Tok Guru Nik Aziz Mungkin Dikelirukan?
MUNGKIN saya silap, tetapi saya tidak percaya kalau Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak faham atau begitu lemah untuk membezakan di antara kerajaan campuran dengan unity government – kerajaan perdamaian/perpaduan.
Ia bunyi sama tetapi sebenarnya berbeza. Sebagai seorang ulama dan bertaraf mursyidul, Nik Aziz tentu sekali arif mengenai isi dan pengertian istilah ini. Mursyid ialah orang yang arif dalam ilmu keagamaan, bijaksana, fatanah dan mampu berijtihad sendiri.
Tok Guru juga tahu bahawa ada perbezaan atau faraknya antara kerajaan campuran dengan unity government. Kerajaan campuran (dalam konteks ini Pas dengan Umno) kedua parti itu bergabung membentuk kerajaan dengan tujuan untuk berkuasa atau mendapatkan kuasa. Itulah fahaman secara mudah mengenai kerajaan campuran walaupun natijahnya lebih besar dan bermanfaat dari itu.
Manakala unity government seperti mana dilontar dan cuba difahamkan Presiden Pas Abdul Hadi Awang – untuk mendapat feed back bagi mengagaskan kerajaan perpaduan yang tidak ada pembangkang.
Maksud perwujudkannya untuk menenangkan keadaan bagi membolehkan kerajaan dan pembangkang sama-sama memberi fokus kepada menyelesaikan masalah semasa rakyat yang terdesak seperti ekonomi, keselamatan, sosial dan lain-lain. Unity government bukan bermaksud untuk mendapatkan kuasa atau berkuasa atau gila kepada kuasa, namun sama-sama berusaha mencari kebaikan bersama.
Ertinya kerajaan perdamaian ini, (dalam konteks ini UBN) disokong oleh pembangkang. Pembangkang itu bukan bermaksud Pas saja tetapi termasuk juga PKR, DAP dan bebas. Tanpa pembangkang bergabung secara langsung dengan mereka. Lebih mudah lagi pembangkang tidak akan membangkang seperti hari ini melainkan akan membangkang jika kerajaan UBN tergelecah dari dasar-dasar yang tidak boleh dipersetujui Pas mengikut ideologi parti-parti pembangkang. Kalau Pas tentulah yang tergelecah daripada Quran, Hadis dan Ijmak Ulama itu. Maknanya sekiranya kerajaan itu menentang hukum Allah ia tetap akan ditentang.
Abdul Hadi tentu ada asas dan hujahnya untuk melontar idea demikian. Beliau tidak saja-saja syok sendiri tetapi menyelongkari sejarah silam dan berpegang kepada mana-mana sirah. Apakah beliau melontar formula itu selepas melihat kepada semangat perjanjian Hudaibiyah yang pernah ditanda tangani antara orang Islam dan orang kafir Makkah?
Umum sedia maklum perjanjian Hudaibiyah yang dilaksanakan di bawah pokok di Hudaibiyah itu memberi keuntungan bersama antara orang Islam dan bukan Islam. Dengan termeterainya perjanjian itu menyebabkan orang Islam dibenarkan memasuki Makkah tanpa membawa senjata kecuali yang bersarung.
Dengan termenterainya perjanjian itu orang-orang Islam dapat semula berjumpa dengan sanak saudara mereka di Makkah yang terpisah sebelum itu.
Perjanjian itu juga membuka ruang kepada kedua pihak untuk merancang dan membangun perpaduan dan kemajuan untuk kepentingan bersama atas semangat insan sejagat. Dalam erti kata lain perjanjian itu menguntungkan kedua pihak walaupun bukan atas sifat selama-lamanya hanya 10 tahun saja.
Mungkin atas semangat dan intipati perjanjian Hudaibiyah inilah maka Abdul Hadi mendapat ilham untuk melontarkan ideanya itu. Itu pun bukan untuk diterima tetapi untuk dibincang secara lumat terlebih dahulu. Tidak ada maksud beliau cuba menolak konsensus yang diambil pada muktamar di Ipoh pada tahun lalu berhubung pembentukan kerajaan bersama Umno.
Jelas maksud, falsafah dan hikmahnya terlalu mudah. Rasanya ahli peringkat bawahan yang meligamkan kitab sejarah Islam tahu akan segala ini. Tetapi kenapa Nik Aziz seakan begitu complicated untuk mengerti atau rumit cuba memahami formula Abdul Hadi itu?
Lebih malang lagi kata-kata yang dikutip daripada Nik Aziz oleh media massa berhubung perkara itu menunjukkan penentangan totalnya kepada pandangan Abdul Hadi itu. Sekali lagi saya merasakan bukan begitu sebenarnya sikap Tok Guruku itu tetapi melainkan kenyataannya digetus demikian rupa oleh media massa untuk menampakan berlaku perkidasan fikrah antara keduanya.
