MAKIN lama saya melihat Umno Kelantan semakin kecil. Kekecilan ini menyebabkan Pas menjadi makin besar. Pas menjadi berani kerana Umno penakut! Apakah masalah Umno Kelantan? Apakah Umno Kelantan tidak ada semangat dan kekuatan? Begitu takutkan kepada Tok Guru Nik Aziz Nik Mat? Umno Kelantan mempercayai mitos yang mereka fikir sendiri bahawa Kelantan tidak akan dapat ditawan selagi ada Nik Aziz. Apakah Nik Aziz keramat?
Dan apakah selepas Nik Aziz Pas tidak akan kuat? Siapakah yang boleh mengatakan Pas Kelantan akan hancur kalau tidak ada Nik Aziz? Pas bukan milik Nik Aziz. Di zaman Asri ada mitos mengatakan Pas akan lemah kalau Asri tidak ada. Ternyata mitos itu tidak benar. Ironisnya Asri bukan saja meninggalkan Pas tetapi akhirnya menyokong Umno. Ternyata Pas jadi lebih kuat.
Pas tidak akan mati selagi ahlinya berpegang kepada aqidah perjuangan asalnya. Pas bukan hidup kerana pemimpinnya, tetapi kerana hidup disebabkan ahli komited dan bersemangat. Pas akan mati kalau pemimpinnya cuba merosakan Pas dengan menyuntik idea-idea sekular seperti mana Umno lakukan. Pas bukan kuat kerana keperibadian seseorang.
Berbalik kepada masalah Umno Kelantan, apa yang sudah menimpanya? Makin lama Umno makin kecil. Pemilihan baru ini membuktikan Umno Kelantan makin terhakis, terpinggir dan tidak ada semangat. Umno Kelantan tidak dihormati lagi. Nampaknya penghromatan sanjungan yang Umno Kelantan pernah terima dulu kini berpindah ke Sabah. Umno kini menghormati kepada Umno Sabah.
Dari mempuyai tiga pemimpin peringkat tertinggi (MT) kini ada tinggal dua orang saja pemimpin di MT dari Kelantan. Pada masa dulu Umno Kelantan gah dengan kedudukan Tengku Razaleigh Hamzah dan Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail sebagai Naib Presien Umno atau pun Hussein Ahmad sebagai Ketua Penerangan. Umno Kelantan juga boleh gah bila Annuar Musa pernah bertanding jawatan ketua pemuda Umno.
Hari ini tidak ada seorang pun pemimpin dari Kelantan yang menduduki jawatan tertinggi itu. Semuanya takut dan menjadi phobia dengan Nik Aziz di samping tidak pernah habis berkubang sesama sendiri.
Nasib baik Mustapa Mohamed (foto) mendapat undi terbanyak meraih 2,259 undi. Kemenangan besar itu dapat dijadikan ubat dan penawar kepada Umno Kelantan. Seorang lagi calon MT dari Kelantan (bakal MB Kelantan yang tidak menjadi), Awang Adek Hussein dari berkedudukan dalam lingkungan top ten kini merundum ke nombor 21, hampir-hampir tergelincir. Calon muda Sazmi Miah pula tidak termasuk book langsung.
Apakah kerana Awang Adek tidak dapat jadi MB dan Sazmi Miah kalah dalam pilihan raya maka mereka tidak diberikan kepercayaan lagi oleh Umno? Kalau kalangan Umno sendiri tidak memberi sokongan apa lagi dengan rakyat Kelantan. Jawabnya dalam pilihan raya-pilihan raya seterusnya kalah lagi Umno.
Apa pun pada kesempatan ini diucapkan tahniah kepada Mustapa Mohamed (Stopa Mamat) kerana berjayaan mendapat undi terbanyak. Barang kali selepas ini Mustapalah pula akan diharap untuk memimpin Umno sekali lagi. Hendaknya Mustapa berani buat perubahan dan keputusan seperti mana yang disarankan oleh ahli Umno. Carilah penasihat yang tahu politik dan ligat berfikir sikit orang-orang seperti Sabree Shafe Kadok misalnya.
Perubahan itu juga termasuk attitude dan cara Mustapa berkerja daripada seorang pegawai kerajana kepada seorang politik. Ini adalah peluang akhir bagi Mustapa untuk menunjukkan kemampuan. Kebetulan pula pada masa ini Tok Guru Nik Abdul Aziz juga sudah tidak begitu bertenaga lagi bolehlah Umno mula mengenali seterus barunya.
Begitu juga samseng politik Kelantan juga kini sudah berada dalam keadaan serba tidak kena. Samseng ini kali ini tidak akan dapat berperanan untuk mana-mana pihak kerana dia sudah jadi seperti penghidap kusta yang dibenci oleh semua orang. Inilah masanya untuk Mustapa membina semula Umno Kelantan bagi menyangi Pas. [wm.kl. 12:00 t/hari 27/03/09]
Untuk menyatakan UMNO Kelantan lembek atau penakut sekadar kerana Kelantan dikuasai PAS tentunya satu omongan yang berlapikkan kuasa itu satu kejayaan.
ReplyDeleteApa salahnya PAS untuk menjadi kerajaan negeri walaupun hingga kiamat, itu sama impian dengan UMNO dan itulah yang dikejarkan oleh Pakatan.
Memadai UMNO Kelantan terus benar, amanah dan ikhlas dalam membantu orang Melayu Kelantan terus maju dan gagah, hiasailah Kota Bharu sesuai tarafnya sebagai Bandaraya Islam
Binalah semakin banyak jalanraya terbaik hingga ke pelusuk kampong, binalah sebanyak mungkin sekolah dan baikilah semua surau dan masjid dan banyak lagi yang perlu dibuat sehingga Kelantan adalah yang terbaik dan tersohor walaupun di bawah kepimpinan PAS.
Jangan minta, ungkit dan merayu untuk menjadi kerajaan, lakukan semuanya itu sehingga rakyat sendiri memilih UMNo untuk menjadi kerajaan.
Bersabarlah walupun 1000 tahun lagi.
tahniah dato pa mdpt undi yg tertinggi...semoga anak2 kelantan akan terus mju dr segenap segi...ekonomi dan akhlak..apa salahnya jika pas dan umno kelantan sama2 memajukn kelantan walaupn brbeza dr segi politik demi untuk kepentingan anak2 kelantan.itulah yg diimpikn oleh rakyat kelantan.wallahualam.
ReplyDelete