Apakah Motif Rais Sebenarnya?
SEMASA menyampaikan penerangan berhubung isu-isu semasa di Angkasapuri hari ini Menteri Luar, Dr Rais Yatim menonjol dan menghuraikan Raja-Raja Melayu dan Yang Di-Pertuan Agong ada tiga kuasa unit yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapa dan kuasa itu adalah hak mutlak Duli-Duli Raja dan Yang Di-Pertuan Agong.
Tiga kuasa itu katanya, i) berhubung perlantikan Menteri Besar bagi Sultan dan perlantikan Perdana Menteri bagi Yang di-Pertuan Agong, ii) soal membubarkan Dewan Undangan Negeri bagi Raja-Raja manakala pembubaran Dewan Rakyat bagi Yang di-Pertuan Agong dan iii) berhubung mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu dan juga bersangkutan soal-soal adat istiadat dan agama Islam.
Menurutnya mana-mana pihak tidak boleh mempersoal ke atas ketiga aspek itu kerana ianya adalah hak mutlak Raja-Raja dan Yang di-Pertuan Agong.
Secara umum Rais menimbulkan perkara itu bagi memberi kefahaman kepada orang ramai berhubung isu dan juga persoalan mengenai status dan kuasa Sultan dengan apa yang berlaku di negeri Perak dewasa ini.
Apa yang ingin dijelaskan Rais, Sultan mempunyai kuasa yang tidak boleh dicabar oleh mana-mana pihak dan tindakan Sultan Azlan melucut jawatan Nizar Jamaluddin dan melantik Zambry Abdul Kadir itu adalah benar.
Bagaimana pun jika dipadankan kepada senario yang berlaku dalam Umno dewasa ini, penjelasan dan penegasan Rais itu seolah-olah bersifat serampang dua mata. Rais bukan saja ingin menjelaskan kepada rakyat yang tidak faham dan buta mengenai kuasa sultan di Perak dalam soal melantik Menteri Besar dan kuasa memecatnya dan sebagainya, tetapi beliau juga persis ingin menyampaikan mesej kepada Umno sendiri.
Apakah penjelasan itu ada kena mengena dengan desas desus atau teori yang disebarkan secara senyap kini kepada orang ramai kini berhubung perlantikan Perdana Menteri apabila Abdullah Ahmad Badawi berhenti nanti!
Ada teori dan hipotesis mengatakan tidak semestinya kalau Abdullah mengosongkan kerusi PM beliau akan diisi oleh Mohd Najib Razak secara automatik. Peralihan kuasa dan jawatan itu terletak di atas perkenan Yang di-Pertuan Agong dan bukan Umno seperti mana jawatan presiden Umno.
Mengikut teori itu saat inilah nanti Yang di-Pertuan Agong berkuasa untuk menamakan sesiapa saja uantuk menjadi Perdana Menteri yang mendapat kepercayaan Parlimen. Dalam hubungan ini disebabkan Umno - BN memperolehi majoriti sesiapa yang mendapat kepercayaan parti itu dan setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong dialah berhak menjadi Perdana Menteri.
Dalam erti kata sebenarnya tokoh itu tidak semestinya Mohd Najib Razak walaupun timbalan perdana menteri itu disebut dan ditunjuk oleh Abdullah. Abdullah tidak ada kuasa mutlak bagi menentukan sesiapa sebagai perdana menteri. Kedudukan ini jelas dalam perlembagaan persekutuan.
Dalam hal ini ada mengatakan seorang tokoh lain akan dipilih untuk menenuhi jawatan berkenaan. Yang di-Pertuan Agong berhak membuat pilihan itu dan memberi perkenan kepada sesiapa saja. Adapun sebab-sebab kenapa Najib dikatakan tidak akan dipilih sebab-sebabnya seperti kebanyakan disebut orang.
Apakah sekiranya takdir ini berlaku kelak orang-orang Umno khasnya yang mendokong Najib sedia untuk menerima dengan seadanya. Tidak akan ada protes dan kritikan atas pilihan Yang di-Pertuan Agong kelak seperti mana segelintir rakyat Perak tidak mahu mengikhtiraf perlantikan Zambry Abdul Kadir?
Dalam hal ini apa yang dijelas dan ditegaskan Rais berhubung kuasa Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja itu semacam ada undang di sebalik batu. Ianya bukan sengaja suka-suka melontarkannya melainkan untuk dihayati dan sedia berhadapan sekiranya sesuatu yang di luar dugaan berlaku.
Sekiranya diingatkan kepada sejarah masa lampau, Rais adalah orang yang sepasukan dengan Menteri Penerangan, Ahmad Shabery Chik iaitiu menteri tempat Rais menyampaikan syarahan menjelaskan kuasaa-kuasa berkenaan. Mereka juga adalah bekas pemimpin tertinggi Parti Semangat 46, Rais ialah timbalan presiden manakala Shabery adalah Ketua Penerangan.
Apakah penjelasan mengenai kuasa Raja-Raja dan Yang di-Pertuan Agong itu satu agenda ataupun berlaku secara tidak sengaja yang semuanya dilakukan penuh ikhlas untuk memperkukuhkan Umno?
Kerana politik itu perlu ditafsirkan dengan menggunakan banyak kitab dan ditilik dengan berbagai cermin sakti maka persoalan ini terpeta di minda kita. Mungkin tujuan Rais menjelaskan mengenai kedudukan kuasa Raja-Raja dan Yang di-Pertuan Agong yang unit itu ada motif tersirat. Apa? [wm.kl. 8:20 pm 04/03/09]

When someone make an explaination, you ask for motive? Ada kah Tuan akan bertanya begitu pada setiap orang - Hj Hadi, Nik Aziz, Kit Siang, Karpal, Guan Eng dll.