Nik Aziz juga tidak payah lagi mengulangi sikap dan pendiriannya yang serik dengan Umno. Perulangan menampakkan keegoannya sebagai ulamak. Sikap ini adalah sikap konsistennya sejak dulu. Orang Pas juga terima pendirian tidak mahu dipatuk ular bernama Umno dua kali. Rasanya orang Pas tidak begitu benak untuk memahami ini. Abdul Hadi Awang juga rasanya tidak begitu babil untuk bersedia dipatuk ular bernama Umno sekali lagi walaupun ada orang Pas yang nampaknya senang berjinak dengan ular lain yang pernah dua kali mematukPas.
Secara perbadi saya beryakinan penuh Tok Guru Nik Aziz bukan tidak memahami hasrat dan maksud Abdul Hadi itu. Beliau faham kerana mereka dari mazhab sama dan membaca sejarah sama! Tetapi kenapa berlaku pertentangan ini saya nampak kerana ada salah faham dalam memahami perkara ini, itu saja.
Kemungkinan Nik Aziz tidak membaca sendiri pandangan Abdul Hadi dan hanya mendengar kupasan daripada orang lain. Kalau ini berlaku ini silap Tok Guru Nik Aziz. Sepatutnya beliau panggil Abdul Hadi untuk mendapat penjelasan menyeluruh. Apakah menjadi satu dosa untuk beliau memanggil Abdul Hadi bagi meminta penjelasan dulu sebelum membuat kupasan umum?
Perkadasan ini timbul mungkin juga ia disengajakan ataupun Tok Guru memahaminya dari penjelasan yang silap. Saya tidak percaya kalau beliau mendapat taklimat sebenar mengenai unity government itu beliau akan komen dengan begitu keras sekali sampai membangkitkan yang beliau ada nakhoda Pas.
Saya rasanya beliau sengaja diberikan maklumat yang salah untuk membolehkan Tok Guru berkenaan membelasah presiden Pas. Ada tujuan dan gunanya kalau Mursyidul Am membelasah Presiden Pas. Apa yang hendak ditonjolkan dengan situasi itu presiden sudah tidak popular dan mempunyai pandangan selari dengan Mursyidul Am Pas. Inilah yang nampaknya dicari dan diharapkan atas kesengajaan itu!
Persoalan di sini, kalau Tok Guru tidak faham dan jelas mengenai unity government itu, dimanakan para penasihatnya? Apakah para penasihat politiknya khususnya setiausaha politik tidak menjelaskan duduk perkara sebenarnya? Ataupun setiausaha politik memang jahil mengenai hal ini ataupun memang sengaja memberi penjelasan yang salah atas sebab-sebab tertentu misalnya disudah dirasuk sang oportunis!
Elok kalau setiausaha politik Nik Aziz itu tampil memberi penjelasan sebenarnya tentang sejauh manakah kefahamannya mengenai unity goverment ini bagi mengelak timbul salah tanggap kepada kerja-kerjanya. Perlu. [wm.kl. 4:00 pm 21/03/09]
Salam hormat !
ReplyDeletePertamanya apa yang hendak kemukakan ini adalah secara pandangan peribadi semata,namun demikian jika ada butir butir yang bolih dibuat pengiktibaran maka saya amat mengalu alukan.
Terlebih dahulu mari kita lihat sejauh mana kefahaman kita berkenaan apa itu Ijma",ulama" dan qias.Ijma" ialah dari bahasa arab yang bermaksud perjumpaan,maknanya disini untuk menyelesaikan isu ini perlu ada pertemuan dikalangan ulama" dengan umara" bagi mencari satu keputusan secara syura(bersama).
Manakala qias pula ialah untuk mengkiaskan (mengaitkan)satu satu keputusan tersebut setelah tidak terjumpanya pedoman atau nasihat dalam agama iaitu dari Al Qur"an mahu pun Al-Hadith.Misalnya mengaitkan secara menyelongkar sejarah pra permulaan islam dizaman silam.
Olih yang demikian saya juga ingin menqiaskan "unity goverment" ini dalam kontek sebuah keluarga dalam satu rumah tangga.
Apa yang dimaksudkan perpaduan (unity) itu ialah perkahwinan manakala suami dan isteri isteri (jika lebih daripada satu) itu adalah kerajaan (goverment). Kedudukan taraf suami pula ialah sebagai nahkoda yang mempunyai kuasa mutlak keatas isteri isteri,namun demikian isteri isterijuga tidak bolih dinafikan hak haknya,sperti hak untuk mendapatkan nafkah (saham),hak harta sepencarian (ada pembahagian kuasa dalam kabinet/kementerian@kerajaan).
Disamping itu satu lafaz taklik perjanjian (hudaibiyah)perlu disebut iaitu tidak bolih menyakiti (dibawah hukuman tanpa bicara seperti ISA misalnya),tidak bolih untuk tidak ambil peduli keperluan rohani (keagamaan) mahupun jasmani (spritual).
Tempat rujukan (jika ada masaallah) ialah sudah tentulah kepada para khadhi atau hakim untuk menjatuhkan sebarang hukuman samaada mengikut undang undang dibawah enekmen keluarga islam 2002 (sebagai contoh).
