4:45 Para himpunan berkumpulan semula di pekarangan masjid negara selepas masing-masing bercemperaian lari setelah ditembak dengan gas pemedih mata. Berhampiran masjid negara sebuah kereta polis dipecahkan cermin bahagian belakang. Himpunan dilaporkan selesai kira-kira jam 5:00 petang.
3: 08 lapor Hamdan, polis juga telah membenarkan empat orang anggota GMP, Hasni Abbas, Ainon Mohd, Dr Zhahrir Md Zain dan seorang lagi untuk memasuki ke Istana bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.
Bagaimana pun sebagai keempat mereka ingin memasuki ke Istana mereka disekat atas alasan Sasterawan Negara, A Samad Said dikatakan telah pun memasuki ke Istana untuk menyerahkan memorandum. Keempat mereka sudah berpatah balik manakala orang ramai sedang menunggu perkembangan selanjutnya.
Di hadapan pintu pagar Istana para wartawan dan jurugambar masih menunggu, menanti A Samad Said selesai menyerahkan memorandum berkenaan.
3:05 pm FRU mengawal ketat Istana Negara di semua arah. Sekumpulan himpunan masih terkandas di bawah jambatan menuju ke Istana Negara gagal untuk merempuh halangan polis. Polis juga terus melepaskan tembakan gas pemedih mata bagi menghuraikan kelompok-kelompok kecil orang ramai yang ingin bersatu semuala untuk meneruskan perarakan.
Setakat ini, lapor Hamdan seorang ahli, anggota Unit Amal telah ditangakap di hadapan pintuk besar Istana Negara.
2:30 pm Polis sudah mula bertindak ke atas perarakan himpunan dengan melepaskan gas pemedih mata ketika himpunan menghala dari persimpangan ke Pasar Seni hendak menuju ke istana negara.
Para himpunan kini berpecah dan berselerakan masing-masing menyelamatkan diri. FRU membena halangan bagi menyekatkan para himpunan menuju ke istana negara.
Pengerusi GMP, Dr Hassan Ahmad dihalang sewaktu di masjid negara lagi. Walaupun anggota himpunan berbincang dengan pihak polis namun Hassan tidak dibenarkan berarak ke istana.
Tindakan melepaskan gas pemedihan mata lebih 10 das itu bagi menyuraikan para himpunan daripada meneruskan hasrat mereka berhimpun di hadapan istana.
PERARAKAN membawa memorandum untuk mempertahankan Bahasa Melayu ke Istana Negara sudah pun bermula. Kini lebih 5,000 bersiap sedia untuk membuka langkah menuju ke istana. Orang ramai berhimpun di perkarangan masjid negara sejak tengah hari tadi.
Walaupun keadaan di masjid negara dikawal rapi oleh polis, namun ia tidak menakutkan orang ramai untuk menghampiri rumah Allah itu bagi menyatukan diri untuk bergerak ke istana negara.
Buat masa ini polis tidak melakukan apa-apa tindakan ke atas para himpunan selain daripada memantau. Di beberapa tempat yang menjadi destinasi himpunan di Sogo dan Pusat Seni juga kedapatan kenderaan polis.
Perarakan sudah mula bergerak.... [mn.kl 2:00 07/03/09]
Salam Tuan MSO,
ReplyDeleteIsteri saya merupakan seorang guru. Menurut beliau, PPSMI ada pros & cons nya. Tapi, PPSMI ini seperti juga PLKN yg hanya menguntungkan sebilangan kecil kroni2 shj tanpa memberi faedah kepada umum. Pelajar sekolah tidak faham konsep Sains yg sebenar. Apabila guru menerangkan konsep Sains tersebut di dalam Bahasa Melayu, pelajar akan lebih senang memahami. Jika tujuan PPSMI untuk meningkatkan kemajuan Bahasa Inggeris dikalangan anak melayu, sepatutnya Sains & Math diajar dalam Bahasa Melayu tetapi Bahasa Inggeris perlu ditambah bilangan waktu pembelajaran. Sains & Math merupakan pengetahuan, bukannya bahasa!