Thursday, March 12, 2009

Foto Istimewa

Majlis Makan Tengah Hari Yang Kontroversi

KATA orang sekeping gambar menyimpan seribu makna. Gambar adalah aksi yang menterjemahkan hakiki objek yang dipaparkan. Gambar tidak boleh berkata-kata namun sebenarnya dialog dalam gambar itu tetap ada. Terserah untuk membina dialog sendiri atau sekadar merenung dengan akal yang bijak.

Di bawah ini dipostkan enam keping gambar yang terpilih daripada puluhan keping gambar yang sempat dirakamkan semasa kehadiran Abdullah dan Anwar di madrasah Nurul Iman kelmarin kelmarin. [wm.kl 9:15 am 12/03/09]


Selepas Pak Lah meninggalkan madrasah Nurul Iman
giliran Anwar untuk berlalu kira-kira dua minit kemudian.
Maka selesailah acara makan tengah hari.

Anwar menjenguk dimuka pintu rumah Syeikh Mahmud
sebaik saja Pak Lah turun untuk pulang.

Pak Lah memberi post istimewa, kelihatan ceria dan
seronok dengan keadaan sekeliling sebaik turun dari rumah
Syeikh Mahmud. Mungkin Pak Lah benar-benar kenyang!

Pak Lah dihantar Syeikh Mahmud turun untuk pulang
selepas berada dalam rumah selama lebih satu jam
untuk makan tengah hari yang kontroversi!


Disebalah kanan (cerah) kasut Anwar manakala
disebelah kiri pula kasut Pak Lah. Kasut-kasut lain
adalah pendengar dan mata yang sahih mengenai apa
yang berlaku. Carilah tuan-tuan kasut berkenaan
untuk mengetahuin apa cerita sebenarnya.

Pintu rumah Syeikh Mahmud ditutup rapat, tetapi tidak berkunci.
Di dalamnya ada Pak Lah dan Anwar sedang makan tengah hari.

Dr Wan Azizah, isteri Anwar turut sama naik ke rumah Syeikh
Mahmud. Sayang sedikit Jeanne isteri Pak Lah tidak
hadir kalau tidak suasana lagi meriah.

13 comments:

  1. Salam,

    Saya rasa pertemuan itu tidak kontroversi, cuma pemerhati saja yg meletakkan tagline kontroversi.

    ReplyDelete
  2. Salam MSO,

    kontroverse ke tidak, memang INILAH SITUASI MALAYSIA hendaknya SITUASI ORANG MALAYSIA.

    Kalau lain ideologi, tak boleh jumpa langsung, kalau jumpa, PELEK rasernya.....

    Cam Bola gaks, mana boleh duk dekat2, gaduh sakan orang Melayu di Malaysia nih...... Kalau Liverpool lawan Manchester pun kekadang orang Melayu kita yang terover nak gaduh.... keh3....

    Harap, situasi macam nih berubah di Malaysia, lepas Pilihanraya, sama-sama membantu antara satu dengan yang lain.... JANGAN JADI BARUA UDAH......

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Pohon kebenaran untuk menggunakan photo "bersujud ke kiblat yang sama" untuk diletakkan dalam blog peribadi saya.

    Terima kasih

    Adam Yew Abdullah
    http://damsithoh.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. Yelaa..nak heran sgt pun takler jugak, kat lobi parlimen si NAZRI tu dahlah hisap rokok sama-sama ngan org pr pastu siap mkn semeja lagi ngn semua org pr, masa prk Kuala Terengganu dorg mkn kat restoran yg sama Anwar n the geng ada dan org-org kuat umno boleh salam-salam, xde hal lagi boleh gelak-gelak..

    ReplyDelete
  5. Saya yakin jikalau terdapat suasana yang lebih dari sekadar gambar, tentu dalam blog ini bertimbun-timbun pengadu-dombaannya. Gambarpun dijadikan modal untuk mencari pergeseran sesama umat. Nama MSO sepatutnya lebih membawa kita umat islam kearah akhlak penulisan yang lebih mulia dan bermaruah tinggi.

    ReplyDelete
  6. Askm sdr sayuti,

    apakhabar.harap sdr sihat.masih ingat saya jamilkucing. kita pernah berurusan dahulu. saya gunakan foto-foto sdr di blog saya.

    tk

    ReplyDelete
  7. untuk mencari tuan punya kasut nampaknya kena cari sabarudin tukang kasut. kasut kanan menghala ke kanan manakala kasut kiri menghala ke kiri.keduanya berlainan haluan dan tidak pula duduk atas permaidani. manakala kasut-kasut dibawah tak tentu hala sehingga ada tiada pasangannya...adakah ini gambaran sebenar

    ReplyDelete
  8. Salam MSO,

    Bagi saya orang yang paling penting di situ ialah Pak Syeikh Mahmud, mesti beliau seorang yang cukup istimewa sebab pemimpin negara boleh merujuk kepada beliau dan nampak begitu menghormati Pak Syeikh Mahmud, hingga dua pemimpin parti yang bermusuh boleh datang ke rumah beliau dan memberi nasihat pada Pak Lah dan Anwar.

    Saya juga lihat Pak Syeikh tu cukup merendah diri orangnya, mempunyai penampilan yang sederhana dan saya merasakan mesti beliau seorang yang cukup istimewa..hingga dikenali oleh VIP dalam dan luar negara.

    Kalau boleh saya nak tahu juga siapa sebenarnya Pak Syeikh Mahmud. Suke tengok style Pak Syiekh...

    ReplyDelete
  9. tuan

    1. rasanya tiada agenda istimewa pertemuan tersebut.

    2. mungkin tukang atur pertemuan tersebut merasakan kedua dua pemimpin ini perlu mendengar pandangan dari guru tersebut.

    3. kalau pak lah dan anwar nak bincang sesuatu pun, tak perlu susah-susah, melalui telefon pun rasanya mereka boleh berdilog sehari semalam.

    ReplyDelete
  10. Pemimpin yang hebat sepatutnya merasakan bahawa pertemuan yang tidak disengajakan ini adalah satu pertemuan yang dijanjikan oleh Allah swt utk kebaikan. Maka, rapatkanlah silaturrahim selagi masih belum terlambat.

    Semoga ianya akan membawa kebaikan kepada kedua-dua belah pihak.

    Sekian.

    ReplyDelete
  11. Salam MSO...
    bagus la mcm tu... lepas ni rumah sape plak nak anjurkan mkn tengahari sebegini lg? Kita semua mgharapkan yang terbaik untuk semua.

    ReplyDelete
  12. Salam MSO,

    Kalau ada agenda untuk kebaikan umat melayu/islam apa salahnya!

    saya tetap sokong usaha ini....

    Shamsul KL

    ReplyDelete
  13. Salam,
    Semalam (Jumaat) saya balik ke Penang melalui MAS. Saya dapati Syeikh Mahmud menaiki penerbangan bersama saya ke Penang.

    Pagi tadi (Sabtu), semasa hendak pulang ke KL, saya nampak Pesawat Airbus milik Kerajaan Malaysia di Penang. Biasanya Pak Lah yang naik kan? Adakah pertemuan susulan diadakan di Penang?

    Dimanakah Anwar smlm dah hari ini?

    Salam

    ReplyDelete