Maknanya perkongsian kuasa ini dalam rumahtangga ini terikat dengan satu akad nikah tanpa menukarkan status bangsa sama ada bangsa cina atau pun india(maknanya pas tetap pas,umno tetap umno)akan tetapi pernikahan ini dibawah satu aqidah,satu kiblat iaitu islam.
Itulah Formulanya,jadi fikir betul betul....!
Salam,
ReplyDeleteDalam isu ini saya rasa memang TGNA telah dikelirukan oleh media. Saya rasa TGNA sebagai ulama perlu tenang dlam hal ini. Ini kerana Lim Guan Eng dari parti DAP pun tidak begitu emosional bila ditanya mengenai isu ini.
"Kita tidak tahu apa yang beliau (Abdul Hadi) maksudkan, jadi lebih baik kita dapat secara langsung daripada beliau kerana kalau hanya bergantung dengan apa yang dilaporkan (media) mungkin tidak begitu tepat," katanya kepada pemberita.
Dalam hal ini nampak kenyataan Lim Guan Eng lebih manis dari TGNA. Moga2 selepas TGHH pulang ke tanah air nanti TGNA dapat berbincang hal ini dengan sebaiknya. InsyaAllah.
SAYA MERAYU TOK GURU BACA SENDIRI KOMEN INI.SAYA TAK LAYAK KOMEN, TAPI RASANYA DIBENARKAN BERSUARA.
ReplyDelete1.knp tok guru keras sgt menolak idea yg hanya di lontarkan utk difikirkn, bknnya satu kputusn atau ketetapan presiden.
2.salahkah seorang presiden mengemukakan idea?ataupun presiden wajib ikut sahaja kehendak mursyidul am semata-mata.
3.TG Nik Aziz sebut sejarah yang lalu dijadikan asas untuk menolak kerajaan perpaduan. Ya, sejarah boleh jadi panduan, tapi asas atau manhaj asasi Pas ialah Al quran Dan Hadith yang sepatutnya jadi panduan utama.Tok Guru tolak idea kerajaan perpaduan ini semata-mata atas sejarah atau memang Al quran tidak membenarkan.
4.TG Nik Aziz sebut wajib berpegang ketetapan Muktamar.Dalam perlembagaan Pas menyebut memang betul Muktamar sebagai ketetapan tetapi bukan tertinggi,Yang tertimnggi ialah Al Quran dan hadis. Kalau muktamar putuspun, masih boleh ditolak jika bertentangan dengan AlQuran dan Hadith.
5.Adakah berlaku pemusatan kuasa dalam pas hanya ditangan Mursyidul am,kerana Mursyidul Am sendiri banyak keluarkan pendapat pribadi yang belum dibincangkan dalam majlis syura.apa beza kita dengan parti Islam. Idea kerajaan perpaduan bukannya keputusan presiden,tapi hanya idea yang dilontarkan.
6.Tg N.Aziz dilihat sangat benci,sakit hati dan menolak umno,tapi saya tak rasa itu sikap sebenar tok guru.kerana Ibrahim ali yag jelas menolak hudud, hina syariat,sokong ISA,4 kali lompat, tok guru terima jadi calon Pas.sekarang terbukti khianat.
MINTA MAAF TOK GURU,SAYA BUKAN BERTUJUAN NAK KRITIK, TAPI DUNIA MELIHAT KENYATAAN TOK GURU KEPADA MEDIA SEPERTI MENYERANG PRESIDEN.JIKA SEKADAR MENOLAK IDEA TIDAK ADA MASALAH, TETAPI MENGATAKAN SAYA NAKHODA, DIA SAUH, LAYAR DSB MENAMPAKKAN MARAHNYA TG KPD PRESIDEN.MINTA MAAF SEKALI LAGI TG, JANGAN BERHARAP KEPADA PENASIHAT SEKELILING SAHAJA.Saya tetap sayangkan Tok Guru Nik Aziz
Salam. ana sokong pendapat dan luahan hati anai. Saya lihat bila berlaku perbezaan pendapat sebegini, selalunya TGHH mengalah. Bukan kerana kalah hujah tapi kasih dan hormat kepada TGNA. Malangnya keadaan ini tidak terjadi kepada TGNA. Banyak sangat kenyataannya yang seolah2 TGHH buat salah besar. Ana sayang TGNA. Ana tahu, bukan TGNA yg patut disalahkan tetapi penasihatnya. Sdr Anual Bakri, janganlah sibuk memperbanyakkan penerbitan buku An Bakri tetapi peranan sbg SU Politik terabai. Ini semua amanah. Harapnya anda kembali menunaikan tggungjawab. Jika sdr Anual Bakri adalah tali barut menyampaikan mklumat salah kepada TGNA dalam usaha menjayakan agenda seseorang, ana doakan kecelakaan buat sdr Anual Bakri. Demi Allah, ana tidak rela sikitpun kedua2 Tuan Guru kita ini di adu domba oleh puak opurtunis.
ReplyDelete