SEKONYONG-KONYONG Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat melemparkan pandangan supaya pemilihan pucuk pimpinan Pas dibuat secara syura. Syura bermakna pemimpin bukan dipilih secara demokrasi oleh ahli tetapi diputuskan secara majmuk (kolektif) oleh satu majlis berdasarkan rukun-rukun tertentu. Ringkasnya pemilihan secara musyawarah bukan undi dari akar umbi.
Walaupun syura bukan perkara baru tetapi pandangan secara tiba-tiba oleh Nik Aziz itu mengeletek minda juga. Pada masa Pas kini sedang digerakkan ke arah liberal dan menerima pendekatan pragmatif (demokrasi sepenuhnya) tiba-tiba beliau mahu Pas praktikan syura.
Walaupun sistem demorkasi dianggap adil namun prosesnya ia sering menerbitkan perkara-perkara tidak sihat. Akan berlakunya lobi melobi perwakilan agar memilih pemimpin tertentu. Kerana itu menyebabkan ada pemimpin yang tidak sempurna untuk menjadi pemimpin terpilih hanya kerana dia aktif menjalankan lobi ataupun galak membelanja para perwakilan dan rajin mengirimkan SMS baik sendiri atau menerusi agennya.
Manakala menerusi syura lobi melobi tidak diterima. Apa yang diutamakan ialah keimanan dan keilmuan seseorang itu. Sejauh mana ia beriman menjaga syariat Allah dan juga terhindarnya dari dosa-dosa kecil dan dosa-dosa besar. Mereka yang berperangai seperti lempar batu sembunyi tangan, berpolitik seperti kucing timbus tahi, berfikir secara sendirian, tidak tahu menghormati ketua dan menunjuk pandai sendiri tidak layak diangkat menjadi pemimpin, malahan awal-awal lagi orang seperti ini harus dibuang.
Menerusi sistem demokrasi perkara-perkara demikian tidak dapat ditapis dan dinilai kerana ia selalu mengutamakan kepada retorik para pemimpin yang ditonjolkan dalam pidato dan juga pemikirannya. Pemimpin sebegini juga kuat berteori (berangan) daripada berpijak di bumi nyata.
Dalam Islam pemikiran saja hebat tidak cukup kalau watak dan perwatakannya seseorang itu culas, liar dan bersifat mementingkan diri. Keperibadian atau syaksiah sangat diutamakan dalam Islam.
Pas sebagai sebuah parti yang berlandaskan Islam sangat sesuai kalau pemilihan pemimpin dilakukan secara syura sebab ia akan menggunapakai kriteria-kriteria tadi yang jelas dan nyata mengenai kemampuan dan kesesuaian seseorang itu menjadi pemimpin kepada harakah Islam.
Bagaimana pun apabila keafdalan syura itu tiba-tiba dilontarkan oleh Nik Aziz, ia menimbulkan sedikit persoalan. Kenapa baru sekarang beliau menunjukkan jalan itu? Ini di tambah dengan perkembangan sebelum ini menyebabkan timbul tanya soal kecil. Dengan martabat dan mulut masinnya kalau Nik Aziz mencanangkan dari dulu pasti ia sudah diamalkan.
Pada tahun 2005 kaedah syura pernah dicadangkan untuk dilaksanakan semasa pemilihan pemimpin waktu itu. Seorang tokoh ulama progresif Pas, Dr Haron Din yang ditunjuki supaya menjadi timbalan presiden Pas menyatakan kesediaanya memikul tanggungjawab sekiranya kaedah syurga diterima pakai.
Namun ketika itu sepakat menolak kaedah itu dan mahu pertandingan berjalan seperti biasa, secara demokrasi. Kerana itu Haron Din terlepas untuk memegang jawatan itu. Beliau sudah menegaskan kalau ada pertandingan beliau tidak akan menyertainya walaupun beliau diingini menjadi timbalan presiden Pas.
Kurang diingiti apakah Nik Aziz ada menyuarakan pandangannya mengenai syura ketika itu? Jika tidak, apakah motifnya beliau menyuarakan agar syura dilaksanakan kali ini.
Beliau telah memberi alasan syura perlu bagi mengelakkan berlakunya perselisihan dalam Pas. Apakah Tok Guru itu dapat menghidu apa yang berlaku dalam Pas ketika ini? Bahawa ada satu golongan yang ingin "kudeta" dan menguasai Pas sepenuhnya mengikut citarasa mereka bagi memudahkan mereka membawa Pas menjurus kepada keyakinan politik mereka? Begitukah?
