tidak percaya kepada politik berparti.
Semasa Anwar di dalam penjara, saya turut menyertai menghantar kad ucapan kepada Anwar. Dan yang selalu dicadangkan, Anwar hendaklah selalu berkomunikasi dengan para ulamak lagi ahlullah. Dua orang yang pernah saya syorkan, iaitu Tuan Guru Haji Salleh Penanti dan Syaikh Mahmud Al-Kedahi.
TG Haji Salleh sekarang telah bermukim di Makkah dan hanya sekali sekala pulang ke tanahair. Saya sendiri pernah saksikan, Anwar bergegas datang untuk berjumpa dengan TG Haji Salleh Penanti semasa kepulangan beliau ke tanahair. Peristiwa ini berlaku di sutau perhimpunan umat Islam di Masjid Jame Bdr Baru Seri Petaling, Kuala Lumpur.
Semoga era para ulamak dan ahlullah memimpin umara' akan semakin semarak!
Wassalam.
Assalamua'laikum,
ReplyDeleteJika ia adalah merupakan perhimpunan ulama' mengapa TG Nik Aziz dan TG Hj Hadi tidak di jemput. Malah lagi ramai Tuan2 guru di Kelantan dan Kedah yang komited memperjuangkan Islam. Adakah Tuan2 guru yang terlibat dgn politik ini tidak qarib dengan Allah?
AKU MENGHARAPPKAN SESUATU YANG BAIK UNTUK UMAT ISALM, NEGARA MALAYSIA BANGSA MELAYU, BANGSA MALAYSIA DAN SEMUANYA.
ReplyDeleteSYEIKH TELAH MANJALANKAN TUGASA DENGAN BAIK.
SYEIKH MAHMUD SEORANG TERKENAL DI NEGARA INDIA
Semoga para pemimpin dunia Islam bersatu dibawah asuhan ulama' sufi dalam mengembalikan kegemilangan Islam di akhir zaman.
ReplyDeleteSalam...
ReplyDeleteSaudara MSO tahniah atas ulasan saudara dlm Siasah.
Semoga dapat mendedahkan lagi biografi Syeikh Mahmud Al Majzub dan ulama2 Agong yg berperanan besar di era Kebangkitan Islam ini didada akhbar2 alternatif spt Siasah.
Moga tulisan saudara dapat menyedarkan ahli2 PAS yg begitu membenci Syeikh Mahmud.Kenali dan cintailah orang2 yg mencintai Allah dan rasul.