ReplyDeleteUntuk adil, Tuan perlu bertanya motif pada setiap orang yang keluar kenyataan. Husnu Dzon.
MRSM Kalae Chepo 66/73
Tuan teori ini seperti akan menjadi kenyataan bilamana PakLah telapun melantik penasihat agama baru walhal tempohnyahanya sebulan. Kemungkinan juga ada pemimpin lain yg sedang diperhatikan oleh Agong untuk mengisi jawatan Wahid negara ini. kita hanya merancang, namun pilihan teerbaik dari Allah jua. Wallahuaalam.
ReplyDeleteSalam Tuan Haji MSO,
ReplyDeleteDS Najib mungkin akan diangkat menjadi pemimpin No 1 parti UMNO Mac nanti, namun tidak semestinya diangkat menjadi pemimpin No 1 kerajaan. Bukankah politik itu seribu satu kemungkinan? Kemungkinan tuah Tengku Razaleigh diangkat YDP Agong untuk mentadbir Malaysia kerana politik itu memang seribu satu kemungkinan.
Wasalam.
Salam.
ReplyDeleteScra ikhlsny,saya berdoa moga Najib tidak kesampaian menjadi PM kita. Saya tidak dapat gambarkan apa yang akan berlaku bila seorang yang memiliki rekod yang diragui menjadi PM. Saya berkata bukan kerana saya orang PAS, tapi kerana fakta yang saya yakin ramai rakyat Malaysia sudah sedia maklum tentang Najib. Tidak masuk akal jika kita nak kata semua tuduhan yang dipalitkan pada Najib adalah fitnah. Takkanlah pokok bergoyang kalau tiada angin. Kalau Najib mahu bersihkan namanya, benarkan semua tuduhan ke atasnya disiasat. Kenapa takut disiasat jika dia dipihak benar. Jika dia terus berkeadaan begini, terus menafikan segala yang diperkatakan padanya, selagi itulah rakyat tidak akan yakin padanya.
Sekian pendapat saya. Semoga Malaysia akan selamat di bawah kepimpinan pemimpin yang ikhlas.
sultan terengganu telah menolak perlantikan semula idris jusoh sebagai Menteri besar pasca PRU-12 , berdasarkan rekod buruk beliau kepada rakyat , jadi tidak mustahil ini akan berlaku pada Dato' seri NAjib !!
ReplyDeleteAssalamualaikum tuan,
ReplyDeleteMungkin tuan terkejut, nama saya mathew. Saya sebenarnya seorang mualaf. Saya memang ahli UMNO tetapi bukan kerana saya ahli UMNO, maka saya menyokong segala tindakan pemimpin UMNO yang menyalahi dari segi nilai dan moral. Saya ingin berkongsi pendapat bahawa ramai juga dalam kalangan ahli UMNO yang tidak suka dengan tindak-tanduk pemimpin UMNO. Kalaulah teori ini benar dan Najib tidak menjadi perdana Menteri, kamilah orang yang paling gembira. Ahli UMNO biasa yang tidak ada nilai projek, kedudukan atau pangkat. Bila masuk UMNO pada tahun 1993, kami cuma mahu UMNO mentadbir negara dengan baik. Peranan DSAI pada masa itu, menjadikan saya dan rakan-rakan melihat UMNO sebuah parti yang hebat. Tapi hari ini nampak sangat pemimpin-pemimpin UMNO ni terlalu kotor, rasuah dan kurang bermoral. Kalau Parti PAS ada cawangan di daerah Tenom ini, sudah lama saya menyertai pas kerana tidak mahu bersengkongkol dengan dosa-doas pemimpin-pemimpin UMMNO.
Marilah kita merenung diri secara jujur.
ReplyDeleteKepada pendukung umno/BN khususnya, luangkan masa sejenak,dua tiga saat mengenai peringatan kata-kata Allah dibawah ini.
KEWAJIBAN BERLAKU ADIL DAN JUJUR.
Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendurung kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adil lah, kerana adil itu lebih dekat kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. Surah-Hidangan (Al-Maa-idah) - ayat 8.
kalau nak diperkatakan tentang semangat 46 maknanya tengku razaleigh lah yang sesuai jadi PM
ReplyDeletemungkin beliau...
malah MSO sendiri pun sukakan beliau tak gitu...
majid
ku li memang sesuai jadi pm
ReplyDeletebelaiulah satu-satunya tokoh umno yang masih ada maruah diri....
saya yakin Tuanku YDP takkan buat silap sperti sultan perak buat....
firdaus,
k.kangsar
kenyataan rais yatim itu kalu dicantumkan dengan kenyataan tuan guru haji hadi macam selari pulak...
ReplyDeletetuan guru ada menyatakan mengenai unity government..adakah ini hint awal untuk pas bersetuju dengan perlantikan tokoh umno lain seperti ku li untuk menjadi perdana menteri lalu pas akan bergabung dengan ku li untuk mengukuhkan sokongan ku li
seterunya pas memujuk dsai dan pr untuk bersama2 dalam unity government tersebut..atas alasan perpaduan melayu dan kaum..
satu idea yang hebat oleh tuan guru dan pas terengganu.. perlu diingat, YDPA pun sultan terengganu dan shaberi cheek pun dari terengganu...