Ataupun cadangan itu dibuat kerana ada lidah yang menjeler kepadanya demi mengekalkan status quo hirerki kepimpinan Pas yang ada hari ini. Bahawa ada orang yang mula tidak yakin dia akan dapat mengekalkan kedudukannya hari ini di mana "eksperimennya" sudah memakan diri maka ia harus berselindung disebalik syura?
Bagaimana pun pada prinsip cadangan dan pandangan Nik Aziz itu wajar diberi perhatian oleh ahli Pas seluruhnya. Walaupun Pas kini sedang bergerak ke arus perubahan pendekatan dan strategi matlamat menghalalkan cara, namun soal-soal pemilihan pemimpin perlu dikawal. Yang jelasnya sistem demokrasi di luar akan menyerap masuk ke dalam Pas yang lama kelamaan ia mereputkan keunggulan Pas sebagai parti Islam. [wm.kl. 8:00 am 06/03/09]
salam tuan..
ReplyDeletebaik demokrasi mahupun syura, kedua-duanya bukan penyelesaian dalam erti kata 'untuk menyelesaikan' selagi akidah dan keikhlasan dalam diri tidak diubati. akan ada pandangan sinis yang menepis kebaikan dan keberkesanan syura kepada mereka yang berkepentingan (seperti yang berlaku dalam UMNO sekarang). persoalannya sekarang, 'mampukah' hati dan jiwa rakyat Malaysia (tanpa mengira fahaman politik)berhadapan dengan sistem politik yang jelas dapat mengurangkan politiking seumpama syura ini? wallahuaklam.
AsSalam
ReplyDeleteTuan MSO, saya seorang penjengok setia laman blog tuan. Minta beri pandangan berkenaan tindakan Pesuruhjaya Kehakiman, Ridwan Ibrahim (RI). Apa yang dinyatakn oleh RI cumalah mengeluarkan perintah melarang Speaker Dewan Undang Negeri (DUN) Perak V.Sivakumar daripada mengadakan sebarang sidang DUN yang tidak mengikut undang-undang, bukannya mengatakan sidang yang telah diadakan dibawah pokok sebagai tidak SAH. Ayat yang dinyatakan oleh RI adalah mempunyai maksud yang berbeza. Jadi jika sidang DUN selepas ini masih mengikut undang-undang hatta di dalam tandas sekalipun ianya masih SAH.
Salam, mso,
ReplyDeleteSaya setuju pandangan dan cadangan Tok Guru Nik Aziz. Kemelut politik juga berpunca daripada sistem demokrasi untuk memilih pemimpin yang diimport dari sistem Barat.Banyak kelemahannya. Sudah sampai masanya sistem syura digunakan. Kita mahu negara ini dipimpin oleh pemimpin yang berasaskan keimanan, keikhlasan, dan berkhidmat untuk rakyat.Sekian.
Salam MSO,
ReplyDeleteSaya setuju dengan pandangan TGNA.
Pemilihan pemimpin secara syura semakin diperlukan di masa sekarang. Walaupun telah ada permintaan awal dari Prof.Dr Harun Din, namun menurut apa yang saya faham, TGNA mengambil kaedah Tadarruj dalam melaksanakannya.
Idea baru yang mahu diterapkan walau prinsipnya sudah tersedia lebih 1400 tahun, langkah Tadarruj tetap relevan diamalkan. Ia menunjukkan keindahan syariat Islam itu sendiri yang tidak menggalakkan 'clorox' digunakan untuk menyental baju.
TGNA memang sedia dikenali dengan sikapnya yang berhemah itu.
elok la tu...
ReplyDeletekan MSO nak tengok seseorang tu tidak lagi menjadi pemimpin pas. namun kita sering kali mempersoalkan keikhlasan dlm apa jua tindakan orang lain tetapi keikhlasan sendiri dalam menulis blog perlu dinilaikan dulu...
Pak Sayuti,
ReplyDelete>>Walaupun Pas kini sedang bergerak ke arus perubahan pendekatan dan strategi matlamat menghalalkan cara....
ini adalah tuduhan yang amat berat. Satu asas perjuangan wadah Islam ialah matlamat tidak menghalalkan cara.
Saya tidak pasti samada ini tuduhan emotional pak sayuti atau pak sayuti ada bukti yg kukuh.
apa yg perlu masa ini ialah kalau ada pemimpin pas yg 'over', seperti penyalahgunaan kuasa etc, perlu didedahkan kerana mereka akan merosakkan perjuangan suci tersebut.